Pelumba berpengalaman, Ahmad Fazli Sham menggalas dua tugas penting bagi menghadapi musim 2018 setelah berhijrah ke pasukan OneXOX TKKR Racing dan tidak lagi bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
Juara Expert 2007 dan 2008 itu bakal mengetuai cabaran pasukan di dalam kategori CP150 bersama – sama Mohd Hafiza Rofa dan Khairul Ikhwan Ajis.
Pada masa sama, pelumba berusia 32 tahun itu yang menamatkan cabaran CP150 di tangga keempat keseluruhan akan kembali ke kancah Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) setelah tidak beraksi pada musim lepas.
“Saya memang menantikan saat ini, kerana bagi saya saingan di pentas Asia adalah yang paling mencabar, dan saya tak sabar nak buktikkan kemampuan saya bersama pasukan baru” ujar pelumba yang berasal dari Taiping, Perak ini.
Pasukan OneXOX TKKR Racing diuruskan oleh prinsipal pasukan, Bobby Farid Shamsuddin bersama-sama Alizan Tambi yang bertindak sebagai pengurus pasukan untuk saingan Cub Prix manakala Syed Ahmad Nizam Syed Ahmad dilantik sebagai pengurus pasukan di ARRC.
Barisan pelumba OneXOX TKKR Racing
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS
CP150
Ahmad Fazli Sham
Mohd Hafiza Rofa
Khairul Ikhwan Ajis
CP115
Muhammad Muzakir Mohamed
Syafiq Aiman
OneXOX Racing
CP115
Adam Fikri
WIRA
Faiz Zikri
Muhammad Afif
Kejuaraan Motosikal Asia FIM
SuperSports 600cc
Amirul Hafiq Azmi
Muhammad Muzakir Mohamed
Asia Production 250cc
Mohd Hafiza Rofa
Khairul Ikhwan Ajis
Underbone 150cc
Ahmad Fazli Sham
Mohd Haiekal Akmal Zakaria