Category: WIRA
-

MOHD HELMI AZMAN, MOHD SYAFIQ ROSLI, RAHIMI NABIL RAZU DINOBATKAN JUARA CUB PRIX 2020
Pemburuan takhta musim 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS berakhir di Pusingan 8 dengan Mohd Helmi Azman, Mohd Syafiq Rosli dan Rahimi Nabil Razu masing-masing dinobatkan sebagai juara CP150, CP125 dan Wira KBS. Perlumbaan Akhir CP150 bermula dengan dua pendahulu kejuaraan, Mohd Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Yuzy…
-

CILIK MOTORSPORT AKTIF MENCUNGKIL BAKAT BARU
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya pasukan Cilik Motorsport begitu aktif mencungkil bakat baru untuk ditampilkan dalam kancah Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Berlainan dengan pasukan-pasukan gergasi yang lebih selesa menyerapkan bakat yang muncul dari kategori satu pengeluar (one-make race) ataupun kategori Pro-Am, Cilik Motorsport banyak berusaha mencari pelumba muda berpotensi dari luar bidang…
-

PASUKAN WIRA KBS BARU: CASTROL POWER1 RACING
Pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 menyaksikan penyertaan pasukan baru Castrol Power1 Racing dalam kategori bawah-17 tahun, iaitu Wira KBS. Tampil dengan dua pelumba muda dan berpotensi, Harith Haziq Zamri dan Allan Harris Herman, pasukan baru ini menunjukkan impak serta-merta apabila Harith Haziq menamatkan perlumbaan pusingan pertama di tempat yang ke-3. Menurut…
-

NABIL: KEMENANGAN PUSINGAN 1 DI LUAR JANGKAAN
Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, Rahimi Nabil Razu, mula menarik perhatian peminat sukan permotoran negara susulan kemenangan sulungnya dalam kategori Wira KBS ketika aksi pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia di Litar Sepang tempoh hari. Ketika ditemui pada sidang media sejurus selepas upacara podium, Nabil mendedahkan bahawa kemenangan tersebut diluar jangkaannya.…
-

PELUMBA PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING SAPU BERSIH KELAS WIRA
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing sapu bersih gelaran perlumbaan akhir kelas Wira pada saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis hari ini. Mereka menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan penyudah 1-2-3 yang menyaksikan Awal Al Fikri Yusni muncul juara dengan catatan masa…
