Category: News
-

HARITH KETEPI CABARAN TENGKU AMIRUL DI LITAR BASAH
Dalam kelas CP115, Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) menggunakan kelebihan beraksi di dalam hujan untuk menewaskan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 14’22.415s. Tengku Amirul yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 14’22.629s manakala pelumba persendirian, Md Haeikal Akmal…
-

FAZLI TAWAN BATU KAWAN BUAT KALI KETIGA
Ahmad Fazli Sham mencatat rekod tersendiri apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kelas perdana CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah meraih kemenangan ketiga di Litar Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor berusia 34 tahun itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan di litar sepanjang 1.265km itu dengan masa…
-

PIALA PRO-AM : PERLUMBAAN AKHIR PIALA PRO AM PENUH DRAMA
Pusingan di Batu Kawan, Pulau Pinang merupakan pusingan bawa tuah kepada pelumba kategori Piala Pro-Am PETRONAS Sprinta, Mohd Aliff Aiman Tumiran apabila menjuarai perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Aliff yang sememangnya beraksi dengan prestasi konsisten sejak sesi ujian masa tidak diberikan saingan sengit apabila jauh meninggalkan pelumba lain dengan perbezaan masa…
-

HONDA WAVE ALPHA: SYAIRUL KEKAL MOMENTUM KEJUARAAN
Menekankan bahawa kemenangan keduanya bukanlah sekadar atas faktor nasib, Syairul Yusli Suhaimi menyatakan kerja kerasnya selama ini tidak sia-sia apabila sekali lagi muncul juara kategori Cabaran Honda Wave Alpha. Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang itu menyaksikan Syairul berdepan cabaran yang sengit ditambah keadaan litar yang licin akibat hujan. Saingan sengit…
-

SUPER SIRI YAMAHA: FAIZ BERI TENTANGAN SENGIT
Hajat Mohd Fadlyshah Redzuan mahu mengekalkan rentak kemenangannya tidak kesampaian apabila Mohd Faiz Zekri Sabri berjaya memenangi perlumbaan pusingan kedua kategori Super Siri Yamaha PETRONAS. Perlumbaan yang berlangsung di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang ini menyaksikan pelumba beraksi di atas litar yang licin apabila hujan turun sebaik sahaja para pelumba bersedia memulakan perlumbaan akhir.…
