Category: MCP2019
-
AZROY, AFIF TERPANTAS SESI KELAYAKAN CP150
Satu impian, satu harapan dan satu misi yang sama. Itu yang boleh digambarkan buat dua pelumba yang menguasai dua kedudukan teratas carta keseluruhan kelas CP150 setakat ini, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing). Dua pelumba muda ini muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 pada…
-
SAINGAN PUSINGAN 9 BAKAL SAKSIKAN PERMAINAN STRATEGI
Saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan minggu ini bakal menyaksikan permainan strategi beberapa pasukan dalam misi mereka memburu mahkota kejuaraan. Perkembangan ini sudah pasti menjadikan aksi di Jempol berlangsung sengit kerana setiap pasukan bertekad mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta keseluruhan. Ini kerana, saingan musim ini semakin hampir untuk melabuhkan…
-
AFFENDI ROSLI KEMBALI KE CUB PRIX
Selepas dua tahun ‘berehat’ daripada Cub Prix, pelumba veteran, Affendi Rosli kembali mewarani kejuaraan motosikal terhebat itu apabila beraksi pada saingan Pusingan 9 yang dijadualkan berlangsung di Litar Jempol, Negeri Sembilan hujung minggu ini. Pelumba berusia 34 tahun itu bakal menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing pada aksi di Jempol itu nanti. Dia akan…
-
CENGKAMAN HAZIQ DI TANGKAK LUAR BIASA
Rentak pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor semakin pantas. Hari ini, pelumbanya Md Haziq Md Fairues memahat nama sebagai juara apabila menguasai perlumbaan akhir kelas CP150 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor. Pada perlumbaan tersebut, Haziq menamatkan saingan dengan catatan masa14:50.393 saat (s), sekali gus…
-
SYAFIQ JUARA CP115, IZZAT GENGGAM GELARAN WIRA
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli muncul juara kelas CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor hari ini. Pelumba yang berasal dari Perak itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan itu dengan catatan masa 11:40.204 saat (s). Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Idemitsu…