Category: MCP2018
-

KASMA INTAI PELUANG RAIH PODIUM DI SUZUKA 4-HOUR
Pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin mengintai peluang untuk menaiki podium apabila bakal beraksi dalam saingan berprestij Kejuaraan Suzuka 4-Hour Endurance yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun bagi edisi 2018 ini. Kasma, 18 tahun bersama rakan sepasukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli sudah tidak sabar untuk tampil pertama kali dan mencari kemenangan di pentas kejuaraan…
-

ZAQHWAN YAKIN AZROY MAMPU JADI PENGGANTI
Pelumba SuperSports negara, Mohd Zaqhwan Zaidi percaya Azroy Hakeem Anuar mampu menggalas tanggungjawab dan menjadi penggantinya dalam pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing berdasarkan persembahan yang dipamerkan pada perlumbaan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang lepas. Zaqhwan yang juga juara kategori CP130 2014 merupakan pelumba utama pasukan Yuzy Racing sepanjang beberapa musim lepas…
-

AFIF RAIH KEMENANGAN DRAMATIK
PINTAS AKID DI PENGHUJUNG PERLUMBAAN  Ahmad Afif Amran mempamerkan aksi cukup bertenaga dan cukup dramatik sebelum berjaya menjuarai perlumbaan CP150 Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang berakhir di Litar MAEPS, Serdang, Selangor, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ yang bermula dari petak ketiga mengerah seluruh tenaga jentera…
-

AKID MENYERLAH DI MAEPS
MUNCUL PELUMBA TERPANTAS KESEMUA SESI HARI PERTAMA Selepas berehat panjang, saingan hari pertama Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS menyaksikan Md Akid Aziz berjaya mencuri apabila mengungguli sesi kelayakan CP150 yang berlangsung di Litar MAEPS, Serdang, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 46.335s mengatasi catatan…
-

KASMA BURU HATRIK DI MAEPS
Kasma Daniel Kasmayuddin meletakkan sasaran untuk mempertahankan kemenangan di Litar MAEPS, Serdang untuk musim ketiga berturut-turut menjelang perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 pada 7 dan 8 Julai ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mempunyai rekod cemerlang di litar MAEPS apabila meraih gelaran juara CP130 pada tahun 2016 dengan…
