MUNCUL PELUMBA TERPANTAS KESEMUA SESI HARI PERTAMA
Selepas berehat panjang, saingan hari pertama Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS menyaksikan Md Akid Aziz berjaya mencuri apabila mengungguli sesi kelayakan CP150 yang berlangsung di Litar MAEPS, Serdang, hari ini.
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 46.335s mengatasi catatan rekod litar 47.265s milik rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayuddin yang dilakukan pada tahun 2017 sementara pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ, Mohd Hafiz Nor Azman muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 46.989s.
Kasma bagaimanapun masih kekal dikelompok hadapan apabila muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa  47.180s.
“Semuanya dalam keadaan baik pada hari ini. Saya berpuas hati dengan jentera yang digunakan pada hari ini meskipun masih dalam proses menyesuaikan diri,†jelas Akid yang turut muncul pelumba terpantas ketika sesi latihan bebas 1 dan 2 yang berlangsung sebelum itu.
Tambahnya, “Walau bagaimanapun saya akui cabaran sebenar hanya bermula pada hari esok. Sebagai rookie, saya masih kekurangan pengalaman berbanding rakan-rakan pelumba CP150 yang lain. Apa yang penting saya hanya perlu melakukan yang terbaik dalam perlumbaan akhir esok,†jelas pelumba berusia 19 tahun itu.
Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) memecah monopoli jentera Yamaha apabila muncul pelumba keempat terpantas dengan catatan 47.318s.
Sementara itu rentak Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) tidak terjejas setelah muncul pelumba terpantas dalam saingan CP115 setelah merakam masa terbaik 48.531s.
Rakan sepasukan, Md Fareez Afeez mengekori di belakang juara pusingan pertama itu dengan masa 48.952s manakala pendatang baharu kategori CP115, Md Anuar Ibrahim Pawi (Super Kip Honda Racing Academi) mencatat masa ketiga pertantas, 49.135s.
Dalam kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) mencatat masa terpantas dalam sesi Shootout yang menentukan grid perlumbaan akhir pelumba dengan catatan masa 49.693s diikuti Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) di kedudukan kedua dengan masa 49.998s.
Rakan sepasukan Syarifuddin, Md Fadlyshah Redzuan di kedudukan ketiga dengan catatan masa 50.519s.
KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN
CP150
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.335s
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 46.989s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 47.180s
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 47.318s
5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 47.362s
CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 48.531s
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 48.952s
3 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Super Kip Honda Racing Academy 49.135s
4 Md Aiff Aiman Tumiran (JHR) Arata Fatt Fatt ASP JDT GL Team 49.246s
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 49.304s
SHOOTOUT
WIRA KBS
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49.693s
2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 49.998s
3 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 50.519s
4 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 50.541s
5 Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha 50.748s