Category: CP150
-

KASMA BURU PODIUM DI KANGAR
Kasma Daniel Kasmayuddin belum mengalah dan berazam untuk mengakhiri episod malang sepanjang dua pusingan lepas apabila turun ke litar bagi menghadapi saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, Sabtu dan Ahad ini. Juara bertahan CP150 dari pasukan PETRONAS SPrinta Yamaha Maju Motor itu memulakan musim 2018 dengan cemerlang apabila meraih…
-

ADIB MAHU TEBUS KECEWA
Md Adib Rosley mahu melupakan kekecewaan di Teluk Intan dan tekad untuk bangkit serta menamatkan perlumbaan di kelompok depan dalam saingan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, 22 dan 23 September ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu gagal menamatkan perlumbaan pusingan lepas selepas tuas gear jentera patah…
-

TELUK INTAN MILIK PASUKAN CKJ RACING
Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing meneruskan dominasi musim 2018 dengan satu lagi keputusan satu-dua melalui gandingan Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hari ini. Litar sepanjang 1.305km di Teluk Intan itu jelas begitu sesuai dengan gaya penunggangan Ahmad Afif yang…
-

CATATAN MASA DI TELUK INTAN DIPERBAIKI; AKID TERUS MENCUIT PERHATIAN
Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz, terus mencuit perhatian apabila sekali lagi muncul selaku pelumba terpantas sesi kelayakan CP150. Beraksi di Teluk Intan untuk Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS, Akid mencatat masa 50.385 saat sebelum tersungkur di saat-saat akhir sesi kelayakan. Sejak kebelakangan ini, Akid seringkali mendominasi sesi…
-

IZZAT MAHU ‘CURI’ PODIUM
Md Izzat Zaidi Salehan akui bukan tugas mudah untuk mencuri kedudukan podium dalam saingan CP150 namun yakin kerja keras sepasukan mampu membawa kejayaan kepada pasukan mereka menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Sabtu dan Ahad ini. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sentiasa mempamer aksi konsisten berada…
