Pusingan 9 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Stadium Batu Kawan pada hujung minggu ini. Mampukah Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing mengulangi strategi kemenangannya di kategori CP150?
Sejak menjuarai kategori CP150 pada musim 2021, Azroy telah menghadapi cabaran yang berbeza pada musim-musim seterusnya dan sehingga kini, masih belum berpeluang untuk meraih kejuaraan kali kedua. Walaupun peluang tersebut terlepas sekali lagi untuk musim ini, Azroy masih mempunyai peluang untuk menamatkan musim ini di tempat ketiga teratas. Beliau kini menduduki tempat kelima teratas.
Sepanjang musim ini, Azroy telah menaiki podium beberapa kali dan telah tampil dengan prestasi yang mantap. Walaupun masih belum berkesempatan untuk menyambut kemenangan di tempat pertama, Azroy telah tampil dengan daya saingan yang kuat di samping pesaing-pesaing terdekat seperti Afif Amran dan Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dan Kasma Daniel dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. Di pusingan yang akan berlangsung di Batu Kawan, mungkinkah Azroy meraih kemenangan? Berdasarkan rekod perlumbaan dan keputusan yang telah di capai di litar Batu Kawan, kelebihan Azroy di litar tersebut memang tidak dapat dinafikan.
Azroy berkata, “Musim ini agak sukar bagi saya memandangkan persaingan yang sengit di antara pelumba-pelumba yang lain. Selain itu juga, faktor regulasi yang ditetapkan untuk musim ini juga telah menambahkan lagi cabaran untuk menaiki podium. Dari segi pelarasan jentera, pasukan dan saya tidak mengalami sebarang masalah kerana kami mempunyai data yang mencukupi, lebih-lebih lagi, di litar yang sudah menjadi kebiasaan. Kami telah memberikan yang terbaik selama tujuh pusingan tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kami.”
“Semua pelumba di kategori ini adalah pelumba yang berpengalaman maka cabaran dan persaingan tidak dapat dielakkan. Persaingan bakal menjadi sengit di Batu Kawan terutamanya untuk kedudukan kedua dan ketiga secara keseluruhan. Selain itu juga, faktor cuaca dan keadaan litar juga memainkan peranan semasa perlumbaan. Oleh itu, walaupun kami mempunyai pengalaman yang besar, semestinya ada perkara baharu yang menanti untuk memberikan cabaran yang berlainan. Batu Kawan adalah litar yang agak teknikal dan agak sukar terutamanya di bahagian “roundabout”. Matlamat kami sepasukan adalah untuk mendapat tempat ketiga teratas. Itu sudah mencukupi.”
AZROY WILL CONTINUE THE FIGHTING SPIRIT
Round 9 of the PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship will be held at Batu Kawan Stadium this weekend. Can Azroy Hakeem Anuar of Honda Estremo Yuzy Racing repeat his winning strategies in the CP150 race category?
Since his championship glory in season 2021, Azroy faced different kind of challenges in the following seasons and up until today, he still has not found the right opportunity to strike the iron while its hot for a second time. Although that boat has sailed for this season, Azroy still holds the opportunity to make it top three in the overall standings for the season. The rider currently sits at top five spots.
Throughout the season, Azroy has made it to the podium a number of times and showcased an enhanced performance. Although he has not had the opportunity to celebrate victory at the top spot just yet, Azroy has nevertheless emerged with a competitive stride alongside the leading riders such as Afif Amran and Akid Aziz of PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing and Kasma Daniel of PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. In the coming round that will be held at Batu Kawan, will Azroy be able to celebrate his first victory? Based on his race records and his achievements on Batu Kawan grounds, it is undeniable that Azroy holds the upper-hand.
Commenting on the race, Azroy said, “This season has been quite tough for me considering the competitive stride among the riders in the race category. Apart from that, the regulations which has been changed for the season also adds on to the challenge especially to make the cut on the podium. In terms of machine setup, the team and I don’t have any issues because we have enough data, more so on familiar circuit grounds. We have given our best throughout the seven rounds but the results have not been favourable to us.”
“All riders in the race category are experienced ones therefore the challenges and competition cannot be avoided. The coming round at Batu Kawan will surely be tough especially to make the second and third position overall. Additionally, weather and track condition also plays a crucial role during the race. Therefore, although we have quite the experience, there will definitely be something new that awaits, that induces a different kind of challenge. Batu Kawan is a technical circuit and it is especially tough at the roundabout. The goal for my team and I is to make it top three. That is more than enough.”

