Author: webadmin webadmin
-

MOHD HELMI AZMAN, MOHD SYAFIQ ROSLI, RAHIMI NABIL RAZU DINOBATKAN JUARA CUB PRIX 2020
Pemburuan takhta musim 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS berakhir di Pusingan 8 dengan Mohd Helmi Azman, Mohd Syafiq Rosli dan Rahimi Nabil Razu masing-masing dinobatkan sebagai juara CP150, CP125 dan Wira KBS. Perlumbaan Akhir CP150 bermula dengan dua pendahulu kejuaraan, Mohd Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Yuzy…
-

HELMI AZMAN PENDAHULU BURUAN TAKHTA CP150
Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan CP150 apabila berjaya mencatat kemenangan ke-empat musim ini di Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Utara Sepang. Kemenangan pelumba Honda itu dicapai dalam keadaan mencabar akibat hujan lebat yang turun di pertengahan perlumbaan sepanjang 11 lap perlumbaan.…
-

AZROY CIPTA REKOD TERPANTAS DI SEPANG
Azroy Hakeem Anuar yang kini bersaing hebat mempertahankan kedudukannya di tangga teratas kategori perdana CP150 mempamerkan kapasiti sebenar jentera pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing apabila pelumba Honda tersebut mencipta rekod terpantas baharu untuk kelas CP150 di Litar Sepang Utara iaitu 1’16.426s. Berbaki hanya dua pusingan sebelum tamatnya musim 2020, pergelutan antara Azroy dengan rakan karibnya…
-

FAZLI SHAM MENCIPTA KEJUTAN DI CUB PRIX PUSINGAN 6
Empat tahun tanpa kemenangan dalam kategori perdana Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, namun pelumba berpengalaman Ahmad Fazli Sham tidak pernah kenal erti putus asa. Pada Pusingan 6 yang berlangsung di Litar Utara Sepang semalam, pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team membuktikan usia bukan penghalang dengan adanya azam dan semangat yang kental. Fazli yang telah mengumumkan…
-

LITAR SEPANG MASIH DALAM GENGGAMAN HELMI AZMAN
Pelumba Hi-Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman, seakan tiada tandingan di Litar Sepang apabila berjaya merakam kemenangan ketiga pada musim ini, di Litar Utara Sepang pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Walaupun terpaksa memulakan perlumbaan dari barisan kedua setelah mencatat masa ke-enam terpantas dalam sesi ShootOut CP150, strategi perlumbaan pelumba Honda tersebut…
