fbpx

AKHIRNYA IKUT JEJAK ABANG, MINAT SHARIDZMAN ROSLI BERALIH DARI BOLA KE LITAR


“Kami sekeluarga agak terkejut juga apabila Sharidzman bagitahu kami dia nak try perlumbaan. Sebab sebelum ini dia minat bola, tetiba mahu motor.” itu ungkapan Syafiq Rosli terhadap adiknya yang membuat penampilan sulung pada Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix edisi ke-30 di kategori Yamaha 135LC Tekhne Challenge.

“Dia dulu memang ada bawa pocketbike sehingga usia lima tahun kalau tak silap tetapi selepas itu dia lebih kepada bola. Tetiba tahun ini dia ada keinginan untuk try berlumba. Apa salahnya kan? Cuma agak lambat sikit tetapi kita tengok what future holds, saya doakan terbaik untuk dia.”

Sharidzman Rosli yang berusia17 tahun akui ungkapan abangnya, berkata semakin meningkat usia sukan permotoran menarik jiwanya untuk menguji kemampuan diri walaupun hanya sekali.

“Saya memang minat sukan permotoran sejak umur lima lagi. Cuma bila saya dah bersekolah tengok kawan-kawan main bola saya pun terjebak. Saya masih lagi main bola tetapi saya juga ingin cuba cabaran baru ini mungkin ada hala tujunya untuk masa depan saya.

“Apabila saya masuk trek sebenar perasaan itu saya tidak dapat explain. Saya sangat teruja. Sebelum perlumbaan mula pun saya dah sangat excited. Saya ikut cara abang buat fitness dan latihan. Dia lah pendorong paling utama dalam keluarga saya.”

Seperti setiap pelumba, Sharidzman juga mempunyai impian tersendiri untuk dicapai dalam arena sukan permotoran. Katanya impian tak tinggi sangat. Meh tengok tinggi ke tak!

“Impian saya taklah begitu tinggi tapi jika dapat peluang ke MotoGP amat bersyukur. HAHAHA.. “katanya

Tak tinggi sangat dik. Kalau ada usaha berterusan, ia tidak mustahil untuk mencapai impian walau setinggi langit dan ada kekangan usia. Kun Faya Kun!

“Buat masa ini saya hanya menyasar kelompok 5 teratas sebab saya masih lagi belajar liku-liku sukan permotoran dan juga litar. Dalam kategori saya ada juga pelumba yang berpengalaman. Jadi, saya kena menyediakan diri saya untuk kompetitif dan mengawal emosi ketika berada di atas litar.

“Nampak mudah tapi tidak. Kita juga ada beberapa litar yang brbeza. Jadi saya harap dapat membuktikan sesuatu pada musim ini agar saya dapat menarik perhatian pasukan industri sebab tahun ini adalah tahun terakhir saya untuk beraksi dalam kategori One Make susulan umur saya. Insyallah saya akan buat yang terbaik untuk berada di podium.” dengan nada cukup teruja Sharidzman menantikan pusingan seterusnya.

Sementara, si abang, Syafiq Rosli yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor turut membuka tirai saingan Malaysia Cub Prix musim ini dengan langkah kanan apabila mengakhiri saingan di pentas podium.

Dua adik beradik ini boleh disifatkan meneruskan legasi ayahnya yang juga merupakan salah seorang pelumba Cub Prix pada era 80-an.

“Saya mula minat sukan permotoran sebab ayah saya. Dia ada bengkel dan juga salah seorang pelumba Cub Prix. Jadi, saya rasa memang dah ada dalam darah daging kami. Tambah lagi motivasi daripada bekas pelumba, Hazlisham. Masa tu dia memang top. Saya sangat minat dia. Begitu lah perjalanan saya sebagai pelumba jentera dua roda.

Pelumba berusia 26 itu, pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, pada tahun 2020 dan bagi musim lalu berjaya menaiki podium sebanyak tiga kali termasuk satu kemenangan di pusingan terakhir di Batu Kawan yang menempatkannya di kedudukan keempat secara keseluruhan.

Apa yang terbekal dalam musim 2023 kepada Syafiq?

“Bagi pusingan pertama ini saya memang tidak menjangkakan kemenangan. Sebab pusingan pertama kan. Dia punya semangat itu memang lain. Tahun ini juga tahun terakhir saya beraksi dalam kategori CP125. Kalau ada rezeki saya akan try my best untuk merampas semula gelaran, kalau tidakpun saya mahu mengakhiri saingan tahun ini di Top 3.”

Kedua-dua adik beradik berentap dengan semangat yang tinggi untuk melakar nama tersendiri di dunia sukan permotoran.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook