AFIF TUNJUK TARING DI AWAL MUSIM

Pembuka musim Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 telah berlangsung pada petang ini di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara). Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING memenangi perlumbaan pusingan kesepuluh, manakala Kasma Daniel Kasmayudin dari Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING tempat ketiga keseluruhan bagi kategori CP150.

Pada pagi tadi di sesi “ShootOut”, Danial Syahmi Ahmad Shahril dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR mencatatkan masa terpantas pada 1’17:868s sekaligus mengambil kedudukan pertama di petak grid diikuti oleh Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR di petak grid kedua apabila mencatatkan masa terpantas 1’18:082s. Md Helmi Azman dari MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM bermula di petak grid ketiga dengan catatan masa terpantas 1’18:198s.

Di sesi perlumbaan akhir tadi, Danial dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Kasma di P2 dan Md Akid Aziz dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di P3, manakala rakan sepasukannya, Afif di P4.

Aksi cukup sengit menyaksikan pendahulu bertukar pada setiap pusingan. Pelumba-pelumba saling memintas tanpa henti bukan sahaja pada setiap pusingan, malah di hampir setiap selekoh.

Pada 2 pusingan terakhir, Afif dari P7 berjaya memintas ke P1, namun dipintas oleh dua pelumba MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM, Helmi dan Md Irfan Haykhal Amidi pada pusingan terakhir.

Afif kekal tenang, bekerjasama dengan rakan sepasukannya, Akid mencari ruang untuk melakukan pintasan, dan terus memecut ke arah garisan penamat.

Afif meraih kemenangan dengan catatan masa 14’37:815s. Danial Syahmi menduduki tangga kedua pada 14’37:837s, manakala Akid di tempat ketiga pada 14’37:851s.

Afif berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang banyak berkorban untuk saya. Dari bulan puasa hingga ke Hari Raya, mereka tidak pernah berehat dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk jentera saya demi mencapai prestasi terbaik di pusingan ini. Alhamdulillah, segala usaha kami akhirnya membuahkan hasil.”

Afif menambah, “Perlumbaan tadi sangat sengit. Saya sendiri tidak menjangkakan akan berada di atas podium hari ini kerana di litar Sepang, sesiapa sahaja berpeluang untuk menang. Sasaran saya hanyalah untuk berada dalam kelompok lima teratas, dan kedudukan podium merupakan satu bonus. Dengan Akid, kami juga tidak melakukan sebarang perancangan khas, kami hanya fokus pada tunggangan masing-masing hari ini.”


Comments

6 responses to “AFIF TUNJUK TARING DI AWAL MUSIM”

  1. Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.

  2. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

  3. Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you. https://accounts.binance.com/fr/register-person?ref=T7KCZASX

  4. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? https://www.binance.com/register?ref=IHJUI7TF

  5. Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me. https://accounts.binance.info/en-NG/register?ref=YY80CKRN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *