Pelumba muda, Harith Farhan Baharin membuat keputusan untuk tidak lagi bersama pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula musim ini selepas empat tahun menabur bakti bersama pasukan berpengkalan di Pulau Pinang itu.
Juara keseluruhan WIRA tahun 2015 itu bakal membawa cabaran pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing untuk menghadapi saingan musim 2018 di dalam kategori CP150 selepas dua musim kurang memberangsangkan di dalam kategori CP115.
“Saya berterima kasih kepada pengurusan pasukan Yam kerana telah banyak membantu mengembangkan karier saya sepanjang beberapa tahun kebelakangan termasuk membawa saya memenangi gelaran Wira pada tahun 2015,†jelas pelumba berusia 19 tahun itu.
“Selepas dua musim kurang memberangsangkan di dalam kategori CP115, saya fikir sudah tiba masa untuk saya mencari pengalaman baharu dan peluang itu diberikan oleh pasukan Yuzy Racing. Saya yakin pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dapat membantu untuk meningkatkan lagi prestasi saya ke tahap yang lebih baik.â€
Walaupun bakal beraksi dalam kelas perdana CP150 buat pertama kali, Harith menjelaskan dia tidak bimbang dengan cabaran tersebut.
“Ini tahun rookie saya tetapi saya tidak melihat ia sebagai satu masalah. Saya mempunyai rakan sepasukan lebih berpengalaman seperti Zaqhwan Zaidi yang dapat membantu. Disamping belajar menyesuaikan diri dengan jentera baharu, saya juga yakin dapat memberikan cabaran kepada pelumba lain yang lebih berpengalaman.â€
kredit foto :Â sportsmalaysia

