Pusingan Keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di daerah Teluk Intan selepas empat tahun. Md Khairi Ashraf dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team semakin cekal dalam hasrat untuk menjuarai kategori CP125.
Pelumba Johor yang kembali ke arena CP125 pada tahun ini setelah bergelut di CP150 tampil bukan sahaja untuk membuktikan kemahiran pengendalian jentera malah untuk memberikan persaingan yang hebat kepada pelumba-pelumba lain di kategori ini. Pada musim ini, beliau telah menaiki podium sebanyak tiga kali dengan dua kemenangan dan telah kumpul sebanyak 88 mata secara keseluruhan.
Di perlumbaan yang berlangsung di litar ini pada tahun 2019, Khairi yang pada ketika itu berlumba di kategori CP125 tidak dapat menamatkan perlumbaannya. Walau bagaimanapun, Khairi telah bersaing secara kompetitif dan telah menunjukkan persembahan yang agak konsisten sepanjang musim ini. Dengan ini, boleh dikatakan Khairi agak bersedia untuk perlumbaan yang akan datang di litar
Menurut Khairi, “Litar Terengganu adalah litar yang agak mencabar bagi saya tetapi juga adalah salah satu litar kegemaran saya kerana banyak selekoh “zig-zag”. Mungkin kerana itu, saya dapat menguasai litar tersebut pada perlumbaan lepas. Litar Teluk Intan juga adalah suatu litar yang agak sukar kerana litar tersebut agak kecil dan mempunyai selekoh u-turn. Namun begitu, saya akan cuba untuk memberikan saingan yang bagus dan cuba menguasai litar tersebut. Pesaing utama saya dalam kategori ini adalah Syafiq Rosali, Syukran dan juga rakan-rakan sepasukan saya kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding dengan saya.”
“Bagi saya, litar teknikal banyak memerlukan stamina dan fokus yang tinggi kerana di litar kecil seperti ini, kita tidak boleh melakukan kesilapan berbanding di litar yang lebih luas seperti litar Sepang. Oleh itu, saya juga harus lebihkan usaha untuk berada di kelompok depan agar peluang untuk kedudukan tiga teratas adalah lebih baik. Sudah pasti saya akan berikan yang terbaik pada perlumbaan yang akan datang. Sebagai seorang pelumba, saya banyak menghabiskan masa dalam pembinaan kecergasan. Apabila saya tidak berlumba, saya bekerja sebagai mekanik di bengkel keluarga saya. Waktu cuti, saya lebihkan aktiviti bersukan seperti jogging dan main bola.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook

