Dua kategori Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, CP125 dan lubuk bakat baru, WIRA KBS masing-masing menyambut pasukan baharu pada musim ini.
“Hey, dia small kid la.. Apa dia tahu?”
Tidak mahu memberi ruang untuk dilayan sebagai underdog, pasukan REXXO Racing di kategori CP125 dan pasukan Yamaha Estremo 27 Racing berentap ke MCP edisi ke-30 dengan visi dan misi tersendiri. Mempamerkan kehandalan pelumba dan keunggulan spek motor kedua-dua pasukan tersebut mahu mencapai impiannya pada penampilan sulung mereka.
Pemilik pasukan REXXO Racing, arena Malaysian Cub Prix, Hafieenaz merupakan seorang pelumba Cub Prix yang meninggalkan arena lima tahun lepas. Mungkin bagi pandangan orang ramai, nampak mudah kerana pengalaman beliau. Namun Hafieenaz menafikan persepsi tersebut.
“Sebenarnya saya memang sudah dikenali dalam bidang permotoran dan penubuhan pasukan pun salah satu impian saya untuk meneruskan legasi generasi cub prix. Ada satu hari ni, owner Rexxo oil datang ke bengkel saya untuk berbincang bagaimana untuk mengembangkan pasaran minyak ini. Pada masa itu yang saya mencadangkan untuk menubuhkan pasukan ini.. Dengan persetujuan yang dicapai maka tertubuh lah pasukan yang dinamakan Rexxo Racing Team..
“Memang pada awalnya, mengembangkan pasaran minyak yang menjadi tunjang kepada pasukan ini tetapi kami mempunyai misi tersendiri untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda yang berkaliber dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi. Ia akan beri satu kepuasan menyumbang kembali kepada negara tercinta.”
Misi ini bukan hanya dibawa oleh seorang tetapi adanya 3 bengkel iaitu Redspeed motorsport.. Yellowbike Motorsport Dan KKMR motorsport dalam usaha penubuhan pasukan ini. Tambah lagi dengan sokongan Rexxo maka tertubuhlah pasukan ini untuk menjelma pencapaian baru.
“Banyak juga kekangan dan halangan disebabkan saya dah hampir 5 tahun meninggal kan cub prix.. sebagai contoh regulation baru pakai sistem enjin injection ni.. kerana saya sebelum ni masih menggunakan sistem karburator. Tapi berjaya mengadaptasi juga lah dengan pembaharuan penganjur lakukan.
“Apa jua cabaran kami tetap akan beri satu saingan yang cukup kompetitif. Dengan barisan pelumba yang kami miliki ketika ini saya yakin kami mampu buat yang terbaik.
“Sasaran pasukan sudah semesti lah untuk menamatkan dan memenangi perlumbaan.. tapi sasaran realistik pasukan adalah untuk berada dalam Top 3 serta konsisten pada setiap perlumbaan .” kata Hafieezan dengan teruja untuk saingan seterusnya.
Apa kata pasukan Yamaha ESTREMO 27 Racing? Push The Limit?
Ya, betul. ‘Push the Limit’ adalah falsafah pasukan mereka. Jadi, kenapa 27? apa signifikasinya? Haaahh.. ada juga jawapan.
Pemilik pasukan Yamaha ESTREMO 27 Racing, Erman Subri atau lebih dikenali Ah Fong adalah peminat tegar pelumba Kejuaraan Dunia, MotoGP, Casey Stoner. Pada waktu Ah Fong minati Casey, beliau menaiki jentera bernombor 27. Itulah ceritanya! Ah Fong juga orangnya bukan kaleng-kaleng. Pengalaman yang miliki hampir dua dekad dalam arena permotoran di belakang tabir sudah pastinya memperjelaskan kebolehan pasukan ini.
“Idea Penubuhan pasukan YAMAHA ESTREMO 27 RACING tercetus, setelah beberapa perbincangan dan kerjasama dengan pihak YAMAHA. Berobjektif untuk pembangunan serta mendedahkan pelumba muda dengan data-data telemetri dan terma yang digunakan untuk memudahkan pemahaman apabila diberi peluang ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara kelak.
“Itu misi utama kami. Untuk menubuhkan sebuah pasukan yang baru memang merupakan proses yang sukar. Kesulitan yang amat dirasai apabila kekurangan peralatan dan perkakasan yang sesuai untuk membina sebuah jentera perlubaan yang kompetitif. Alat istimewa perlumbaan (Special Racing parts) juga memain peranan kerana kebanyakan nya di perolehi dari luar negara. Buat masa ini kami berjaya emnyediakan keperluan untuk pusingan lalu dan yang akan datang.”
Ah Fong yang pernah memikul beberapa jawatan penting bersama beberapa pasukan ‘senior’ di MCP serta pasukan permotoran luar negara, sudah pastinya mengenali selok belok perlumbaan jentera dua roda ini. Beliau pernah memegang jawatan seperti Ketua Mekanik, ketua Jurutera Data dan pernah terlibat dalam pembangunan dan penyelidikan modal (R&D) mempunyai hala tuju yang lebih jelas.
“Pasukan kami juga mempunyai kekuatan mekanik2 tempatan yang rata2 nya semua berpengalaman. Barisan pelumba adalah dari pilihan kategori Yamaha Super Series di acara Petronas Malaysian Cubrix. Jadi, nak menggilap pelumba-pelumba ini mungkin akan ada cabaran tersendiri tetapi saya yakin.. ini mesti boleh kasi jadi!
“Sasaran musim ini adalah untuk memberi saingan yang kompetitif dan menghasilkan produk pelumba yg mampu bersaing.” Selamat Datang diucapkan!!
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook

