Pada era 90-an mahupun 80-an atau 70-an, jarang sekali kita temui kaum hawa di sekitar litar perlumbaan. Selalu kita nampak, ibu atau isteri rider ataupun anak dan paling ketara gadis litar yang memayungi para pelumba di grid permulaan. Betul dak?
Semakin hari sukan yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki ini semakin diterap dengan penglibatan pelumba wanita yang kini mengejutkan orang ramai dengan magisnya di atas litar. Tahun 2009 merupakan tahun mencatat sejarah baharu apabila seorang gadis si cantik manis tapi talentnya seperti singa mengaum, Nasha Edziera Bahauddin dan tahun-tahun berikutan dah mula nampak peningkatan penglibatan kaum wanita.
Arena sukan secara keseluruhannya disifatkan sebagai wadah perpaduan kerana di sini lah, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan selainnya, bersatu tanpa mengira agama, bangsa, kaum, ideologi dan fahaman politik. Semua letak tepi!! Namun di arena Cub Prix masih ketandusan penglibatan kaum lain terutamanya penyerta wanita.
Semua tak minat ke? Best apa bawa Motor pusing-pusing litar. Cuma kena bawa laju sikit lah dengan selamat, itu penting!
Dan pada musim yang penuh istimewa kali ini, seperti menafikan ‘stereotype’, munculnya seorang pelumba wanita berkaum Cina pada pusingan pembuka tirai di Litar Sepang Selatan, minggu lalu. Terbeliak mata admin bila tengok ada seorang pelumba wanita Cina sibuk memasang sut untuk membawa keluar jenteranya.
Nama diberi Angella Wong An Qi, berusia 17 tahun. Oghang Noghoghiiiiii!!
“Saya dapat tahu kewujudan race seperti ini adalah pada tahun ini juga. Saya memang tidak tahu. Lagi-lagi family pun tak kasi. Bukan itu sahaja, tiada siapa pun dari keluarga saya yang terlibat dalam sukan permotoran. Jadi, tak hairan lah kalau saya tak kenal. Bila mereka tidak tahu mengenai perlumbaan ini, pada pandangan mereka ini adalah satu hobi yang bahaya.
“Jadi, saya terima lah mereka tak agree bila saya kata nak join racing. So bila mama papa tak bagi saya bawa motor, saya mula menaiki motorsikal dengan kawan-kawan. Banyak juga lah mereka ajar saya, bukan saja skil membawa motor tetapi mereka juga beri sedikit sebanyak info mengenai enjin motor, spek motor dan kegunaan setiap perkakas motorsikal. Masa itu, minat saya semakin mendalam.
Apabila seorang wanita dah mula meminati sesuatu mereka akan capai tak kisah apa jua caranya. Ciri-ciri wanita begitu istimewa. Bagaimana Angella dapat persetujuan ibunya?
“Memang susah nak pujuk dia. Saya slow talk dengan dia dan mula explain sedikit demi sedikit dengan menunjukkan beberapa perlumbaan antarabangsa dan sebagainya. Menyenagkan lagi kerja saya, ‘Like God Heard me’ pakcik saya offer untuk menaja perlumbaan saya di Cub Prix. Akhirnya saya berjaya juga mendapatkan persetujuan Ibunya. Memang susah wohh!.HAHAHA”
Walaupun rupanya menampilkan aura yang lebih lembut dan manis, karakter Angella menunjukkan beliau seorang lebih kea rah ‘adventure’.
“Ya betul. Saya memang seorang yang adventurous. So bila saya dengar ada satu perlumbaan seperti ini, saya dah set untuk tahun 2023, ini adalah cabaran baru untuk diri saya. Kurang pengalaman tidak menjadi satu halangan untuk saya apabila saya buat keputusan untuk menyertai kejuaraan ini. Join, baru boleh dapat experience kan, kalau tak mana saya nak dapat. So saya sedia untuk mengharungi sebarang kekangan yang bakal saya hadapi.
“Sebenarnya saya kena berterima kasih kepada Tan Jin Hao. Dia salah seorang pelumba Cub Prix. Dia yang selalu mendorong saya dan meluangkan masa untuk ajar saya beberapa skil dan banyak tolong saya dari segi pengendalian jentera. I appreciate that!
“Saya rasa kalau kita nak lihat lebih ramai wanita untuk melibatkan diri dalam sukan ini, kaum lelaki juga memainkan peranan agar wanita di luar ada kesedaran mengenai sukan permotoran. Lagi-lagi penglibatan saya sebagai pelumba wanita kaum Cina pertama, saya harap ia akan menarik lebih ramai kanak-kanak perempuan di luar sana.” #Gambateh
Pelumba berusia 17 itu, tidak meletakkan sebarang sasaran malahdia melihat musim ini sebagai medan pendedahan untuk menimba ilmu secukupnya.
“Saya tidak mahu letak sasaran tinggi dan beri tekanan kepada diri saya. Saya target kelompok 15 teratas dan paling penting saya mahu beraksi dengan lebih yakin dan berani berbanding pelumba lelaki dalam kategori saya.
“Next saya akan berlumba di hometown saya sendiri. Sudah tentu sangat excited. Saya harap saya boleh buat yang terbaik.”
Selamat Maju Jaya, Angellaaaaa!
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook