Jika kategori CP150 boleh dikategorikan kelas elit yang menguji bakat seorang pelumba dalam saingan berprestij tinggi kebangsaan iaitu Kejuaraan Malaysian Cub Prix, kategori CP125 pula boleh disifatkan sebagai platform menguji spek dan kehandalan sesebuah jentera. Ia juga medan bagi industri permotoran untuk menguji tahap kemampuan setiap penciptaan baharu mereka.
Bagi pelumba pula ia menjadi medan menguji keberanian dan daya tahan mereka untuk menempuh setiap cabaran baru tanpa menghirau apa yang menanti di hadapan mereka. Bak kata pepatah Inggeris ‘ Once decided, there is no turning back’.
Pepatah itu cukup sesuai dengan pelumba-pelumba kategori CP125!
Bagi musim ke-29 Malaysian Cub Prix yang bakal meraih kewujudan selama tiga dekad, Mohd Shafiq Rasol sudahpun digelar sebagai juara keseluruhan dengan memiliki 159 mata sehingga pusingan ke-9 dan akan berentap saingan Finale di Litar Batu Kawan, minggu ini.
Pelumba terkenal Mohd Hafiza Rofa dan Mohd Aliff Danial Mohd Asri turut berada di tangga tiga teratas menyusuli pendahulu kategori.
Apa pendapat mereka terhadap sukan permotoran? Kepuasan apa yang mereka dapat daripada sukan berbahaya ini? Jom kita dengarkan daripada tiga pelumba itu.
SHAFIQ RASOL
Q1 : Betapa bermakna sukan permotoran ini dalam kehidupan?
A1: Hampir tiga belas tahun saya menceburi sukan jentera dua roda ini. Tahun ini merupakan kali pertama saya merangkul Juara Keseluruhan bagi kategori CP125. Saya tidak pernah berputus asa walaupun seminit dalam kehidupan saya. Tidak pernah menyesal dan akur saya membuat keputusan terbaik apabila menjejaki sukan ini. Ini lah kehidupan saya!
A2: Lebih satu dekad saya berada dalam sukan permotoran ini iaitu sejak mula berkecimpung di MCP pada tahun 2019 dan saya tidak pernah hilang semangat untuk terus mencuba. Daya tahan dan semangat tinggi apa yang saya belajar di sini dan ia bukan sahaja membantu untuk berlumba tetapi juga menjadikan saya seorang insan yang lebih teratur.
HAFIZA ROFA
A1 : Saya membesar melihat dan mengikuti perkembangan pelumba-pelumba profesional dari kecil lagi seperti Marc Marquez, Valentino Rossi dan pelumba tempatan kita sendiri, Hafizh Syahrin. Apabila tiba masanya untuk saya berada di atas podium sebagai mimpi yang menjadi kenyataan, kepuasaan yang dapat daripada pencapaian itu sangat bermakna buat saya. Ia memberikan satu motivasi untuk saya teruskan sukan permotoran ini.
A2: Apabila saya melangkah ke MCP sebagai pelumba profesional, pengajaran pertama saya belajar untuk terus kekal positif dan konfiden dalam apa-apa keadaan. Disiplin itu sudah pasti, ia akan menjadi rutin harian apabila kita memeprsiapkan diri untuk setiap perlumbaan. Ia adalah satu aspek penting bagi setiap pelumba.
Menjelang saingan terakhir minggu ini, Hafiza Rofa ingin menamatkan di garisan penamat dengan menempah slot di podium yang akan memberikan motivasi untuk memulakan saingan musim depan dengan cemerlang.
ALIFF DANIAL
A1: Senang nak cakap, takde Motor takde lah saya, tak ‘complete’ kehidupan saya.. hahaha.. Saya bukan sahaja dapat digelar sebagai pelumba profesional tetapi di sini juga saya dapat sebuah keluarga. Keluarga sukan permotoran saya di MCP inilah keluarga saya!
A2: Sukan jentera dua roda ini banyak membantu saya dari segi disiplin diri dan yang paling utama berani untuk menghadap segala cabaran yang saya lalui. Ia juga meningkatkan kepercayaan diri serta keyakinan yang tinggi dalam membuat segala keputusan bukan sahaja ketika berada di atas trek tetapi dalam kehidupan harian saya.
Aliff pula akur dengan kedudukannya yang tidak akan dapat merapatkan jurang mata untuk merebut gelaran atau tempat kedua, tetap optimis untuk mengakhiri musim dengan podium

