Media
LIPUTAN MEDIA
1. Kemenangan Akid batal, Azroy sambar tempat kedua
Harian Metro – 05-Dec-2022 01:04PM
Lihat seterusnya »
2. Kemenangan Akid batal, Azroy sambar tempat kedua
Berita Harian – 05-Dec-2022 10:51AM
Lihat seterusnya »
3. Akid disqualified, Azroy moves up as winner
The Star Online – 05-Dec-2022 09:28AM
Lihat seterusnya »
4. Akid curi tumpuan, Shafiq Rasol kempunan di Batu Kawan
Kosmo! Online – 04-Dec-2022 05:52PM
Lihat seterusnya »
5. Akid curi tumpuan, Shafiq Rasol terlepas penamat sempurna di Batu Kawan
Utusan Online – 04-Dec-2022 05:46PM
Lihat seterusnya »
6. Comeback A-kid shines in Penang
The Star Online – 04-Dec-2022 08:06AM
Lihat seterusnya »
7. Penutup tirai Cub Prix di Batu Kawan
MSN Malaysia – 03-Dec-2022 04:41AM
Lihat seterusnya »
8. Yamaha Y15, Honda RS-X menanti pengunjung bertuah
Kosmo! Online – 02-Dec-2022 07:35PM
Lihat seterusnya »
9. Afif pays tribute to his team and family for being a champ
The Star Online – 02-Dec-2022 08:52AM
Lihat seterusnya »
10. Bergelut Di Pusingan Awal, Shafiq Bangkit Sehingga Mencatat Pencapaian Hat-trick
Roadstar Magazine – 30-Nov-2022 04:55PM
Lihat seterusnya »
KIT MEDIA
2024
2023
2022
Akreditasi Media
Syarat untuk memohon pass media adalah seperti berikut:
1. Mewakili agensi media cetak/online atau organisasi/pasukan yang terlibat dengan kejuaraan.
2. Setiap agensi hanya dibenarkan memohon maksimum 2 orang wakil.
3. Menyertakan bukti penerbitan lalu (jika ada).
4. Berumur lebih 18 tahun.
5. Pass media adalah hak milik penganjur dan penganjur berhak menarik balik jika di dapati pemohon melanggar syarat yang ditetapkan.
6. Rakaman video perlumbaan adalah hak milik pihak penganjur. Sebarang bentuk rakaman video hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
7. Bersetuju dan boleh mematuhi Garis Panduan Petugas Media yang dinyatakan di bawah.
8. Pihak penganjur berhak untuk tidak meluluskan sebarang permohonan jika dirasakan perlu.
9. Pemohon yang melanggar syarat permohonan atau Garis Panduan Petugas Media akan disenaraihitam dari memohon di masa akan datang.
Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, sila isi borang permohonan tersebut.
PERMOHONAN AKREDITASI MEDIA
Permohonan telah ditutup
PERMOHONAN AKREDITASI MEDIA
Permohonan belum dibuka
PERMOHONAN AKREDITASI MEDIA
Permohonan hendaklah dibuat bagi setiap pusingan yang akan dihadiri selaras dengan SOP dalam mencegah penularan wabak Covid-19.
Garis Panduan Petugas Media
1. Keselamatan petugas media ketika membuat liputan adalah tanggungjawab sendiri
2. Pastikan kedudukan yang selamat dan mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri jika berlaku kemalangan
3. Pastikan pandangan anda tidak terhalang dan dapat melihat pergerakan pelumba
4. Sentiasa dalam kedudukan bersedia untuk sebarang kemungkinan – tidak digalakkan duduk bersila atau baring
5. Tidak berada pada laluan run-off area perlumbaan
6. Jangan berada hampir dengan racing line tanpa sebarang hadangan
7. Sentiasa berikan perhatian kepada perlumbaan dan bersedia dengan sebarang kecemasan
8. Berhati-hati ketika ‘review’ gambar pada kamera ketika sesi latihan/perlumbaan – awasi pergerakan pelumba
9. Jaga etika profesional petugas media terutama ketika siaran langsung berlangsung – dilarang melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti selfie/merokok/provokasi dan sebagainya
10. Hormati dan beri kerjasama kepada petugas media lain – jangan menghalang ‘framing’ terutama ketika sesi podium (dicadangkan semua petugas media berdiri sebaris)
11. Tidak dibenarkan merakam video di trek perlumbaan tanpa kebenaran
12. Penggunaan ‘drone’ tidak dibenarkan ketika sesi latihan/perlumbaan berlangsung
13. Sila rujuk dan patuh kepada arahan marshal
14. Jangan menghalang ruang dan laluan kecemasan petugas perubatan dan marshal
15. Beri keutamaan kepada marshal dan petugas perubatan ketika berlaku kemalangan
16. Tidak dibenarkan melintas trek ketika sesi latihan/perlumbaan sedang berlangsung
17. Petugas wajib memakai kasut dan tabard/vest media yang dibekalkan semasa bertugas
18. Petugas media hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas