QAYYUM CEMERLANG DI LITAR BASAH

Di pembuka musim Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) hari ini menyaksikan Arash Tsunami Kamarudin dari YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kategori CP125 A.

Pada sesi latihan 2, Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mencatatkan masa terpantas 1’22:286s. Di belakangnya adalah juara CP125 musim 2024, Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING yang mencatat 1’22:401s. Rakan sepasukan Izam, Emil Idzhar Ezuan menduduki tangga ketiga dengan catatan masa terpantas 1’22:635s.

Pada sesi kelayakan, Abdullah Qayyum Abd Razak dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM mudah mengatasi litar basah dan mencatat masa terpantas 1’32:148s, meletakkan Izam di tempat kedua pada 1’33:955s. Rakan sepasukan Qayyum, Md Shafiq Ezzariq menduduki tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 1’33:997s.

Qayyum berkata, “Saya telah bersedia sebelum bermulanya musim ini dan meluangkan seluruh masa saya untuk persiapan. Dari awal musim ini, saya telah mensasarkan untuk berhabis-habisan walaupun baru sahaja memasuki pusingan pertama. Ramai yang tahu bahawa saya mempunyai kelebihan dalam keadaan litar basah, mungkin kerana pengalaman saya dalam sukan motorcross. Semasa sesi kelayakan tadi, saya dan Shafiq Ezzariq juga saling membantu antara satu sama lain, dan Alhamdulillah, kami berjaya mencatatkan masa yang baik.”


Comments

One response to “QAYYUM CEMERLANG DI LITAR BASAH”

  1. Наш ресурс собирает свежие информационные статьи в одном месте.
    Здесь представлены факты и мнения, бизнесе и многом другом.
    Информация обновляется ежедневно, что позволяет всегда быть в курсе.
    Удобная структура помогает быстро ориентироваться.
    https://mvmedia.ru
    Любой материал предлагаются с фактчеком.
    Редакция придерживается достоверности.
    Присоединяйтесь к читателям, чтобы быть в курсе самых главных событий.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *