“Bila saya cedera tu, saya dah decide, perjalanan saya dalam dunia permotoran yang saya mencipta nama lebih sedekad dengan titik peluhnya, usaha siang malamnya, dah berakhir di sini…” – Hafiza Rofa
Jika tidak mengenali Hafiza Rofa, agak mustahil juga lah digelar peminat sukan permotoran. Berjuang lebih sedekad dalam dunia sukan permotoran dua roda, namanya telah melebarkan sayap sehingga rantau dunia dengan menggalas Jalur Gemilang di dadanya.
Pelumba berusia 27 itu, bagaimanapun tidak mengharungi perjalanan yang mudah untuk membawa nama negara ke persada dunia. Adanya liku-liku yang begitu sukar dilalui Hafiza dan momen-momen yang tidak dijanka turut menimpanya yang hampir mengakhiri karier beliau.
“Tahun 2019, ketika itu saya berada di satu tahap yang boleh saya katakana agak konsisten tetapi malang tidak berbau, siapa sangka saya akan mengalami kemalangan yang agak serius yang juga menyebabkan kecederaan yang agak berat (kidney bleed). Pada waktu itu saya ingat habis karier saya sebagai pelumba.
“Saya direhatkan selama bulan dari pasukan untuk saya pulih sepenuhnya dan ketika itu medically pegawai perubatan juga telah menyatakan saya tidak stabil untuk berlumba. Satu peristiwa dan tempoh yang terlalub sukar untuk menelan dan mengharungi ketika itu. Sumber pendapatan juga terjejas sebab ini adalah sumber utama saya. Saya sangat down. Dan proses bangkit semula itu pun sangat susah.
“Pertamanys, secara fizikal saya agak lemah dan mental pun tidak begitu kuat.Saya boleh katakana berbanding fizikal, mentally saya sangat down. Syukur Alhamdulilah, saya ada keluarga, kawan, pasukan dan orang sekeliling yang sangat membantu, sentiasa motivate saya dan mereka tidak poernah, walaupun sekali give up dengan saya. Mereka adalah sebab utama saya dapat bangkit semula dan daripada semuanya, sayang saya terhadap sukan permotoran. Saya bangkit semula, dan dapat semula rentak saya di atas litar.
Bangkit semula dari segala ujian kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Apa yang dilalui Hafiza harus dipuji dan beliau langsung tidak gentar dengan betapa bahayanya dunia permotoran ini apabila membuat keputusan untuk kembali beraksi buksn hanya di MCP malah juga di peringkat Asia iaitu di Asia Road Racing Championship, ARRC.
“Saya rasa pengalaman yang saya menimba sepanjang perjalanan saya sebagai pelumba profesional banyak membantu saya untuk berfikiran matang dan membuat keputusan demi masa hadapan saya. Ini juga telah memberi keberanian kepada saya untuk kembali beraksi di platform MCP dan ARRC. Bukan mudah untuk beraksi yang berbeza dan berkompetitif. Saya struggle juga untuk dapatkan semula rentak tetapi saya tidak mengambil masa lama untuk menjejaki podium.”
Hadir dengan pengalaman beraksi di Kejuaraan CEV Sepanyol, saingan Moto2 dan Moto3 dalam kalendar Kejuaraan Motosikal Dunia, Hafiza tidak pernah gagal menampilkan auranya dalam mengendali jentera di atas litar yang mencerminkan pengalaman dimiliki menerusi beberapa platform di persada dunia.
Musim lalu menyaksikan, Hafiza menlabuhkan tirainya di tangga kedua selepas mengutip 133 mata. Turun beraksi dengan misi meraih gelaran untuk edisi kali ini, Hafiza melalui tiga pusingan yang agak mencabar. Selepas tiga pusingan Hafiza berada di tangga kelima dengan mengumpul 32 mata. Agak ketinggalan berbanding pendahulu carta kategori CP125, namun ia tidak kurangkan semangatnya untuk meenruskan perjuangan sehingga akhir edisi. “Litar Sepang my favourite trek. Saya akur dengan kedudukan terkini tetapi ia tidak mustahil untuk kejar ke hadapan. Perlumbaan itu biasa, apa-apa sahaja boleh berlaku sehingga saat-saat terakhir. Jadi saya menjangkakan perlumbaan yang lebih kemas kali ini.” kata Hafiza.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook

