Category: MCP2018
-

PUSINGAN 2 CUB PRIX DI MAEPS SELANGOR
Tempoh rehat panjang menyaksikan pelumba-pelumba dan pasukan sudah tidak sabar untuk kembali ke litar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2018. Selepas pusingan pertama berlangsung dengan jayanya di Litar Lumba Tangkak, Johor pada 31 Mac dan 1 April lepas, perlumbaan Pusingan 2 yang dijadualkan berlangsung di Temerloh, Pahang telah ditangguhkan berikutan faktor Pilihan…
-

HELMI, AKID & IZZAT HADIAHKAN PODIUM DI SUZUKA
Tiga pelumba CP150 negara menghadiahkan podium dalam saingan Underbone 150cc sewaktu perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, 1 hingga 3 Jun lepas. Md Helmi Azman dari pasukan SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team muncul juara dalam Perlumbaan 1 dengan menewaskan seorang lagi pelumba negara, Md Akid…
-

PENGUMUMAN PENTING: PENANGGUHAN PUSINGAN 2 KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS
Berikutan pengumuman tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14, atas nasihat dan perbincangan bersama kerajaan negeri dimaklumkan bahawa Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang dijadualkan pada 5 dan 6 Mei 2018 (Sabtu & Ahad) di Temerloh, Pahang akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
-

KASMA JUARA PUSINGAN PEMBUKAAN CUB PRIX 2018
Kasma Daniel Kasmayuddin terus membuktikan kehebatan sebagai juara bertahan apabila mengungguli perlumbaan pertama musim ke-25 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14:54.984s mengatasi dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ, Ahmad…
-

KASMA TERPANTAS DI LITAR TANGKAK
Juara bertahan CP150, Kasma Daniel Kasmayuddin kekal sebagai pencabar utama kejuaraan apabila mengungguli sesi kelayakan pada hari pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang turut beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) itu mencatat masa…
