MCP2018R03 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AFIF MUNCUL JUARA DI JASIN
Cuaca hujan dan litar basah di Jasin, Melaka memberi kelebihan buat Ahmad Afif Amran untuk meraih kemenangan keduanya dalam saingan CP150 setelah menjuarai Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di sini, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ Racing itu berjaya memintas pendahulu perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada pusingan terakhir sekaligus muncul juara dan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 70 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.

Peringkat awal perlumbaan menyaksikan Kasma yang berada di petak kedua bermula dengan baik untuk merampas kedudukan pertama daripada Hafiz Nor Azman yang bermula dari petak hadapan dan diekori rapat oleh Afif.

Meskipun cuba menjarakkan diri, Afif terus memberikan tekanan kepada Kasma sebelum berjaya memintas pada pusingan terakhir untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16â€™24.720s.

Kasma yang terjatuh ketika Afif membuat percubaan untuk memintas bagaimanapun berjaya meneruskan perlumbaan untuk berada di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 16â€™34.308s manakala Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing berjaya meraih podium pertamanya pada musim ini dengan menduduki tangga ketiga, 16â€™35.470s.

â€œSaya tidak mahu terburu-buru untuk memintas Kasma. Saya hanya cuba untuk mengekori dan melihat kemampuan jentera saya disamping cuba memberikan tekanan kepada Kasma. Sebaik masuk ke pusingan terakhir, saya mencari ruang untuk memintas dan gembira kerana ianya berjaya. Terima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras minggu ini,â€ jelas Afif.

Gelaran naib juara membantu Kasma untuk terus kekal di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 61 mata manakala Hafiz di tangga ketiga dengan 29 mata.

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan 75 mata maksimum setelah mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan masa keseluruhan 13â€™16.134s.

Pelumba kelahiran Melaka, Hafizuddin Azahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila muncul naib juara dengan masa 13â€™23.918s diikuti Shafiq Ezzariq (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) ketiga dengan masa 13â€™30.490s.

Dalam saingan WIRA KBS, pelumba pengganti untuk pasukan SIC Junior Team AFB Tech, Izam Ikmal Izamli berjaya meraih gelaran juara selepas pertarungan sengit bersama dua pelumba, Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dan rakan sepasukan, Danial Syahmi.

Izam yang bermula dari petak pertama menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10â€™56.281s manakala Danial kekal menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 66 mata.

Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 18 dan 19 Ogos.

Â

KEPUTUSAN PUSINGAN 3 â€“ JASIN, MELAKA

CP150

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ 16:24.720s

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:34.308s

3 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 16:35.470s

4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.545s

5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.624s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ 70

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 61 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ 29 mata

4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 25 mata

5 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 24 mata

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:16.134

2 Md Hafizuddin Azahar (MLK) Persendirian 13:23.918

3 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 13:30.490

4 Md Zikri Ahmad Zamri (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:31.497

5 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Super KIP Honda Racing Academy 13:31.957

Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 75 mata

2 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ 42 mata

3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 37 mata

4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 35 mata

5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 35 mata

WIRA KBS

1 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 10:56.281s

2 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:56.903s

3 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 10:57.046s

4 Md Hazim Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 11:07.473s

5 Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Honda Racing Academy 11:07.735s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 66 mata

2 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata

3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 36 mata

4 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 25 mata

5 Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 23 mata

The post AFIF MUNCUL JUARA DI JASIN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

HAFIZ TERPANTAS DI JASIN
Litar baharu sepanjang 1.144km di Jasin, Melaka memberi kelebihan buat Md Hafiz Nor Azman apabila berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan kategori CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di sini, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ Racing itu mencatat masa terbaik 48.581s manakala Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) turut memperaga aksi bertenaga untuk berada di belakang Hafiz dengan perbezaan 0.254s.

Kedua-dua pelumba sebelum itu turut menguasai sesi latihan di sebelah pagi dimana Hafiz mencatat masa terpantas 48.937s pada sesi latihan bebas pertama manakala Azroy dengan catatan 48.584s ketika sesi latihan bebas kedua.

â€œMoral seluruh pasukan semakin meningkat selepas berjaya meraih kemenangan pada perlumbaan lepas. Saya juga cukup bersemangat untuk memulakan aksi di Jasin selepas terlepas podium di MAEPS,â€ jelas Hafiz.

â€œPasukan telah mempersiapkan jentera yang terbaik dan untuk sesi Superpole esok, saya berharap dapat mengekalkan momentum hari ini dan dapat memulakan perlumbaan dari barisan hadapan.â€

Sementara itu, juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 48.870s sambil dua rakan sepasukan Hafiz, Md Aiman Tahiruddin dan Ahmad Afif Amran berada di kelompok lima pelumba terpantas dengan catatan 48.920s dan 49.001s.

Dalam saingan CP115, Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mencatat masa terpantas pusingan kelayakan dengan masa 50.279s diikuti pendahulu keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua, 50.776s. Rakan sepasukan Tengku Amirul, Md Fareez Afeez muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan terbaik 51.033s.

CP150

Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ Racing 48.581s

Azroy Hakeem Annuar (KUL) Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing 48.835s

Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 48.870s

Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ Racing 48.920s

Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ Racing 49.001s

CP115

Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 50.279s

Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 50.776s

Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51.033s.

Md Aiman Azman (SGR) Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing 51.165s

Md Idil Fitri Mahadi (SGR) SIC Junior AAFB Tech Racing 51.197s

WIRA

Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 51.078s

Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 51.115s

Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 51.536s

Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 51.858s

Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 51.867

The post HAFIZ TERPANTAS DI JASIN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PERSAINGAN TERBUKA, TIADA PELUMBA PILIHAN
Walaupun diletakkan antara pelumba pilihan, pendahulu CP150, Ahmad Afif Amran akui persaingan kelas CP150 kini semakin terbuka dan tiada pelumba pilihan untuk memenangi perlumbaan pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Julai ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha â€“ CKJ Racing itu muncul juara pusingan kedua di MAEPS, Selangor melalui pertarungan sengit bersama Mohd Akid Aziz manakala perlumbaan pusingan pertama di Tangkak, Johor menjadi milik juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin.

Kemenangan tersebut membantu Afif untuk naik ke kedudukan pertama keseluruhan dengan 45 mata namun diekori rapat oleh Kasma dengan 41 mata.

â€œSaya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan lepas. Ia satu kemenangan yang sangat sukar. Pada masa sama, jika dilihat secara keseluruhan, persaingan tahun ini dijangkakan akan lebih sengit,â€ jelas Afif.

â€œJika tahun lepas perhatian banyak tertumpu kepada Kasma, namun tahun ini sukar untuk membuat jangkaan. Rakan sepasukannya Akid juga perlu diberi perhatian walaupun tahun pertama dalam kelas ini. Begitu juga dengan pelumba-pelumba lain.

â€œMalah pelumba yang menggunakan jentera Honda juga sudah mula menunjukkan peningkatan ketara dan mempamerkan keupayaan sebenar mereka. Jadi tidak mustahil kita akan dapat melihat pemenang-pemenang yang berbeza dalam setiap pusingan,â€ jelas naib juara keseluruhan CP150 musim 2017 itu.

Tambahnya, â€œDengan persaingan sengit seperti ini, ia memaksa kami sepasukan untuk terus bekerja keras. Saya gembira kerana rakan sepasukan, Hafiz Nor Azman dan Aiman Tahiruddin juga sama-sama berada di kelompok hadapan dan ia baik untuk kami sepasukan. Mudah-mudahan sesiapa sahaja diantara kami bertiga dapat menaiki podium pada minggu ini.â€

The post PERSAINGAN TERBUKA, TIADA PELUMBA PILIHAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

BUKAN MASA UNTUK BEREHAT â€“ FUAD
Pengurus pasukan SIC Junior Team AFB Tech Racing, Ahmad Fuad Baharudin menegaskan pasukannya perlu terus bekerja keras sekalipun Â Â pelumba utamanya, Mohd Danial Syahmi sudah memenangi dua perlumbaan berturut-turut kelas WIRA KBS Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018.

Menjelang perlumbaan pusingan ketiga di Jasin, Melaka, hujung minggu ini, Ahmad Fuad berkata seluruh pasukan terutama pelumbanya telah diingatkan untuk terus memberikan 100 peratus komitmen mereka dalam setiap pusingan perlumbaan.

â€œSaingan musim 2018 baharu saja bermula. Masih ada baki lapan pusingan sebelum musim tamat. Dua kemenangan berturut-turut bukan tiket buat pasukan dan pelumba terutamanya Danial untuk berasa selesa,â€ jelas juara tiga kali kelas perdana Kejuaraan Cub Prix itu.

Tambahnya, â€œBegitu juga dengan jurutera pasukan. Saya tidak mahu mereka melakukan sebarang kesilapan mudah yang boleh menjejaskan aksi pelumba di litar. Jika pelumba sudah memberi yang terbaik tetapi jentera pula mengalami masalah mekanikal, sudah tentu ia sangat mengecewakan,â€ jelasnya.

The post BUKAN MASA UNTUK BEREHAT â€“ FUAD appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

KASMA INTAI PELUANG RAIH PODIUM DI SUZUKA 4-HOUR
Pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin mengintai peluang untuk menaiki podium apabila bakal beraksi dalam saingan berprestij Kejuaraan Suzuka 4-Hour Endurance yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun bagi edisi 2018 ini.

Kasma, 18 tahun bersama rakan sepasukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli sudah tidak sabar untuk tampil pertama kali dan mencari kemenangan di pentas kejuaraan yang dijadual bermula pada 27 hingga 29 Julai ini mengulangi pencapaian gandingan Azlan Shah Kamaruzaman dan Emir Firdaus Hasan yang muncul juara kategori sama pada tahun 2011 diikuti gandingan Emir dan Mohd Zaqhwan Zaidi pada tahun 2012.

â€œSaya cukup teruja dan gembira apabila pihak Hong Leong Yamaha memberitahu bahawa kami akan beraksi dalam saingan Suzuka 4-Hour pada tahun ini. Walaupun tidak banyak latihan bersama jentera 600cc, kami mempunyai pengalaman di Litar Suzuka dalam aksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC),â€ jelas Kasma.

Tambahnya, â€œKami meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya dapat menamatkan saingan di atas podium. Saingan semestinya cukup sukar terutama dengan kehadiran pelumba-pelumba yang turut beraksi di ARRC disamping pelumba tempatan Jepun. Walau apapun, kami akan merancang strategi sebaik mungkin terutama dari segi untuk memastikan kecergasan diri pada tahap terbaik.â€

Pada masa sama pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu turut mengintai peluang untuk mempertahankan kemenangan di Litar Jasin apabila turun beraksi dalam kategori CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, hujung minggu ini.

Kasma memulakan musim 2018 dengan mencatat kemenangan pada pusingan pembukaan di Litar Tangkak, Johor, April lepas namun tewas kepada Ahmad Afif Amran dan rakan sepasukan, Mohd Akid Aziz sewaktu pusingan kedua di MAEPS, Selangor, baru-baru ini.

â€œPrestasi saya kekal di tahap terbaik cuma adakalanya sedikit kesilapan akan membawa padah. Itulah yang berlaku di MAEPS. Saya akan lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan serupa serta pada masa sama cuba untuk mengekalkan kemenangan di Jasin tahun lalu meskipun pada tahun ini menggunakan litar yang berbeza,â€ jelas Kasma yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 41 mata.

The post KASMA INTAI PELUANG RAIH PODIUM DI SUZUKA 4-HOUR appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

ZAQHWAN YAKIN AZROY MAMPU JADI PENGGANTI
Pelumba SuperSports negara, Mohd Zaqhwan Zaidi percaya Azroy Hakeem Anuar mampu menggalas tanggungjawab dan menjadi penggantinya dalam pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing berdasarkan persembahan yang dipamerkan pada perlumbaan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang lepas.

Zaqhwan yang juga juara kategori CP130 2014 merupakan pelumba utama pasukan Yuzy Racing sepanjang beberapa musim lepas namun terpaksa mengetepikan saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2018 setelah memutuskan untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap perlumbaan 1000cc di Kejuaraan Seluruh Jepun dan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC).

Menjelang perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix di Jasin, Melaka, minggu ini, Zaqhwan percaya Azroy sekali lagi mampu meneruskan aksi cemerlang sebagaimana yang dipamerkan dalam sesi latihan dan kelayakan CP150 di MAEPS, 7 dan 8 Julai lepas.

â€œSaya ada melihat aksi Azroy di Maeps. Dia menunjukkan peningkatan ketara dan sentiasa berada dalam kelompok pelumba hadapan ketika sesi latihan dan kelayakan, cuma kesilapan sewaktu perlumbaan akhir menyebabkan dia hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-10.

â€œDia perlu lebih berhati-hati dan bertenang. Sama seperti peringkat awal saya dalam saingan kelas perdana ini, adakalanya saya terburu-buru dan gopoh. Mungkin dengan pengalaman demi pengalaman dalam perlumbaan selepas ini, dia akan semakin matang dan mampu menjadi juara,â€ jelas Zaqhwan yang akan menyertai Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8-Hour pada 27 hingga 29 Julai ini.

Sementara itu menyentuh tentang persediaan untuk perlumbaan 8-Hour, Zaqhwan menjelaskan dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.

â€œTahun ini saya akan bergandingan dengan dua pelumba berbeza berbanding musim lepas. Sesi latihan di Suzuka sepanjang beberapa minggu ini menunjukkan keputusan positif dan kami meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan terbaik.â€

The post ZAQHWAN YAKIN AZROY MAMPU JADI PENGGANTI appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.