Category: CP150
-

CENGKAMAN HAZIQ DI TANGKAK LUAR BIASA
Rentak pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor semakin pantas. Hari ini, pelumbanya Md Haziq Md Fairues memahat nama sebagai juara apabila menguasai perlumbaan akhir kelas CP150 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor. Pada perlumbaan tersebut, Haziq menamatkan saingan dengan catatan masa14:50.393 saat (s), sekali gus…
-

AFIF TERPANTAS CP150
Catatan masa 43.877 saat (s) pada sesi kelayakan kelas CP150, sudah cukup buat pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran untuk muncul pelumba terpantas pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Lumba Tangkak, Johor hari ini. Catatan yang dilakukan oleh pelumba asal Terengganu ini turut menjadi rekod baharu sepusingan di…
-

AFIF TETAP MILIKI SEMANGAT HADAPI CABARAN DI TANGKAK
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran tetap membuat penampilan pada saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Lumba Tangkak hujung minggu ini. Insiden kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya di Dungun, Terengganu awal pagi tadi tidak akan menjejaskan fokusnya untuk mengharungi cabaran yang bakal dihadapinya pada saingan Pusingan 8 itu…
-

NAZIRUL IZZAT TAWAN KANGAR
Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Nazirul Izzat Md Bahauddin melakar kejutan apabila muncul juara kelas CP150 pada aksi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Kompleks Sukan Syed Putra Kangar, Perlis hari ini. Ia merupakan kemenangan pertama Izzat sejak beralih ke kelas perdana itu pada Pusingan 5 di Terengganu, Ogos…
-

AZHAR INTAI TAWAN KANGAR
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang semakin gagah mengharungi cabaran ketika saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas musim 2019 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Kesungguhan barisan pelumbanya untuk berada dalam kelompok lima teratas begitu terserlah dalam beberapa pusingan lalu termasuk pada saingan Pusingan 7 yang membuka tirainya di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar,…
