AKID CATAT KEMENANGAN SULUNG

Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 berlangsung hari ini di Stadium Mini Teluk Intan, Perak, menyaksikan aksi sengit dalam kategori Wira KBS apabila pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Akid Md Shah Khearul Nisiam merekodkan kemenangan sulung selepas mengungguli perlumbaan.

Farres Putra Md Fadhil dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas 51.237s dalam sesi kelayakan. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING memulakan dari petak kedua dengan masa 51.459s, manakala Adi Putra Anahar dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM bermula di petak ketiga dengan 51.675s.

Perlumbaan bermula dengan sengit, dengan Akid meluru ke hadapan mendahului kumpulan, diikuti oleh Md Akif Abdullah dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM. Pusingan ke-5 menyaksikan Akid dan Akif berjaya mencipta jarak 2 saat daripada Farres yang kemudiannya terpaksa keluar dari perlumbaan akibat masalah teknikal.

Dengan baki dua pusingan terakhir, persaingan antara Akid dan Akif semakin sengit. Pada pusingan terakhir, Akif berjaya memintas Akid, namun kesilapannya di selekoh keenam memberi peluang kepada Akid untuk kembali ke hadapan dan memecut ke garisan penamat dengan catatan masa 10’24.574s untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam kategori Wira KBS.

Akif di tempat kedua dengan catatan masa 10’25.136s, manakala Raiyan Khardanee Md Sanusi dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING di tempat ketiga dengan 10’28.755s.

Akid berkata, “Saya cuba mengetuai perlumbaan dan mencipta jarak, tetapi Akif dan Farres lebih laju. Setelah Akif memimpin, saya merancang strategi untuk kembali ke hadapan. Alhamdulillah, pada pusingan terakhir, Akif melakukan kesilapan dan saya dapat memanfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan ini.”

TOP 5 FASTEST – FINAL RACE

  1. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (10’24.574s)
  2. Md Akif Abdullah – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (10’25.136s)
  3. Raiyan Khardanee Md Sanusi – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (10’28.755s)
  4. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali – MBI SELANGOR EXN AXLA (10’30.503s)
  5. Adi Putra Anahar – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (10’31.854s)