SYAMIL DAN DANIEL TERPANTAS DI CP125

Sementara itu di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende tampil terpantas pada sesi kelayakan A.

Syamil mempamerkan aksi agak konsisten bermula sesi latihan 1 A di mana litarnya berada dalam keadaan basah Syamil menempatkan diri di kedudukan ketiga dengan masa terpantas 49:830s dan meraih kedudukan kedua pada sesi latihan kedua dalam keadaan kering pada 45:924s.

Pada sesi kelayakan A, Syamil tampak telah mendapat pelarasan jentera yang baik apabila mencatat masa terpantas 45:798s sekaligus menempatkan Abdullah Qayyum Abd Razak dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM yang mencatat 45:942s dan Md Norhakim Md Norhafizullah dari ONEXOX TKKR RACING TEAM pada 45:964s di tempat kedua dan ketiga.

Syamil berkata, “Alhamdulillah, ini kali pertama saya dapat berada dalam kelompok untuk merebut posisi ‘Pole’ untuk sesi kelayakan. Untuk cuaca hari ini di sini saya terima saja, tak kira hujan atau panas saya hadapinya dan terus lawan, dan saya tekad akan buat yang terbaik untuk pasukan saya pada tahun ini.”

Manakala sesi kelayakan B menyaksikan kejutan daripada pelumba ONEXOX TKKR RACING TEAM, Danial Johan apabila mencatat masa terpantas 46:067s sekaligus mengatasi Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING yang dijangka menguasai aksi apabila menduduki tempat pertama di kedua-dua sesi latihan 1 dan 2 masing-masing dengan catatan masa terpantas 50:144s serta 46:129s.

Danial berkongsi, “Pusingan 2 ini kita memang menetapkn banyak target memendangkan sudah lama tak merasai kemenangan. Dalam proses mencari setup terbaik untuk perlumbaan esok, dari pagi dengan cuaca hujan kita masih tidak dapat lagi setup terbaik. Apabila trek sudah mula kering, kita pun mencuba banyak setup berlainan dan kemudian kita mula menumpu kepada melakukan catatan masa. Jika hujan esok, macam mana pun kita kena cuba yang terbaik juga, kerana saya lihat pasukan lain pun sudah ada peningkatan, jurang catatan masa pun semakin dekat, jadi kita kena pandai mencari ruang untuk cemerlang esok.”

Di tempat kedua adalah Farish dengan catatan masa terpantas pada 46:270s.

Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Adam Haikal Jahar mencatatkan masa ketiga terpantas pada 46:324s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook