Dalam kategori CP125, Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Stadium Mini Teluk Intan, Perak menyaksikan Md Idlan Haqimi Raduan dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM mencatat masa terpantas.
Dalam sesi latihan 2 CP125 A, Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING merekodkan masa terpantas 50.494s. Di tempat kedua, Md Harith Farhan Baharin dari TKKR RACING TEAM dengan 50.676s, diikuti Idlan dengan 50.798s.
Bagi latihan 2 CP125 B, Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mencatat masa terpantas 50.810s. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM berada di tempat kedua dengan 51.266s, manakala Emil Idzhar Ezuan dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di tempat ketiga dengan 51.335s.
Dalam sesi kelayakan CP125 A, walaupun cuaca semakin panas memberi kesan kepada cengkaman tayar, Idlan tetap menunjukkan prestasi konsisten dengan 50.733s untuk menduduki tempat pertama. Izam di tempat kedua dengan 50.826s, diikuti Harith di tempat ketiga dengan 50.830s.
Manakala sesi kelayakan CP125 B, Syamil kekal konsisten dengan masa terpantas 50.797s. Farish berada di tempat kedua dengan 51.193s, manakala Md Adie Putra Sukarno dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR melengkapkan tiga teratas dengan 51.208s.
Secara keseluruhannya, Idlan muncul sebagai pelumba terpantas CP125, diikuti Syamil dan Izam.
Idlan berkongsi, “Cuaca hari ini memang sangat panas dan saya sebenarnya kurang sihat kerana demam. Mungkin cuaca panas ini membantu memulihkan keadaan saya kerana saya banyak berpeluh. Kami agak bergelut sejak sesi Latihan 1, tetapi kini kami telah menemui pelarasan terbaik dalam sesi kelayakan dan akan menggunakannya untuk sesi Shoot-Out serta perlumbaan esok.”
TOP 5 FASTEST – QUALIFYING SESSION (COMBINED)
- Md Idlan Haqimi Raduan – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (50.733s)
- Md Syamil Amsyar Md Iffende – G PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (50.797s)
- Md Izam Ikmal Izamli – G PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (50.826s)
- Md Harith Farhan Baharin – TKKR RACING TEAM (50.830s)
- Arash Tsunami Kamarudin – ATAS AHM MOTOR SPORTS (51.026s)

