Dalam kategori CP125, Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Litar Permotoran Terengganu menyaksikan Md Farid Hakimi Farid Sezli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING mencatat masa terpantas keseluruhan.
Dalam sesi latihan 2 CP125 A, Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mencuri tumpuan dengan catatan masa terpantas 51.056s. Farid menduduki tempat kedua dengan 51.082s, manakala Md Adie Putra Sukarno dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR di tempat ketiga dengan 51.793s.
Bagi sesi latihan 2 CP125 B, Md Adib Arsyad Md Hisam dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR mencatat masa terbaik 51.665s. Arash Tsunami Kamarudin dari ATAS AHM MOTOR SPORTS menyusul rapat di kedudukan kedua dengan 51.769s, manakala Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING berada di tempat ketiga dengan 52.040s.
Dalam sesi kelayakan CP125 A, Farid memperkemas tunggangannya dengan mencatat masa 50.726s untuk menduduki tempat pertama, menewaskan Izam yang mencatat 50.744s. Md Khairi Asyraf Mahmood dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM berada di kedudukan ketiga dengan 51.470s.
Sementara itu, sesi kelayakan CP125 B menyaksikan peningkatan prestasi daripada Syamil yang mencatat masa terpantas 50.976s. Emil Idzhar Ezuan dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING meraih tempat kedua dengan 51.193s, manakala Adib melengkapkan tiga teratas dengan 51.384s.
Secara keseluruhan, Farid muncul sebagai pelumba terpantas kategori CP125, dengan Izam dan Syamil melengkapkan kedudukan tiga teratas.
Farid berkongsi “Syukur Alhamdulillah, ini satu permulaan yang sangat bermakna bersama pasukan baharu, Yamaha. Sejujurnya, saya tidak sangka dapat berada di kedudukan teratas kerana saya memang tertunggu-tunggu peluang untuk beraksi dalam kategori CP125. Apabila menerima panggilan daripada pasukan ini, saya sangat teruja dan kini semakin serasi dengan jentera. Saya mula mendapat rasa kestabilan dan lebih memahami cara untuk menyesuaikan diri dengan motor. Litar Permotoran Terengganu ini juga antara litar kegemaran saya. Saya akan cuba manfaatkan segala pengalaman yang ada untuk menghadapi sesi Shoot Out dan perlumbaan esok dengan lebih yakin.”
TOP 5 FASTEST – QUALIFYING SESSION (COMBINED)
- Md Farid Hakimi Farid Sezli – PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING (50.726s)
- Md Izam Ikmal Izamli – G PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (50.744s)
- Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (50.976s)
- Emil Idzhar Ezuan – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (51.193s)
- Md Adib Arsyad Md Hisam – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (51.384s)

