Category: 2026
-

HAZIQ: PODIUM MENANTI LAGI?
Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 semakin hangat, tumpuan mula terarah kepada Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) yang pernah menjadi saksi kejayaan manis Md Haziq Md Hamdan apabila beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua musim 2025. Kini, pelumba J DOUBLE EIGHT RACING itu kembali dengan semangat baru, lebih matang dan bersedia untuk…
-

HARITH: PERCAYA PROSES, BURU KEBANGKITAN
Musim baru lazimnya membawa harapan baru. Namun buat Md Harith Farhan Baharin dan EASTEL TKKR RACING TEAM, pembukaan tirai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 hadir bersama ujian yang jauh lebih besar daripada jangkaan. Selepas bertahun-tahun menggunakan jentera Yamaha, musim ini menyaksikan EASTEL TKKR RACING TEAM membuat keputusan berani untuk beralih kepada jentera Modenas,…
-

AFIZI: VOGE DARI KOSONG KE 5 TERBAIK
Bermula tanpa sebarang data asas dan pengalaman mengenai karakter jentera ketika membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pada musim 2025, ramai mungkin tidak menjangkakan peningkatan pantas VOGE RACING TEAM. Namun, hanya selepas satu musim, pasukan itu kini mula membuktikan bahawa kesabaran, kerja keras dan kesungguhan mampu mengubah sebuah projek pembangunan menjadi…
-

MISI KEMENANGAN PERTAMA FARID DI SEPANG
Nasib tidak menyebelahi pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Farid Hakimi Farid Sezli, apabila beliau terpaksa menamatkan Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 tanpa sebarang mata selepas terbabit dalam insiden terjatuh ketika berada dalam kelompok hadapan. Farid memulakan perlumbaan dengan penuh keyakinan dan menunjukkan rentak yang sangat kompetitif sebelum insiden…
-

AIREL BIDIK PODIUM DI SEPANG
Walaupun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat, aksi dipamerkan oleh Md Airel Ahmad Marzuki daripada HONDA RS MEGATECH RACING TEAM pada Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 membuktikan bahawa beliau bukan sekadar pelumba yang mampu bersaing di kelompok hadapan, malah mempunyai mentaliti berpasukan yang cukup tinggi. Sepanjang perlumbaan, Airel tampil cemerlang apabila…
