fbpx

PENURAPAN LITAR SEPANG BERI IMPAK BAHARU – PELBAGAI REAKSI PELUMBA


Selepas tujuh tahun, litar kebanggaan tanah air, Litar Formula 1 Antarabangsa Sepang, hasil rekaan Herman Tilke, telah mengharungi proses penurapan di lima selekoh. Aktiivti turap semula itu telahpun siap pada 27 April, dilaksanakan di Turn 7 sehingga Turn 12 kerana kawasan tersebut menampakkan pelbagai isu antaranya permukaan tak rata.

Menurut SIC, tujuan penurapan semula itu dibuat kerana 2023 merupakan tahun pembaharuan semula homologasi FIM sekaligus penting bagi memastikan keseluruhan litar berada dalam keadaan terbaik dan bertaraf antarabangsa terutamanya bagi penganjuran saingan sukan permotoran bertaraf dunia.

Kini prosesnya sudahpun selesai dan litar Sepang sudahpun dibuka semula bagi penganjuran kejohanan. Bagaimanapun, sudah pastinya pembaharuan itu akan memberi impak kepada pelumba negara yang beraksi di litar tersebut walaupun bahan turapan masih dikekalkan.

Mengenai bahan turapan atau ‘tarmac’ yang digunakan, SIC menjelaskan ia menggunakan bahan campuran istimewa tempatan dan bukannya produk import. Untuk bahan campuran tarmac berkenaan, SIC berkata penting untuk material yang digunakan kekal dengan formula yang sama dan mereka memang mempunyai perunding bagi memastikan standard kekal seperti turapan sedia ada agar pelumba tidak merasakan perbezaan ketara.

Namun begitu, pelumba tanah air terutamany PETRONAS Malaysian Cub Prix meluahkan pelbagai reaksi mengenai penurapan ini memandangkan ia adalah litar utama bagi mereka.

KHAIRUL IDHAM PAWI a.k.a SUPER-KIP

“Saya rasa memang akan ada perbezaan. Walaupun ia hanya melibatkan lima selekoh tapi ia tetap akan beri impak dari segi permukaan. Sebab permukaan sudah pastinya lebih licin dan grip itu kurang. Jadi bila ia berubah di antara selekoh, kami sebagai pelumba juga terpaksa sedikit mengubah cara mengendali jentera di selekoh-selekoh berkenaan. Bagi saya ia agak mencabar lah…”

KASMA DANIEL KASMAYUDDIN

“Cabaran itu perkara biasa. Jadi saya rasa kita try sahaja lah nanti bila kita berlumba. Sudah pasti friction nya agak kurang sebab baru lagi kan permukaan. Mungkin dari segi tayar ada sedikit cabaran di sana. Apapun kita kasi try..”

Banyak asam garam Kasma!

HAFIZA ROFA

“Saya menggangap ini sebagai satu cabaran. Masa 2016 juga ada proses penurapan ini. Memang akan ada perbezaan tidak menafikan dan mungkin ia juga akan sedikit memberi impak kepada catatan masa. Ketika ARRC hari tu pon saya dapat rasa.. tetapi alhamdulilah semua smooth…”

EMIL IDZHAR EZUAN “Bagi saya sebagai pelumba baharu dan yang masih mempelajari selok belok litar ia mungkin akan jadi satu pengalaman dan cabaran juga. Saya akan cuba kawal jentera saya ikut rentak perlumbaan dan saya harap dapat bersaing tanpa apa-apa masalah..”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook