fbpx

MULA DENGAN LANGKAH KIRI, “NO HAL” –  EMIL DALAM MISI MERAIH GELARAN SULUNG


“Bayangkan, perlumbaan yang boleh dikatakan dengan cara yang betul dan profesional pertama saya di platform yang cukup berprestij, apabila ramai di luar sana merebut peluang untuk berada di sini dan saya ‘messed it up’ di pusingan pertama! Betapa down nya saya ketika itu… saya memang tak dapat explain macam mana saya rasa first round itu” luahan Emil mengenai saingan pertamanya.

Setiap manusia yang membuka lembaran baharu tak kisah di bidang apa pun, sudah pastinya keinginan mereka untuk mempunyai permulaan positif itu akan wujud dalam dirinya agar ia menjadi motivasi untuk langkah-langkah seterusnya. Seperti kata orang dulu-dulu, mulalah dengan langkah kanan..

Tetapi permulaan bagi Emil Idzhar Ezuan yang dikenali Emil, pelumba pasukan Yamaha Estremo 27 Racing yang beraksi di kategori WIRA KBS pula tidak begitu indah… adakah Emil putus asa? Tidak!

Mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran seawal 5 tahun dengan minat yang mendalam terhadap kelajuan, kini di usia 16 tahun Emil berada di platform sewajarnya untuk merealisasikan impian beraksi di Kejuaraan Motorsikal Dunia, suatu hari nanti.

“Saya mula ada minat terhadap jentera dua roda ini sejak 5 tahun dan apa yang membuatkan saya minat adalah kelajuan. Deruman dan skill pelumba di atas litar terutamanya di setiap selekoh, everytime saya tengok pelumba bertaraf dunia beraksi, dia dah jadi satu addiction bagi saya.

“Alhamdulilah dengan sokongan keluarga saya memulakan dengan pocketbike dan seterusnya di Mini Cub Prix pada 2019. Sebenarnya umur saya ini boleh dikatakan agak lewat dalam dunia permotoran tetapi saya syukur dapat juga ceburi bidang ini secara profesional dan tidak mustahil untuk saya pergi lebih jauh.

“Pengalaman saya sendiri ketika pusingan pertama. Semua rider mahu keputusan yang positif, atleast menghabiskan perlumbaan tetapi bagi saya yang terjadinya sebalik.. ha ha ha.. saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan disebabkan masalah teknikal. Saya rasa impian untuk beraksi di Litar Sepang itu, semua rider ada kan tetapi saya tidak dapat berlumba. Tipu kalau kata tak sedih dan rasa demotivated. Memang down tetapi saya tak give up.” katanya Emil.

‘Tak Give Up’- Ia bukan hanya sekadar luahan malah Emil membuktikan kebangkitannya pada pusingan seterusnya berturut-turut apabila menyentuh garisan penamat di kedudukan nombor satu di Litar Jempol dan Jasin.

Tidak boleh dinafikan Emil mempunyai aura dan gaya tersendiri dalam mengendali jentera di atas litar. Seperti sedia maklum, litar Jempol dan Jasin adalah lebih terarah kepada teknikal dan juga agak mencabar bagi pelumba yang bersaing buat julung kalinya. Namun ia sedikit pun tidak ketara ketika Emil melakukan tunggangan.

Kemahirannya untuk mengendali jentera di litar-litar teknikal yang memerlukan kepakaran boleh dikatakan agak memberangsangkan.

“Selepas ini saya boleh kata litar teknikal adalah favourite saya. Sebab saya rasa lebih selesa di sana. Kalau kita tengok perlumbaan seterusnya di Litar Sepang. Litar yang berstruktur panjang dan rider-rider ringan mempunyai kelebihan di sana. Macam dengan berat saya ia agak sukar tetapi tidak mustahil.

“Tapi apa pun dua kemenangan berturut-turut, sebab utamanya pasukan saya. Mereka telah menyediakan jentera yang lengkap untuk saya beraksi dengan baik. Bukan setakat itu sahaja, apabila saya tidak dapat berlumba di pusingan pertama mereka telah beri kata-kata semangat kepada saya dan push saya ke depan. Jadi, saya beterima kasih kepada mereka.

“Jika saya menang pusingan seterusnya ia adalah kemenangan Hat Trick bagi saya. Tetapi fokus utamanya adalah gelaran bagi musim agar saya dapat pergi lebih jauh untuk musim depan. Saya harap sapat mengekalkan momentum ini sehingga pusingan terakhir musim 2023.” Emil kini menduduki tangga kedua carta kategori WIRA KBS dengan perbezaan lapan mata dengan pendahulunya, Amirun Haziq Johan dari pasukan Juara Bertahan, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook