MCP2020R05 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

LITAR SEPANG MASIH DALAM GENGGAMAN HELMI AZMAN
Pelumba Hi-Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman, seakan tiada tandingan di Litar Sepang apabila berjaya merakam kemenangan ketiga pada musim ini, di Litar Utara Sepang pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

Walaupun terpaksa memulakan perlumbaan dari barisan kedua setelah mencatat masa ke-enam terpantas dalam sesi ShootOut CP150, strategi perlumbaan pelumba Honda tersebut nyata tidak terjejas. Helmi mengekalkan kedudukannya dalam kelompok pertama untuk sembilan lap pertama, manakala Mohd Aiman Tahiruddin, Mohd Haziq Mohd Fairues, Affendi Rosli, Azroy Hakeem Anuar, Akid Aziz dan Ahmad Fazli Sham bergilir-gilir memimpin perlumbaan sepanjang 11 pusingan itu.

Meskipun hanya mula mengorak langkah pada pusingan ke-10, Helmi masih berjaya mengenepikan tentangan hebat dari Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dan pendahulu kejuaraan Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) di garisan penamat.

Kemenangan Helmi yang ketiga pada musim ini dicatat dengan masa 14’38.112s.

“Itu sememangnya strategi perlumbaan pasukan kami untuk pusingan ini. Agak mustahil bagi seseorang pelumba untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama untuk perlumbaan sepanjang 11 pusingan di atas litar yang panjang dan lebar seperti Sepang. Jadi, saya hanya berancang menunggu sehingga pusingan terakhir sebelum membuat serangan. Syukur, strategi tersebut menjadi pada perlumbaan tadi,” kata Helmi.

Afif terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 dengan catatan masa 14’28.120s. Ini adalah podium pertama bagi Afif dalam musim 2020. Kedudukan ketiga disambar oleh Azroy Hakeem Anuar dengan catatan masa 14’38.142s.

Dengan kemenangan terbaharu dari Helmi Azman ini, kedudukan Azroy di atas tangga keseluruhan CP150 semakin tergugat. Azroy kini hanya mendahului kejuaraan dengan 97 mata, 6 mata di hadapan Helmi Azman. Sementara itu, kedudukan kedua-dua pelumba Honda ini semakin sukar digugat oleh pesaing lain. Pesaing terdekat di tangga ke-tiga, Mohd Aiman Tahiruddin, ketinggalan 35 mata di belakang Helmi dengan jumlah 56 mata selepas lima pusingan ditamatkan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berjaya memenangi perlumbaan CP125 Pusingan 5 dengan catatan masa 11’14.252s. Tempat ke-2 jatuh ke tangan Mohd Fareez Afeez Abd Rahman yang mewakili pasukan IPONE Yamaha YY Pang Racing Team manakala Mohd Hafiza Rofa yang memulakan perlumbaan dari petak pertama menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan catatan masa 11’14.342s.

Kemenangan Syafiq itu berjaya mengekang kemaraan pelumba-pelumba taruhan pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dari terus mara mendominasi buruan takhta CP125. Syafiq Rosli kini memimpin kategori pertengahan ini dengan 81 mata. Mohd Shafiq Rasol turun ke tangga ke-2 dengan 74 mata selepas menamatkan perlumbaan Pusingan 5 di tempat ke-9.

The post LITAR SEPANG MASIH DALAM GENGGAMAN HELMI AZMAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY TERPANTAS SESI KELAYAKAN CP150
Musim 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akhirnya bersambung dengan empat pusingan dianjurkan berturut-turut selama enam hari di Litar Utara, Litar Sepang minggu ini. Pusingan 5 dan 6 akan berlangsung dari 18hb sehingga 20hb Disember.

100 mata kejuaraan menjadi buruan minggu ini. Dalam kategori perdana CP150, Azroy Hakeem Anuar menjadi tumpuan sebagai pendahulu CP150. Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing itu belum pernah gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan podium selama empat pusingan pertama pertengahan tahun lalu.

Dalam sesi kelayakan CP150, rentak dominasi Azroy ternyata tidak terjejas dalam peringkat masa PKPB apabila pelumba Honda tersebut berjaya mencatat masa terpantas 1’17.573s. Namun, kedudukan petak pertama di perlumbaan pusingan lima, belum lagi menjadi milik Azroy. Posisi grid CP150 Akhir hanya akan ditentukan selepas sesi Super Pole yang bakal disertai oleh 10 pelumba terpantas sesi kelayakan.

Catatan masa Azroy disusuli Mohd Ramdan Rosli dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. Seperti Azroy, Ramdan berjaya mencatat masa di bawah 1’18 saat, 1’17.767s. Masa ketiga terpantas dirakam oleh pelumba IPONE Yamaha YY Pang Racing Team Mohd Izzat Zaidi dengan 1’18.244s.

Jadual perlumbaan baharu terpaksa digubal untuk menyesuai situasi unik ini di mana keputusan sesi kelayakan untuk semua kelas perlumbaan (kecuali CP150) akan digunakan untuk dua pusingan berturut-turut. Ini bermakna, posisi grid untuk perlumbaan Pusingan 5 dan Pusingan 6 dalam kategori CP125, Wira KBS, PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup, serta perlumbaan-perlumbaan satu jenama Honda dan Yamaha akan ditentukan melalui sesi kelayakan ini.

Para pesaing kategori CP125 dikejutkan dengan pengumuman penyertaan saat terakhir dari dua pelumba berpengalaman – Mohd Zaqhwan Zaidi (Boon Siew Honda Racing Team) dan Abdul Muhaimin Roslan (ONEXOX Racing Team).

Kehadiran Muhaimin mendatangkan impak yang besar, mendahului sesi kelayakan CP125 dengan catatan masa 1’24.008s.

The post AZROY TERPANTAS SESI KELAYAKAN CP150 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PUSINGAN 5 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS DITUNDA
Safe Aim Mutual Sdn Bhd, selaku penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia, dukacita memaklumkan bahawa Pusingan 5 yang pada asalnya telah dipinda ke Litar Utara Sepang minggu ini (10hb dan 11hb Oktober 2020) akan ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti.

Memandangkan keadaan terkini, pihak penganjur kejuaraan tidak berjaya mendapatkan kelulusan muktamad dari pihak berkuasa untuk menjalankan Pusingan 5 seperti yang telah diumumkan semalam. Tarikh baharu untuk Pusingan 5 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami. Pada masa yang sama, kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penganjur kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut meminta orang ramai agar senantiasa mengikuti panduan SOP keselamatan untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.

The post PUSINGAN 5 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS DITUNDA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

LOKASI PUSINGAN 5 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS BAKAL DIPINDA
Lokasi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malayisa PETRONAS bakal dipinda dari Litar Tangkak ke Litar Antarabangsa Sepang (Utara).

Langkah ini terpaksa diambil untuk mematuhi dan menghormati keputusan kerajaan negeri Johor untuk menangguhkan semua acara buat sementara.

Pihak penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, kini sedang berkerjasama rapat dengan pengurusan Litar Antarabangsa untuk memindakan lokasi Pusingan 5 ke Litar Sepang (Utara) agar pusingan tersebut masih boleh dijalankan pada hari dan tarikh yang sama, iaitu 10hb dan 11hb Oktober, 2020.

“Kami memahami dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Johor. Pada masa yang sama, kami bersyukur mendapat ruang memindahkan penajaan Pusingan 5 ke Litar Sepang dalam jangka masa yang begitu singkat. Bagi pihak Kejuaraan Cub Prix, kami meminta maaf di atas segala kesulitan yang mungkin dihadapi oleh para pelumba, pasukan serta pegawai perlumbaan,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kertas kerja mengenai pertukaran tempat sedang diproses dan menunggu kelulusan muktamad dari pihak berwajib.

The post LOKASI PUSINGAN 5 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS BAKAL DIPINDA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.