MCP2020R04 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AKSI HAFIZA MEMANG LUAR BIASA DI KUALA TERENGGANU
Walaupun gagal untuk bergelar juara di negeri kelahirannya, namun kejayaan meraih tempat ketiga pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 di Litar Permotoran Terengganu semalam membawa erti yang cukup bermakna buat Md Hafiza Rofa.

Sekurang-kurangnya kejayaan menjejak kaki di podium kemenangan memberi sedikit kelegaan buat pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu, sekali gus bertindak sebagai hadiah istimewa buat para peminat di negeri kelahirannya.

Malah, dia mengakui sejak beberapa tahun lalu, mereka mendapati amat sukar untuk melakar kemenangan sebagai juara pada saingan di Terengganu meskipun memiliki kelebihan untuk mendapat sokongan moral daripada para peminat mereka.

Walaupun telah cuba melakukan yang terbaik, namun misi untuk tampil dengan status selaku juara tetap gagal untuk direalisasikan.

Justeru, kedudukan tempat ketiga yang diraih pelumba berusia 24 tahun itu semalam, tetap menjadi kebanggaannya kerana ia masih mampu menghadirkan kepuasaan buat para penyokongnya.

Mengulas prestasi yang dipamerkan oleh Hafiza pada aksi Pusingan 4 itu semalam, mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dia adalah juara sebenar.

Dia memulakan perlumbaan daripada petak ke-15, namun masih mampu untuk menamatkan saingan 15 lap itu di kedudukan ketiga.

Ketika sesi kelayakan, Hafiza antara pelumba yang berada dalam kelompok hadapan, tetapi dia bersama tiga lagi pelumba lain, tidak disenaraikan untuk sesi Shootout kerana berlaku insiden melibatkan perkara berkaitan teknikal.

Justeru itu, mereka terpaksa memulakan perlumbaan akhir dari barisan belakang.

Ternyata, situasi tersebut tidak menjejaskan fokusnya untuk mengharungi perlumbaan akhir itu dengan rentak yang sangat luar biasa sehingga mampu menamatkannya di kedudukan ketiga.

Ia membuktikan bahawa Hafiza bukan seorang pelumba yang boleh dipandang sebelah mata dan kemampuannya memintas 11 pelumba lain yang berada di hadapannya sudah cukup untuk menceritakan betapa tangkasnya dia ketika berada di gelanggang perlumbaan.

Menyingkap prestasi yang dipamerkan oleh Hafiza musim ini, ia boleh dianggap sebagai tahun kebangkitannya selepas agak tenggelam ketika beraksi dalam kelas CP150 musim lalu.

Setakat ini, dia kekal konsisten untuk menjejak kaki di podium kemenangan selepas muncul tempat ketiga pada aksi pembuka tirai di Sepang diikuti gelaran muncul juara pada saingan Pusingan 3, juga di Sepang.

Nasibnya kurang baik pada saingan Pusingan 2 di Tangkak, Johor apabila gagal menamatkan perlumbaan gara-gara terjatuh.

Dia kini mula mengorak langkah dan mempergunakan sepenuhnya pengalaman yang ada bagi mengembalikan reputasi cemerlang yang pernah dipamerkannya ketika muncul naib juara keseluruhan kelas Wira pada tahun 2011.

Selepas berakhirnya saingan Pusingan 4, Hafiza kini menghuni kedudukan kedua dalam carta keseluruhan dengan mengumpul  57 mata manakala rakan sepasukannya, Md Shafiq Rasol berada di kedudukan teratas dengan 67 mata.

The post AKSI HAFIZA MEMANG LUAR BIASA DI KUALA TERENGGANU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY KOTAKAN JANJI UNTUK BERGELAR JUARA
Azroy Hakeem Anuar menyempurnakan misinya dengan mudah di Litar Permotoran Terengganu apabila bergelar juara pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS hari ini.

Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing itu sekali lagi mempertahankan kejuaraannya di litar yang sama dalam kelas CP150 apabila memenangi perlumbaan akhir dengan catatan masa 16:40.336 saat (s).

Ternyata, litar sepanjang 1.371 kilometer itu memang gelanggang kegemaran pelumba asal Selangor itu selepas turut bergelar juara pada edisi 2019 lalu.

Semuanya berjalan lancar buat Azroy pada saingan kali ini, bermula daripada sesi kelayakan yang menyaksikannya muncul pelumba terpantas semalam.

Hari ini, dia meneruskan rentak cemerlang bagi mengotakan janjinya untuk terus berada di podium kemenangan.

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan terbaik hari ini. Keadaan jentera juga mantap selain perasaan positif untuk memimpin perlumbaan. Semuanya berjalan lancar dan saya gembira dan sangat berterima kasih kepada seluruh krew pasukan yang telah bekerja keras untuk kejayaan ini,” jelas Azroy.

Dengan kemenangan itu, Azroy kini terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan meraih 81 mata, diikuti Helmi Azman yang sudah mengumpul 66 mata.

Tempat kedua perlumbaan akhir kelas CP150 hari ini menjadi milik pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan merekod masa 16:41.346s manakala tempat ketiga menjadi milik Md Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan masa 16:43.825s.

Kelas CP126 pula menyaksikan kebangkitan juara keseluruhan kategori Wira musim lalu, Md Aliff Danial Md Asri yang kini menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Aliff muncul juara kelas yang baharu diperkenalkan musim ini dengan catatan masa 13:06.521s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menjadi milik Md Adib Rosley (IPONE Yamaha YYPANG Racing Team) dan  Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG Team).

Pada perlumbaan itu, Adib yang agak tenggelam dalam tiga pusingan sebelum ini melakukan catatan masa 13:09.390s manakalan Hafiza menamatkan saingan dengan masa 13:15.210s.

Begitupun, kedudukan keseluruhan masih masih dipegang pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Md Shafiq Rasol yang sudah mengumpul 67 mata diikuti rakan sepasukannya, Md Hafiza dengan 57 mata.

Sementara itu, Rahimi Nabil Razu tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tampil hebat untuk muncul juara perlumbaan akhir kelas Wira.

Pelumba yang menggalas pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing itu memenangi perlumbaan 12 lap itu dengan catatan masa 10:47.161s.

Tempat kedua berada dalam genggaman pelumba pasukan Boss Susu Motorsports, Md Haziq Rosmaza dengan masa 10:48.380s diikuti tempat ketiga, Md Aeiman Hafidz Shahril (ONEXOX SAG Team) dengan catatan masa 10:50.874s.

Kemenangan yang diraih Rahimi itu terus mengukuhkan statusnya selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 78 mata.

Selepas ini, Litar Lumba Tangkak, Johor akan menjadi destinasi Pusingan 5 yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober nanti.

The post AZROY KOTAKAN JANJI UNTUK BERGELAR JUARA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PUSINGAN 4: PINDAAN KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN CP125
Keputusan sesi kelayakan CP125 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu telah dipinda. Keputusan lima pelumba teratas dikecualikan di atas isu teknikal.

Pelumba-pelumba yang terlibat termasuk Mohd Shafiq Rasol dan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd Faiz Zekri Sabri dan Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi dari pasukan ONEXOX SAG Team, serta Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing. Namun demikian, kelima-lima pelumba ini masih layak ke perlumbaan CP125 Akhir dan akan memulakan perlumbaan dari barisan terakhir.

Dengan itu, trio IPONE Yamaha YY Pang Racing Team, Mohd Adib Rosley, Mohd Khairi Asyraf Mahmood dan Mohd Fareez Afeez kini mendahului senarai sepuluh pelumba yang akan menyertai sesi Shoot-Out CP125.

The post PUSINGAN 4: PINDAAN KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN CP125 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY YAKIN KUASAI SAINGAN DI KUALA TERENGGANU
Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yakin untuk menguasai saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu esok.

Keyakinan itu hadir selepas pelumba asal Selangor itu muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 hari ini dengan catatan masa 49.062 saat (s) sepusingan.

Meskipun keadaan cuaca kurang baik sepanjang dia mengharungi sesi tersebut, namun ia tidak menghalang Azroy untuk merekodkan catatan terbaik di litar sepanjang 1.371 kilometer (km) itu.

Rentak yang dipamerkan oleh Azroy pada saingan hari ini membuktikan kesungguhannya untuk terus berada di podium seperti mana yang dipamerkannya dalam tiga pusingan terdahulu. Malah, dia merupakan juara bertahan di litar ini selepas muncul juara  pada saingan musim lalu.

Setakat ini, Azroy kekal konsisten menjejak kaki di podium kemenangan selepas muncul di tempat ketiga pada Pusingan 1 di Sepang diikuti dua gelaran naib juara di Tangkak (Pusingan2) dan Sepang (Pusingan 3).

Ketika ditanya mengenai prestasinya pada sesi kelayakan hari ini, Azroy menjelaskan bahawa semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Ketika saya mengharungi sesi kelayakan, keadaan cuaca tidak menentu dan saya membuat keputusan untuk mencatat masa terpantas lebih awal. Alhamdulillah, ia berhasil.

“Sekarang, fokus saya adalah untuk memastikan perlumbaan esok memihak kepada pasukan kami. Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik serta cuba untuk memimpin perlumbaan akhir nanti.

“Saya berasa amat yakin dan positif untuk menghadapi perlumbaan sebenar esok,” jelas Azroy.

Pada sesi hari ini, Azroy meninggalkan pencabar terdekatnya, Md Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan perbezaan masa 0.218s.

Helmi yang muncul juara pada aksi Pusingan 3 di Sepang bulan lalu, menamatkan sesi kelayakan hari ini di kedudukan kedua dengan masa 49.280s sepusingan.

Tempat ketiga terpantas direkodkan oleh pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan masa 49.306s.

Pada saingan musim lalu, aksi di Litar Permotoran Terengganu dimenangi Azroy (CP150) manakala kelas CP115 (kini ditukar ke CP125), dimenangi Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing. Pasukan YY Pang tahun ini dikenali sebagai IPONE Yamaha YYPang Racing Team).

The post AZROY YAKIN KUASAI SAINGAN DI KUALA TERENGGANU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY HARAPKAN TUAH LITAR PERMOTORAN TERENGGANU BERULANG
Setelah tiga kali berturut-turut menamatkan perlumbaan di kedudukan podium (tiga teratas), Azroy Hakeem Anuar kini berharap tuah musim 2019 di Litar Permotoran Terengganu akan berulang minggu ini apabila Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS singgah ke Kuala Terengganu untuk pusingan keempat musim 2020.

Pelumba dari pasukan Idemitsu Yuzy Honda Racing itu mempunyai rekod yang cemerlang di Litar Permotoran Terengganu, malah pernah memenangi perlumbaan di litar sepanjang 1.371km itu pada musim 2019.

Azroy, yang kini mendahului buruan juara kategori perdana CP150 dengan 56 mata, masih belum lagi selesa dan memerlukan mata kejuaraan maksima di Pusingan 4 untuk mengekalkan kedudukannya di tangga teratas.

“Tidak dinafikan, strategi yang konsisten lebih penting dalam kejuaraan sepanjang lapan pusingan musim ini. Akan tetapi, saya tetap mendambakan kemenangan, terutamanya di Litar Permotoran Terengganu kerana saya begitu yakin dengan keupayaan diri saya dan juga jentera pasukan di litar tersebut,” jelas Azroy yang sedang memimpin kategori CP150 dengan 56 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.

Pesaing terdekat Azroy, Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, sudah dua kali mencatatkan kemenangan dan kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 50 mata, hanya enam mata di belakang Azroy.

Sementara itu, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd Shafiq Rasol, masih berada di tangga teratas kategori CP125 dengan 61 mata. Rahimi Nabil Razu dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing mendahului kategori Wira KBS dengan 53 mata.

The post AZROY HARAPKAN TUAH LITAR PERMOTORAN TERENGGANU BERULANG appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.