fbpx

Mini Cub Prix

Pendedahan Awal

Mendedahkan pelumba cilik kepada perlumbaan secara professional pada peringkat lebih awal sebelum melangkah ke saingan lebih tinggi.

Mini Cub Prix Junior

Musim 2022 Milik Akid

Muhamad Akid bin Mohd Shah Khearul Nisiam telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah melakar 5 kemenangan dengan mengumpul 138 mata.

Terbuka & Kadet

Dominasi Qayyim

Dominasi Qayyim Razin bin Razali dalam kategori Terbuka dan Kadet tidak berjaya digugat oleh pencabar lain untuk muncul sebagai Juara Keseluruhan.

Kidz

Rishi Menang Bergaya

Kategori Kidz menyaksikan aksi cemerlang Rishi Keishan Kishi memenangi kedua-dua perlumbaan pada pusingan terakhir membolehkan beliau muncul Juara Keseluruhan.

Kejuaraan Mini Cub Prix
Musim 2023

Mini Cub Prix Kembali

Kejuaraan Mini Cub Prix bagi musim 2023 kembali dengan semangat baharu setelah berehat selama tiga musim.

Siri kejuaraan ini terus mengekalkan 4 kategori iaitu Junior, Terbuka, Kadet dan Kidz.

Kategori Junior yang merupakan kategori utama akan disertai oleh pelumba berusia 12-13 tahun yang terpilih. Para pelumba akan menggunakan jentera 74 Daijiro yang disediakan oleh penganjur. Selain hadiah setiap pusingan, Juara dan Naib Juara Keseluruhan bakal mendapat peluang menyertai Perlumbaan Satu Pengeluar dalam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pada musim berikutnya dengan yuran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. 

Kategori Terbuka pula boleh disertai oleh pelumba berusia 6-12 tahun dan boleh menggunakan jentera jenis ‘water cool’ atau ‘air cool’ seperti Polini, BMS, DM, Blata dan sebagainya. Kategori Kadet terbuka buat pelumba berusia 10-11 tahun manakala kategori Kidz bagi pelumba berusia 6-9 tahun dan mereka dibenarkan menggunakan jentera China Robin atau Robin Air Cool.

Kejuaraan ini diharap dapat menjadi pelengkap kepada platform bagi mencungkil bakat muda negara sebelum mereka ke peringkat seterusnya seperti Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Kejuaraan Superbike Malaysia serta peringkat antarabangsa seperti Kejuaraan Motosikal Asia FIM dan sebagainya. 

KALENDAR

Pusingan 1

Stadium Hoki Seremban
28 Oktober

Pusingan 2

Stadium Batu Kawan
25 November

Pusingan 3

Litar Antarabangsa Sepang
16 Disember

KEPUTUSAN

Pusingan 1

Junior

Terbuka

Kadet

Kidz