fbpx

“MOMEN TERBAIK DALAM HIDUP TAK AKAN KAU DAPATKAN TANPANYA SEBUAH PENGALAMAN” – KASMA KINI KEMBALI MENGAUM DI MATA DUNIA


Namanya yang bukan asing dalam dunia permotoran, Kasma Daniel Kasmayuddin, hampir sedekad, perjalanan yang bukan mudah tetapi yang cukup berharga.

Dengan pengalaman yang milikinya, bermula di Eco Move Pocket Bike Race sehingga ke Kejuaraan Dunia Moto2, Kasma boleh disifatkan seorang pelumba yang memiliki aura tersendiri untuk menyerlah dalam sukan jentera dua roda ini.

Pelumba berusia 22 itu, bagaimanapun tidak mengharungi perjalanan yang selesa untuk membawa nama negara ke persada dunia. Adanya liku-liku yang dilalui Kasma untuk  mencapai tahap tersebut.

Kasma mula berkecimpung dalam sukan permotoran di peringkat antarabangsa, pertamanya di Asia pada tahun  2015 dalam saingan Asia Road Racing Championship, ARRC di kategori Asia Production, AP250cc selepas berjaya menarik perhatian pasukan ‘ faktori’ Yamaha Finson Racing apabila menampilkan aksi cemerlang dalam kategori CP115 pada saingan permotoran berprestij negara PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Pada tahun tersebut, Kasma mengakhiri musim ARRC itu di tangga ke-6 selain muncul juara keseluruhan Malaysian Cub Prix.

Suka ‘admin’ nak nyatakan, perjalanannya turut bermula di platform sukan permotoran dua roda berprestij kebangsaan, Malaysian Cub Prix.

“Dari tahun ke tahun, banyak saya belajar, bukan sahaja dari segi skill riding dan fitness.. tetapi saya sebagai pelumba profesional, pelbagai pelajaran kehidupan dapat saya harungi di dalam dan luar litar. Saya boleh katakana pengalaman yang cukup berharga. Bermula berlumba di MCP sehinggalah saya beraksi di peringkat antarabangsa, boleh saya katakana pengalaman yang membawakan saya ke depan.

“Bak kata ‘Experience makes you a perfect man,’ saya belum perfect tetapi saya yakin personally dan professionally, saya dah improve banyak. Sebagai seorang pelumba kini saya boleh decide apa keperluan saya bagi setiap perlumbaan tanpa mengira aspek mental dan fizikal. Saya rasa dirinya lebih matang apabila membuat keputusan.

“Setiap kali perlumbaan saya akan cuba beri yang terbaik untuk pasukan dan diri sendiri. Alhamdulilah bagi tahun 2019, saya dapat tawaran untuk menyerta FIM CEV Moto2. Di situlah banyak benda saya belajar bersama-sama pelumba professional negara lain dan tahun 2020 saya sertai saingan Moto2,” jelas Kasma.

Tahun 2020 boleh dikatakan tahun yang agak mencabar bagi bekas pelumba Moto2 itu apabila prestasinya dalam kancah MotoGP gagal memberi peluang untuk meneruskan persaingannya di pentas antarabangsa. Namun perjuangan dalam sukan permotoran dua roda itu tidak terhenti di sana, Kasma tetap menggegarkan litar Asia dan kebangsaan.

Melebarkan semula sayapnya lebih jauh, Kasma akan kembali mewarnai arena sukan permotoran antarabangsa. Terbukti sikap tidak putus asa itu akan membuahkan hasil, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang kini mendahului carta keseluruhan bagi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP150, akan beraksi  di arena MotoGP di kategori perlumbaan Moto2 sebagai pelumba pengganti untuk Kohta Nozane dari pasukan Correos Prepago Yamaha VR46 Team untuk dua pusingan berturut-turut

Perlumbaan tersebut akan berlangsung di Mugello, Italy pada 11 Jun 2023 dan Sachsenring, Germany pada 18 Jun 2023. Susulannya, pelumba asal Johor itu akan terlepad pusingan keempat MCP yang akan berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa Selatan pada hujung minggu ini.

“Boleh saya kata dengan bangganya, sukan permotoran ini banyak mengubahkan lifestyle saya sendiri. Teamwork, persefahaman antara pasukan, bukan sahaja pasukan tetapi rider-rider pasukan lain juga. Kami lawan di atas litar tetapi di luar kami semua kawan. Sokongan mereka tetap bersama saya tak kisah saya berlumba di mana.

“Sportmanship itu satu perkara paling berharga saya belajar dalam tempoh hampir sedekad ini. Dan pada masa yang, saya juga berterima kasih kepada pasukan saya yang tidak menghalang sebab saya mendahului kategori CP150 selepas tiga pusingan, mereka tetap memberi sokongan yang padu untuk saya ke lebih jauh.”

Kasma yang kini menduduki tempat pertama dengan jumlah sebanyak 51 mata secara keseluruhan. Walaupun, saingan tahun ini agak mencabar baginya, tidak patah semangat, Kasma tetap memberi saingan sengit pada setiap pusingan. Kasma akan kembali untuk bersaing di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Kami ucapkan Selamat Maju Jaya kepada Kasma – Fly Higher Bro!

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook