MCP2023R05 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AZROY CATAT KEMENANGAN PERTAMA
Pusingan kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung hari ini di Litar Permotoran Terengganu. Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Racing meraih kemenangan pertama bagi musim ini bagi kategori CP150.

Di sesi “Super Pole” yang telah berlangsung pada sebelah pagi, Afif dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya mencatatkan masa terpantas pada 48’508s diikuti oleh Azroy dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team dengan catatan masa 48’616s dan Kasma dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 48’794s.

Bermula perlumbaan pada petang ini, Afif memecut ke P1 untuk seketika sebelum Azroy di belakangnya memintas. Di P3, Kasma tampak yakin dengan momentumnya. Di P4, Akid mengikuti Kasma sambil mencari peluang untuk memintas. Jurang di antara empat pelumba di hadapan dan kelompok di belakang menjadi semakin besar dengan Helmi di P5 sebelum di pintas oleh Nazirul. Di P1, Azroy kekal fokus dalam mempertahankan kedudukannya walaupun Afif memberikan tekanan.

Berbaki 10 lap, kedudukan di kelompok hadapan masih tidak berubah tetapi di kelompok belakang, Haziq mula memberikan tekanan kepada Helmi. Di lap kesebelas, Kasma mula menghadapi masalah dengan jentera dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Ini memberikan kelebihan bagi Akid yang pada ketika itu mengambil alih kedudukan di P3. Dalam pada itu, Helmi berjaya memintas Nazirul dan mula mengejar perlumba di hadapannya tetapi selepas beberapa lap, Nazirul kembali ke P4.

Persaingan bertambah sengit di antara Azroy dan Afif tetapi Azroy mantap mempertahankan kedudukannya. Akid di P3 ketinggalan di belakang. Di lap terakhir, Afif cuba dengan sedaya upaya untuk memintas Azroy tetapi Azroy berjaya mempertahankan kedudukannya di P1 dari permulaan sampailah ke garisan penamat dengan catatan masa 16’23:204s.

Menurut Azroy, “Perlumbaan yang sangat sengit. Tetapi akhirnya, dapat juga menang setelah sekian lama. Semasa berlumba tadi, saya memang “push” dari lap pertama sampai ke akhir. Mula-mula ada empat pelumba dikelompok hadapan dan kemudian kurang seorang. Bila saya pandang ke belakang lepas beberapa lap, hanya Afif di belakang saya. Saya pun tidak pasti apa yang berlaku kepada pelumba-pelumba di kedudukan tiga dan empat. Pada lima lap terakhir tadi, saya fikir nak bagi Afif peluang ke P1 tetapi Afif pun tidak mengambil kesempatan maka saya kekalkan kelajuan sampailah ke lap terakhir. Di selekoh terakhir, memang ada ruang untuk memintas tetapi dia tidak memintas lalu saya memecut ke garisan penamat. Memang saya amat terharu dengan kemenangan hari ini.”

Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mendapat tempat kedua dengan catatan masa 16’23:500s.

Rakan sepasukan, Md Akid Aziz mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 16’28:023s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AZROY CATAT KEMENANGAN PERTAMA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

DUO YY PANG KUASAI LITAR PERMOTORAN TERENGGANU
Md Khairi Ashraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangan bagi kategori CP125 bagi pusingan kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Di sesi “Shoot Out” yang telah berlangsung pada waktu pagi, pelumba-pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team telah tampil dengan strategi yang hebat untuk menguasai ketiga-tiga kedudukan teratas di petak grid. Syafiq Ezzariq dengan catatan masa terpantas mengambil kedudukan pertama di petak grid dengan catatan masa 51’119s diikuti oleh Khairi Ashraf di petak grid kedua dengan catatan masa 51’163s dan Fareez Afeez di petak grid ketiga dengan catatan masa 51’565s.

Perlumbaan tadi melihat Ezzariq di kedudukan P1 diikuti oleh rakan sepasukannya Khairi di P2. Beberapa saat kemudian, suatu kemalangan berlaku lalu membuka peluang kepada duo sepasukan untuk memecut ke hadapan serta membina ruang di antara kelompok di belakang. Di P3, Syukran cuba untuk menutup jurang di hadapannya. Namun begitu, duo sepasukan agak teguh di kedudukan masing-masing. Persaingan lebih ketara di kelompok belakang.

Berbaki enam lap, Ezzariq yang berada di kedudukan P1 berjaya membuka ruang di antara Khairi. Di P4, Adam terus mencari peluang untuk memintas Syukran dan berjaya mara ke P3 untuk seketika sebelum dipintas oleh Aliff Danial. Di P1 dan P2, kedudukan Ezzariq dan Khairi kukuh tetapi di lap terakhir, Khairi membuka langkah dan memintas Ezzariq sebelum ke garisan penamat dengan catatan masa 13’00:253s.

Menurut Khairi, “Pasukan saya telah membuat persiapan yang bagus dari segi jentera untuk minggu ini. Pada perlumbaan tadi, saya cuba mengekalkan kedudukan saya dengan rakan sepasukan saya. Tetapi pada lap terakhir tadi, rakan saya ada buat sedikit kesilapan lalu saya mengambil kesempatan untuk mara ke depan. Saya amat bersyukur dengan kemenangan saya hari ini.”

Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam mengambil tempat kedua dengan catatan masa 13’00:652s.

Md Adam Haikal Jahar dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 13’06:180s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post DUO YY PANG KUASAI LITAR PERMOTORAN TERENGGANU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AMIRUN PERKUKUH KEDUDUKAN
Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing tampil dengan kejayaan di tempat pertama bagi kategori Wira KBS untuk Pusingan kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Bermula dari petak grid pertama adalah Danish Iqram dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing yang telah mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan semalam diikuti oleh pelumba sepasukan Adib Arsyad dan Amirun Haziq dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di petak grid ketiga.

Bermulanya perlumbaan, Danish pantas mengambil kedudukan pertama diikuti oleh rakan sepasukannya, Adib di P2 sebelum di pintas oleh Farish. Di lap kedua, Farish membuka langkah untuk memintas Danish. Di P3, Amirun mencari peluang untuk memintas tetapi kedua-dua pelumba di hadapan hebat mempertahankan kedudukan mereka. Di lap keempat, Danish menutup jurang di antara Farish lalu memintasnya.

Sepanjang perlumbaan, Danish dan Farish masing-masing memberikan tekanan sesame sendiri. Berbaki empat lap, Farish memintas Danish diikuti oleh Amirun di P2. Di P4, Adib cuba memberikan saingan kepada Danish tetapi tidak berjaya. Dua lap lagi, persaingan bertambah sengit di antara Farish dan Amirun. Kedua-dua pelumba tersebut pada ketika itu berjaya telah membuka ruang di antara kelompok pelumba di belakang.

Di lap terakhir, Amirun memintas Farish dan mula meningkatkan kelajuan. Danish yang kini berada di P3 cuba mengambil kedudukan Farish tetapi masing-masing hebat mempertahankan kedudukan dihadapannya sebelum Amirum memecut ke garisan penamat dengan catatan masa 10’43:983s.

Menurut Amirun, “Untuk perlumbaan kali, saya amat gembira kerana mendapat tempat pertama. Keadaan jentera saya kali ini agak bagus dan saya dapat menggunakan strategi seperti yang telah dibincang dengan pasukan saya. Perlumbaan tadi memang sengit lebih-lebih lagi dengan pelumba-pelumba lain yang memberikan tekanan tetapi saya bersyukur dengan kemenangan pada petang ini.”

Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Bad Lad Honda KC Racing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 10’44:167s.

Di tempat ketiga adalah Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 10’44:276s

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AMIRUN PERKUKUH KEDUDUKAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AKID LAUNG AMARAN AWAL
Pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah bermula hari ini di Litar Permotoran Terengganu dengan cuaca yang agak baik. Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP150 yang berlangsung pada petang tadi

Di sesi latihan bebas 1 yang berlangsung pada waktu pagi tadi, Kasma dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas pada 48’923s diikuti oleh Akid dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 49’301 dan Muzakkir dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team pada 49’324s.

Sesi kelayakan pusingan kelima dibahagikan kepada dua sesi agar para pelumba dapat menyesuaikan diri di litar dan mempertingkatkan lagi prestasi untuk catatan masa terpantas. Di sesi kelayakan 1, Akid mencatatkan masa terpantas dengan catatan 49’012s diikuti oleh Kasma dengan catatan masa 49’086s dan Afif dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 49’227s. Di sesi kelayakan 2, Akid memperbaiki lagi prestasinya lalu mencatatkan masa terpantas sekali lagi dengan catatan masa 48’846s diikuti oleh Muzakkir dengan catatan masa 48’902 dan Afif pada 48’974s.

Akid yang kini menduduki tempat pertama secara keseluruhan tampak hebat di Litar Terengganu. Di perlumbaan akhir pusingan ketujuh yang berlangsung di litar ini pada tahun lepas, Akid hanya mendapat tempat kelima. Musim ini agak berlainan bagi beliau lebih-lebih dengan pencapaiannya di podium sebanyak tiga kali berturut-turut. Beliau telah menunjukkan penguasaannya beliau bukan sahaja di litar kelajuan tinggi malah juga di litar yang teknikal.

Menurut Akid, “Jangkaan saya untuk perlumbaan esok sudah mesti sengit kerana ramai pelumba yang hebat, masing-masing agak laju dan agak sukar untuk mendapatkan masa yang baik. Keadaan jentera juga harus diperiksa setiap kali untuk memastikan ia berada di tahap yang optimum. Bagi saya, semua pelumba di kategori ini adalah hebat dan jentera pun sama kelajuan tetapi bezanya adalah cara berlumba yang berlainan. Untuk setakat ini, saya tak yakin 100% lagi dengan litar tetapi saya akan terus berusaha dan harapan untuk menang. Menang memang sukar lebih-lebih lagi dengan barisan pelumba yang sentiasa mencabar tetapi saya akan cuba buat yang terbaik.”

Di tempat kedua terpantas adalah Md Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 48’902s.

Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mengambil tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 48’974s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AKID LAUNG AMARAN AWAL appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AMIRUL MASIH BERBISA
Md Amirul Ariff Musa of SCK Honda Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan, Pusingan Kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP125 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Di sesi latihan 1, Syukran dari pasukan Rexxo Racing Team mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 51’743s diikuti oleh Haziq dari pasukan Castrol Power1 Ultimate Honda Racing Team dengan masa 51’753s dan Fareez dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 51’775s. Di sesi latihan 2 pula, Fareez tampil dengan catatan masa terpantas pada 51’442s diikuti oleh Syukran dengan catatan masa 51’587s dan Aliff Danial dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 51’589s.

Bagi sesi kelayakan yang berlangsung pada sebelah petang, Amirul Ariff mencatatkan masa terpantas pada 51’456s. Pada musim lepas, beliau telah menamatkan perlumbaan di tempat kelima bagi pusingan ketujuh yang berlangsung di litar Terengganu. Walaupun pencapaian beliau pada akhir musim tidak begitu memuaskan, Amirul telah kembali dengan azam baru bagi musim ini. Setakat ini, beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 43 mata dan menduduki tempat keempat secara keseluruhan.

Menurut Amirul, “Masa sesi kelayakan tadi, saya tumpukan perhatian kepada enjin. Di sesi latihan tadi, saya cuba cari “setup” yang terbaik dan sememangnya di sesi kelayakan tadi, saya berjaya mencapai keadaan optimum bagi jentera saya. Keadaan jentera saya buat masa kini tiada masalah maka saya berharap dapat teruskan begini sampai esok. Pada musim lepas, saya hanya mula berlumba di pusingan keenam dan oleh itu, susah untuk mencari “setup” yang bagus untuk jentera. Musim ini, saya dapat mulakan persiapan dari pusingan pertama lagi. Saya berharap untuk mencapai pencapaian yang bagus pada musim ini.”

Di tempat kedua terpantas adalah Md Aliff Danial Md Asri dengan catatan masa terpantas pada 51’461s.

Md Khairi Ashraf Mahmood mengambil tempat ketiga dengan catatan masa terpantas pada 51’467s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AMIRUL MASIH BERBISA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

IQRAM TERPANTAS WIRA KBS
Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa terpantas bagi kategori Wira KBS di sesi kelayakan pusingan kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Pada sesi latihan 1 tadi, Iqram Danish mencatatkan masa terpantas pada 53’397s. Rakan sepasukan dari Bad Lab Honda KC Racing, Farish Iqmal dan Adib Hareez mencatatkan masa kedua dan ketiga terpantas masing-masing dengan catatan masa 53’848s dan 53’936s. Di sesi latihan bebas 2, Iqram Danish dan Farish Iqmal sekali lagi mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas masing-masing dengan catatan masa 53’049s dan 53’193s diikuti oleh Adib Arsyad dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing pada 53’194s.

Di sesi kelayakan yang berlangsung pada waktu petang tadi, Iqram Danish mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 52’852s. Pada musim lepas, Iqram Danish yang telah berlumba di kategori Yamaha PETRONAS Super Series menamatkan perlumbaan di tempat keempat belas bagi pusingan keempat dan di tempat ketiga bagi pusingan ketujuh. Musim ini kelihatan agak positif bagi beliau dan setakat ini, Iqram Danish telah mengumpul sebanyak 57 mata dan berada di kedudukan ketiga secara keseluruhan.

Menurut Iqram Danish, “Pada sesi kelayakan tadi, saya telah mencabar diri saya untuk buat yang terbaik. Keadaan jentera saya juga bagus. Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan jentera saya maka saya dapat “push” untuk dapatkan masa yang baik. Keadaan cuaca pada hari ini juga agak menyenangkan. Bagi perlumbaan esok, saya ingin memperbaiki lagi catatan masa saya dan berharap untuk menang.”

Di tempat kedua terpantas adalah rakan sepasukan, Md Adib Arsyad dengan catatan masa 52’865s.

Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mengambil tempat ketiga terpantas pada 53’047s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post IQRAM TERPANTAS WIRA KBS appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PERSEMBAHAN TERBAIK UNTUK PEMINAT
Pusingan Kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan ke Litar Permotoran Terengganu pada hujung minggu ini. Bersama pelumba-pelumba lain adalah Ahmad Afif Amran dari PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing bagi kategori CP150 yang akan meneruskan usaha untuk menguasai kejuaraan pada musim ini.

Afif yang kini menduduki tempat kelima secara keseluruhan nampaknya terpaksa meningkatkan usahanya jika beliau ingin mengulangi kejayaan musim lepas sebagai juara keseluruhan. Walaupun beliau telah menaiki podium di tempat kedua sebanyak dua kali di musim ini, status “DNF” di pusingan kedua telah menggugat kedudukan beliau. Di tambah lagi dengan prestasi yang kurang memuaskan di pusingan keempat di mana Afif hanya meraih 4 mata.

Masih awal lagi untuk menentukan pencapaian pelumba-pelumba kategori CP150. Tetapi apa yang sah adalah kelebihan Afif di litar perlumbaan kampung halamannya. Pada musim lepas, beliau telah tampil dengan aksi yang hebat di litar tersebut dan telah meraih tempat ketiga di pusingan keempat dan tempat kedua di pusingan ketujuh. Selama tempoh berlumba, Afif telah menunjukkan kebolehannya untuk memahami jenteranya dan memaksimakan kapasiti di atas litar yang lebih teknikal.

Menurut Afif, “Musim ini, boleh dikatakan agak menarik di mana jentera setiap pasukan hampir sama kuasa. Pada pusingan lepas, saya memang tidak menaruh sasaran yang tinggi sebab saya di antara salah seorang pelumba yang berat dalam kategori CP150 dan agak mencabar untuk mencapai kelajuan maksima. Perlumbaan pada hari itu memang bermula dengan nada yang baik tetapi saya kurang bernasib baik pada selekoh kedua di lap terakhir.”

“Litar Terengganu adalah litar yang bagus untuk semua pelumba. Bagi saya, pencapaian terbaik di sini adalah di tempat kedua atas podium. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pelumba-pelumba semakin hebat pada musim ini terutamanya pelumba-pelumba muda yang dahagakan kemenangan. Salah seorang pelumba yang prestasinya telah meningkat dan semakin hebat pada musim ini adalah rakan sepasukan saya, Akid. Saya amat gembira dengan pencapaiannya setakat ini dan kami akan teruskan usaha bersama untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan kami. Pusingan kelima akan berlangsung di “hometown” saya, maka saya akan menggandakan usaha untuk memberikan persembahan yang hebat untuk peminat-peminat saya.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post PERSEMBAHAN TERBAIK UNTUK PEMINAT appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

LITAR KAMPUNG HALAMAN, LITAR KEGEMARAN
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan sekali lagi membawa keceriaan berlumba ke Litar Permotoran Terengganu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini bagi pusingan kelima. Md Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR RACING TEAM akan meneruskan semangat perjuangannya untuk meraih kedudukan yang lebih baik di kategori CP125.

Berasal dari Terengganu, litar permotoran bukanlah sesuatu yang baharu bagi Hafiza yang sudah bertahun-tahun beraksi di kejuaraan ini. Litar yang dikenali untuk susun aturnya yang agak teknikal menjadikannya suatu litar yang agak menarik lebih-lebih lagi pelumba-pelumba CP125 yang mantap. Pada musim lepas, Hafiza “DNF” di pusingan keempat yang berlangsung di litar tersebut tetapi di pusingan ketujuh, beliau tampil dengan aksi hebat apabila beliau meraih tempat ketiga.

Hafiza pada ketika ini menduduki tempat keenam secara keseluruhan. Perlumbaan-perlumbaan sebelum ini di litar-litar yang agak teknikal walaupun telah memberikan beliau kelebihan masih tidak dapat menempatkan beliau di kedudukan yang lebih baik. Bagi seorang pelumba yang berkaliber dan berpengalaman, perlumbaan pada musim ini jelas agak mencabar bagi Hafiza dan peluang untuk merebut lebih mata mungkin lebih baik di litar kampung halamannya.

Menurut Hafiza, “Musim ini agak menarik bagi saya kerana pelumba-pelumba agak kompetitif dan di setiap pusingan, cabarannya adalah berlainan, maka pengalaman dan pengetahuan yang di timba juga agak berbeza.  Di pusingan keempat hari itu, saya hampir-hampir mendapat tempat di podium tetapi masalah teknikal yang berlaku pada jentera saya telah menggugat kedudukan saya. Tetapi, saya pasti akan mendapat peluang lain walaupun pasukan-pasukan kategori CP125 semakin hebat.”

“Untuk pusingan yang akan datang, pasukan saya dan saya akan berhempas pulas untuk mencari jalan ke podium pertama bagi musim 2023. Saya sangat bersedia lebih-lebih lagi, Litar Terengganu adalah kegemaran saya. Berlumba di kampung halaman sendiri amatlah berbeza berbanding dengan litar-litar lain. Saya akan cuba berada di kelompok hadapan sepanjang perlumbaan nanti. Bagi saya, Litar Gong Badak adalah litar yang teknikal dan memerlukan stamina dan mental yang kuat sepanjang perlumbaan. Sebagai persiapan, saya memberikan fokus kepada pembinaan fizikal dan mental. Bagi seorang pelumba, sokongan dan dorongan keluarga adalah amat penting. Ibu bapa dan adik-beradik saya adalah pendorong utama dalam kerjaya perlumbaan saya. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya. Maka perlumbaan kali ini, saya akan memberikan persembahan yang terbaik.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post LITAR KAMPUNG HALAMAN, LITAR KEGEMARAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

LEBIHKAN LATIHAN KECERGASAN
Pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan membawa semangat kejuaraan ke Litar Permotoran Terengganu dan akan berlangsung pada hujung minggu ini. Raiyan Khardanee Md Sanusi dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing akan kembali untuk meneruskan semangat kemenangannya.

Raiyan telah menyambut kemenangan pertamanya bagi musim ini di pusingan keempat yang telah berlangsung di Litar Sepang Selatan. Mengimbas carta keputusan, jelas kelihatan Raiyan agak selesa dengan gaya tungganggan di litar kelajuaan tinggi berbanding dengan litar teknikal. Di pusingan pertama yang berlangsung di Litar Sepang Utara, beliau telah meraih tempat kedua di atas podium. Dengan kelebihan tersebut, beliau kini menduduki tempat keempat secara keseluruhan.

Pada musim lepas, beliau telah beraksi di kategori PETRONAS Yamaha Super Series dan kategori AEON Credit Service Yamaha NVX Challenge. Bagi pusingan keempat yang berlangsung di litar Terengganu, beliau mendapat tempat keempat dan di pusingan ketujuh, Raiyan menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan bagi kategori PETRONAS Yamaha Super Series. Sepanjang musim tersebut juga, beliau sempat menaiki podium di tempat kedua bagi perlumbaan yang berlangsung di Litar Sepang Selatan.

Menurut Raiyan, “Selekoh kelajuan tinggi dan laluan lurus adalah kegemaran saya. Dengan bantuan mekanik dalam “settings suspension” serta pengendalian jentera saya dalam keadaan yang baik hari itu telah membuahkan hasil bagi saya dengan suatu kemenangan di pusingan keempat. Bagi saya, litar teknikal adalah kecil dan berpagar. Memang susah bagi saya tetapi saya akan terus mencabar diri saya untuk memenangi perlumbaan di litar teknikal pula.”

“Untuk pusingan yang akan datang, saya lebihkan latihan “fitness” untuk membina kecergasan fizikal saya. Latihan ini dilakukan setiap hari dengan pemantauan ketua pasukan. Setiap hujung minggu, saya buat latihan di litar mini di Maran iaitu suatu litar yang teknikal. Untuk jentera pula, pasukan saya sentiasa memastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Ketua pasukan saya, En Siva sentiasa membantu dan memberikan saya semangat. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai pelumba MCP pada suatu ketika dulu, banyak ilmu dan tunjuk ajar dapat saya praktikkan. Jika ada kelapangan masa, saya juga membuat latihan bersama rakan-rakan sepasukan saya. Bagi saya, saya cuba memaksimakan peluang yang ada supaya saya dapat meraih satu lagi kemenangan di pusingan kelima nanti sekaligus cuba untuk gelaran juara keseluruhan bagi musim ini.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post LEBIHKAN LATIHAN KECERGASAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

KENYATAAN RASMI: PUSINGAN KELIMA KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX DITANGGUHKAN
Pusingan Kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Musim ke-30 yang telah dijadualkan pada 8 dan 9 Julai 2023 di Litar Lumba Tangkak akan ditangguhkan disebabkan oleh kerja-kerja pembaikpulihan yang sedang berlaku di litar tersebut.

Menurut Ron Hogg, Pengarah Promosi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, “Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penangguhan ini. Keselamatan adalah keutamaan kami dan oleh itu, penangguhan ini adalah penting untuk memastikan segala kerja-kerja penyelanggaraan dan baik pulih berjalan dengan lancar. Buat masa kini, kami tidak dapat menentukan jangka masa yang akan diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut. Yang penting adalah untuk memastikan keadaan litar tersebut selamat untuk kegunaan aktiviti-aktiviti perlumbaan selepas proses baik pulih dijalankan.”

Pusingan kelima akan diteruskan di Litar Pemotoran Terengganu pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 21 dan 22 Julai 2023.

Bagi pihak Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada PETRONAS, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan serta masyarakat tempatan kita yang terus menyokong kami dalam merealisasikan misi and matlamat kami.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post KENYATAAN RASMI: PUSINGAN KELIMA KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX DITANGGUHKAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.