MCP2023R04 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

IZZAT TAWAN SEPANG SELATAN
Perlumbaan akhir Pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (selatan) hari ini dan Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya meraih kemenangan bagi kategori CP150.

Di sesi “Super Pole” yang berlangsung di waktu pagi tadi, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah tampil dengan pencapaian yang hebat apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’15:740s. Di tempat kedua dan ketiga di petak grid adalah rakan-rakan sepasukannya iaitu Md Izzat Zaidi dan Md Akid Aziz dengan catatan masa 1’16:460s dan 1’16:507s masing-masing.

Dengan kelebihan yang dimilikinya, Afif tanpa melengahkan masa terus mara ke P1 dengan diikuti oleh Azroy di P2 and Izzat di P3 pada akhir lap pertama. Di lap kedua, Izzat berjaya memintas Afif untuk seketika sebelum kedudukan tersebut disambar balik oleh Afif di akhir lap 3. Di belakang mereka, Azroy cuba mengekalkan momentumnya tetapi persaingan yang sengit di antara pelumba tidak memberikan peluang untuk mempertahankan kedudukannya.

Di akhir lap kelima, Azroy berjaya ke P2 dan sempat memberikan tekanan kepada Afif. Dalam pada itu, Nazirul yang berada di P3 mula membuka langkah dan sebelum mengambil kedudukan P1 pada akhir lap tersebut. Berbaki empat lap, perlumbaan bertambah sengit di antara ketiga-tiga pelumba yang pada ketika itu mendahului kumpulan tersebut. Pelumba jentera jenis Honda, Azroy mula bertindak dan mengambil kedudukan P1 sebelum Afif dan Nazirul memintas di akhir lap 9.

Pelumba jentera jenis Yamaha pada ketika itu tampak agak agresif dalam mengekalkan kedudukan mereka. Berbaki satu lap, Akid yang bermain di kelompok belakang muncul ke hadapan untuk seketika sebelum berlakunya kemalangan di antara tiga orang pelumba. Pada ketika itu, Izzat berjaya mengambil alih kedudukan P1 diikuti oleh Nazirul di P2 and Akid di P3.

Izzat meningkatkan lagi kelajuan jenteranya sebelum menamatkan perlumbaan dengan kemenangan pertama bagi musim ini pada 14’03:436s.

Menurut Izzat, “Pertama sekali, terima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang sangat hebat pada minggu ini. Memang suatu kelompok yang amat besar dengan jentera-jentera yang sama laju. Persaingannya memang sengit. Saya memberikan perhatian kepada strategi saya dan di lap terakhir tadi, semasa pelanggaran, saya mendapat peluang untuk ke hadapan.”

Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya Md Akid Aziz dengan catatan masa 14’03:992s. Nazirul Izzat Md Bahauddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’03:994s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post IZZAT TAWAN SEPANG SELATAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

EZZARIQ RAIKAN KEMENANGAN PERTAMA DI LITAR SEPANG
Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangannya pertama bagi musim ini bagi kategori CP125 di Litar Sepang Antarabangsa pada pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Di sesi “Shoot-Out” yang telah berlangsung lebih awal tadi, Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1’20:060s. Walaupun prestasi beliau tidak begitu hebat di sesi kelayakan, yang penting adalah kedudukan di grid yang akan memberikan beliau kelebihan semasa perlumbaan. Beliau diikuti oleh Md Shafiq Ezzariq dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 1’20:323s. Di tempat ketiga di petak grid adalah Md Amirul Ariff Musa dari pasukan SCK Honda Racing Team dengan catatan masa 1’20:486s.

Bermulanya perlumbaan pada petang tadi, Syafiq Rosli tidak membuang masa apabila menuju ke arah kedudukan P1. Namun begitu, Syafiq Ezzariq tidak puas lalu membuka langkah untuk memintas di selekoh pertama. Di akhir lap ketiga, kedudukan Syafiq Ezzariq agak kukuh di P1. Di belakangnya, Fareez and Syafiq Rosli saling menukar ganti kedudukan. Pada akhir lap kelima, Arash membuka langkah dari P4 dan mengunakan kemahirannya untuk memintas Fareez dan Syafiq Rosli.

Pada ketika itu, Syafiq Ezzariq sudahpun jauh di hadapan. Berbaki dua lap lagi, Khairi Ashraf sempat ke P2 dan di P3, Syafiq Rosli cuba mengekalkan momentumnya. Dengan jurang sebanyak 1.480s, Syafiq Ezzariq nampak agak yakin di hadapan. Di lap terakhir, Syafiq Rosli berjaya ke P2 dan membuka jurang dengan pelumba di belakangnya manakala Adam Haikal berjaya ke P3.

Namun begitu, Syafiq Ezzariq dan Syafiq Rosli berjaya mempertahankan kedudukan mereka di P1 dan P2 tetapi Adam Haikal di pintas oleh Aliff Danial lalu berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Menurut Syafiq Ezzariq, “Pertama sekali, syukur kepada pasukan saya dan krew. Perlumbaan kali ini, saya memang “target” untuk menang. Strategi saya terbukti berkesan. Saya memang cuba gunakan peluang untuk lari ke hadapan dengan kelebihan yang ada. Saya cuba juga untuk menolong rakan sepasukan saya tetapi hanya selepas beberapa lap saya sedar bahawa sudah ada jurang yang besar. Saya amat bersyukur. Jentera memang dalam keadaan yang sangat bagus.

Syafiq Ezzariq mencatatkan masa terpantas untuk kemenangan pertamanya bagi musim ini pada 11’00:312s.

Di tempat kedua adalah Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 11’00:607s. Rakan sepasukan, Md Aliff Danial Md Asri menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 11’02:516s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post EZZARIQ RAIKAN KEMENANGAN PERTAMA DI LITAR SEPANG appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

USAHA RAIYAN MEMBUAHKAN HASIL
Raiyan Khardanee Md Sanusi dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing telah menamatkan perlumbaan akhir pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan nada positif apabila beliau menyambar kemenangan pertama di Litar Sepang Antarabangsa.

Sesi kelayakan yang berlangsung semalam telah melihat pencapaian Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing di kedudukan pertama di grid. Beliau diikuti oleh Farres Putra dari pasukan V-Fiertech Wiramuda Racing di kedudukan kedua dan Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di kedudukan ketiga.

Pada perlumbaan akhir petang tadi, Raiyan yang berada di kedudukan keempat di grid mengambil kesempatan untuk memintas Iqram dan mengambil kedudukan P1 dengan Farres di P2 and Iqram di P3. Pada akhir lap ketiga, ketiga-tiga pelumba ini kelihatan agak kukuh di hadapan dengan jurang yang agak besar dengan pelumba-pelumba di kelompok belakang. Empat lap kemudian, Raiyan masih mempertahankan kedudukan di P1 walaupun Iqram mula membuka langkah dari belakang.

Untuk seketika, Iqram berjaya ke P2 tetapi di akhir lap kelima, Farres berjaya memintas. Berbaki dua lap, Farres dan Iqram mula mengunakan strategi “slip-streaming” untuk memintas Raiyan tetapi hanya Farres berjaya. Dengan satu lap lagi, ketiga-tiga pelumba ini tekad untuk memenangi perlumbaan. Di selekoh terakhir, Iqram berjaya mengambil kedudukan P1 tetapi Farres and Raiyan tidak mahu mengalah. Di saat-saat terakhir sebelum ke garisan penamat, Raiyan yang memang cekap memintas kedua-dua pelumba di hadapan.

Dengan itu, Raiyan menamatkan perlumbaan dengan kemenangan pertamanya bagi musim ini pada 9’54:320s.

Menurut Raiyan, “Terima kasih kepada semua yang telah memberikan saya dorongan. Saya tidak sangka dapat mendahului perlumbaan hari ini. Memang persaingan tadi amat sengit tetapi saya cuba yang terbaik. Mungkin juga ia adalah rezeki saya pada hari ini dan saya amat bersyukur kepada penyediaan jentera yang bagus oleh pasukan saya.”

Tempat kedua di ambil oleh Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 9:54.499s. Tempat ketiga pula menjadi milik Farres Putra Md Fadhil, V- Fiertech Wiramuda Racing pada 9:54.503s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post USAHA RAIYAN MEMBUAHKAN HASIL appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY KUASAI SESI KELAYAKAN
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan Keempat bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) dan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mencatatkan masa terpantas bagi di sesi kelayakkan kategori CP150 yang berlangsung pada petang tadi.

Di sesi latihan bebas yang berlangsung pada waktu pagi, Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas pada 1’15:931s diikuti oleh Md Iqbal Amri Abd Malik dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha dengan catatan masa 1’16:296s dan Azroy dengan masa terpantasnya pada 1’16:301s. Walaupun cuaca agak mendung, pelumba-pelumba telah meneruskan sesi tersebut dengan penuh bersemangat.

Bagi sesi kelayakan pertama, Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing tekad untuk meneruskan semangat kemenangannya. Beliau muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1’15:017s. Musim lepas, Akid hanya mendapat tempat kelima terpantas dalam sesi kelayakan di litar ini maka pencapaian hari ini menunjukkan peningkatan prestasi baginya. Di tempat kedua terpantas adalah rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan catatan masa 1’15:200s dan di tempat ketiga terpantas adalah Md Syafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 1’15:213s.

Bagi sesi kelayakan kedua, Azroy berjaya mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1’14:815s. Pada musim lepas, beliau mendapat tempat kedua terpantas di sesi kelayakan yang berlangsung di litar ini. Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa kedua terpantas dengan masa 1’15:226s diikuti oleh Shafiq Rasol dengan catatan masa 1’15:250s. Dengan ini, Azroy mencatatkan masa terpantas, diikuti oleh Akid Aziz dan Afif. Menurut Azroy, “Berbanding dengan tahun lepas, masa “lap” kali tidak sehebat tetapi bukan saya, masing-masing pun sama juga. Pada pendapat saya, mungkin ia disebabkan oleh “tarmac” baharu yang menyebabkan terlebih “grip”. Cengkamannya agak kuat maka kelajuan jentera menjadi perlahan. Pasukan saya telah bekerja keras untuk minggu ini. Sudah pasti pasukan Honda ingin menjayakan perlumbaan kali ini selepas tewas dengan Yamaha di Jasin hari itu. Saya doakan agar semuanya dipermudahkan untuk saya dan pasukan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AZROY KUASAI SESI KELAYAKAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

HUJAN ATAU KERING, FAREEZ YAKIN
Md Fareez Afeez dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP125 bagi pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (selatan) petang ini.

Di sesi latihan bebas 1 yang berlangsung pada waktu pagi Fareez mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1’30:117s. Di tempat kedua, rakan sepasukan Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam mencatatkan masa terpantas pada 1’30:434s diikuti oleh Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 1’30:651s. Bagi sesi latihan 2, Fareez sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada 1’20:708s diikuti oleh Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Rexxo Racing Team dengan catatan masa 1’20:829. Shafiq mengambil tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 1’21:029s.

Cuaca pada petang semasa sesi kelayakan agak baik selepas hujan pada waktu pagi. Pelumba-pelumba CP125 telah memulakan aksi tanpa sebarang halangan. Pelumba yang telah tampil dengan persembahan yang hebat di Jasin sebelum mengalami masalah jentera kembali untuk menyahut cabaran di Litar Sepang petang ini apabila berjaya mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan. Beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’20:284s. Musim lepas, Fareez hanya mendapat tempat kelapan terpantas di litar ini.

Menurut Fareez, “Kali ini, kami sepasukan memang telah membuat perubahan dari segi jentera. Kami telah mengubah “sprocket” dari latihan bebas 1, kedua sehingga sesi kelayakan tadi. Kami telah mengambil masa untuk mencari kesesuaian untuk kegunaan dalam perlumbaan kali ini. Dalam pasukan saya, semua dalam keadaan baik buat masa ini. Dari segi cuaca juga, kami tidak kisah hujan ataupun kering, kami tetap akan berlumba seperti biasa. Ini adalah hasil daripada usaha kami dan saya berterima kasih kepada pasukan saya.”

Di tempat kedua terpantas adalah Md Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 1’20:559s. Md Amirul Ariff Musa dari pasukan SCK Honda Racing Team mencatatkan masa ketiga terpantas pada 1’20:599s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post HUJAN ATAU KERING, FAREEZ YAKIN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

IQRAM HEBAT DI LITAR SEPANG
Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (selatan).

Di sesi latihan bebas 1 pagi tadi, Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mencatatkan masa terpantas pada 1’30:332s. Di tempat kedua rakan sepasukan Shahrul Izuan Khairol dengan catatan masa 1’31:319s. Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan masa 1’31:819s. Di sesi latihan bebas 2 yang berlangsung pada tengah hari tadi, Md Raiyan Khardanee Md Sanusi dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dan rakan sepasukannya, Amirun mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas dengan catatan masa 1’23:536s dan 1’23:652s. Di tempat ketiga terpantas adalah Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 1’23:907s.

Di sesi kelayakan yang berlangsung pada waktu petang tadi, Iqram telah tampil dengan prestasi yang lebih hebat berbanding dengan sesi latihan bebas apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’22:386s. Pelumba yang berasal dari Selangor ini yang telah meraih tempat keenam di Jasin pada pusingan ketiga tampak hebat dan yakin di Litar Sepang.

Menurut Iqram, “Terima kasih kepada pasukan saya yang sering memberikan dorongan yang diperlukan. Pada sesi kelayakan tadi, saya cuba yang terbaik. Saya cuba dari peringkat awal lagi untuk mengikuti kelompok di hadapan dan akhirnya strategi saya berjaya. Saya akan cuba lagi untuk perlumbaan esok.”

Tempat kedua terpantas di ambil of Farres Putra Md Fahdli dari pasukan V-Fiertech Wiramuda Racing dengan catatan masa 1’23:073s. Amirun pula mencatatkan masa ketiga terpantas pada 1’23:196s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post IQRAM HEBAT DI LITAR SEPANG appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SEPANG LEBIH MENCABAR BAGI AKID
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, pusingan keempat akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini. Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing akan terus berjuang untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya.

Pelumba yang bermula di kategori “One-Make”, Akid merupakan salah seorang pelumba Cub Prix yang telah memaparkan perkembangan prestasi secara berperingkat bagi kejuaraan nasional. Pada tahun 2017, Akid meraih juara keseluruhan bagi kategori CP115 sebelum mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi tahun-tahun 2018, 2019 dan 2021, Akid telah tampil dengan prestasi yang hebat apabila beliau mengambil tempat ketiga secara keseluruhan.

Pada musim lepas, Akid menaiki podium hanya sekali tetapi beliau telah kembali pada musim ini dengan prestasi yang lebih baik. Di pusingan kedua yang berlangsung di Jempol, beliau telah meraih tempat kedua dan di pusingan tiga di Jasin, Akid telah meraih kemenangan pertamanya buat musim ini. Walaupun masih awal lagi untuk ditentukan, Akid telah menunjukkan kelebihan di litar teknikal.

Menurut Akid, “Bagi saya, litar Jasin mempunyai grip yang kukuh dengan jalan yang rata dan permukaan yang agak bersih. Maka, walaupun dalam keadaan basah, “grip” tetap ada. Jentera saya pada ketika itu dalam keadaan yang sangat baik dan walaupun ada sedikit kekurangan, saya masih dapat kekalkan kedudukan di atas.”

“Satu kelebihan bersama pasukan ini adalah rakan-rakan sepasukan yang berpengalaman. Dengan itu, saya dapat bincangkan masalah dan kekurangan saya dengan mereka dan bersama-sama cari jalan penyelesaian. Dengan pasukan yang berpengalaman, persediaan bagi jentera juga amat baik. Untuk litar Sepang nanti, saingannya bakal menjadi lebih mencabar tetapi saya yakin dengan pasukan saya dalam memperbaiki kekurangan di hadapi di pusingan ketiga.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SEPANG LEBIH MENCABAR BAGI AKID appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SYUKRAN AKAN PERTINGKATKAN KEKUATAN FIZIKAL
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, pusingan keempat akan berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa Selatan pada hujung minggu ini. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dari pasukan Rexxo Racing Team berazam untuk meneruskan pencapaiannya di kategori CP125.

Kemenangan Syukran di pusingan ketiga yang berlangsung di Jasin tidak menghairankan memandangkan pencapaiannya di tangga kedua di litar tersebut pada tahun 2019 bagi kategori CP115. Pada tahun yang sama, beliau juga telah meraih gelaran juara keseluruhan dengan jumlah sebanyak 179 mata.

Pada tahun-tahun berikutnya, pencapaian Syukran hanya sekadar memuaskan. Beliau yang berpasukan lain pada ketika itu tidak mampu mempertahankan kedudukannya secara konsisten. Pada tahun 2021, beliau menamatkan musim tersebut di tempat kelima secara keseluruhan. Pada musim lepas pula, Syukran jatuh ke tangga kelima belas secara keseluruhan. Kemenangan pertama beliau bagi musim ini menandakan nada yang positif bagi Syukran dan diharapkan akan memberikannya motivasi untuk meneruskan semangat perjuangan.

Menurut Syukran, “Di Litar Jasin hari itu, ia merupakan litar baharu dan ramai pelumba yang tidak pernah berlumba di situ. Itu memberikan saya satu kelebihan untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat lebih-lebih lagi dengan keadaan jentera saya yang agak bagus hari itu. Prestasi saya pada tahun lepas memang tidak begitu stabil. Tetapi untuk tahun ini, saya amat berterima kasih kepada pasukan Rexxo Racing Team kerana memberikan saya peluang untuk meneruskan perjuangan saya dan untuk membuktikan kebolehan saya.”

“Bagi musim ini, pasukan saya telah bertungkus-lumus untuk mencari setup yang baik untuk jentera saya. Pada pusingan lepas, saya berjaya mencapai pencapaian yang sangat baik kerana penyediaan jentera pada tahap optimum. Apa-apa kekurangan pada jentera akan diperbaiki satu per satu buat masa kini. Persiapan saya untuk pusingan yang akan datang adalah lebih berfokus kepada pembinaan kecergasan fizikal serta latihan dengan jentera.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SYUKRAN AKAN PERTINGKATKAN KEKUATAN FIZIKAL appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

EMIL AKAN CUBA UNTUK “HAT-TRICK”
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, pusingan keempat akan berlangsung tidak lama lagi di Litar Sepang Antarbangsa Selatan. Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing akan meneruskan usahanya ke arah “hat-trick” dalam kategori Wira KBS.

Hanya 8 mata kurang daripada pelumba di kedudukan pertama, Emil telah memaparkan kebolehannya dalam menguasai litar untuk dua pusingan berturut-turut. Dengan satu lagi kemenangan, beliau akan mencipta “hat-trick” bagi musim ini. Emil yang pada awalnya hanya merupakan pengganti bagi Danish Abdul Rahman yang mengalami kecederaan kini akan berlumba dalam pasukannya sepanjang musim ini.

Musim ini adalah musim pertama bagi Emil berlumba di kejuaraan Cub Prix. Sebelum ini, Emil giat dalam Kejuaraan Mini Cub Prix dan kejuaraan motorsikal yang lain. Sebagai seorang pelumba “amateur” dalam kategori Wira KBS, Emil telah tampil dengan prestasi yang mengagumkan, lebih-lebih dengan kemahiran beliau untuk mengendali jentera di litar-litar teknikal yang memerlukan kepakaran teknikal untuk berada di kelompok hadapan.

Menurut Emil, “Saya gemar litar teknikal. Di litar Jasin hari itu, cabarannya adalah bonggol-bonggol di selekoh dan keadaan litar yang agak berbukit. Bagi saya, apa yang menarik mengenai litar jasin adalah bulatan ataupun “roundabout” yang membuatkannya unik dan berbeza daripada litar-litar yang lain. Itu adalah pertama kalinya saya berlumba di litar sebegitu.”

Bagi musim ini, Emil akan berlumba di Litar Sepang buat pertama kali pada pusingan yang akan datang. Beliau berkata, “Cabaran utama saya di litar Sepang nanti adalah treknya yang panjang dan pada pendapat saya, mungkin pelumba-pelumba yang lebih ringan akan berada di hadapan. Bagi pelumba- pelumba yang lebih berat seperti saya, boleh juga berada di hadapan tetapi harus bijak mengambil angin daripada pelumba-pelumba di hadapan. Berat saya mungkin menjadi cabaran bagi saya di litar Sepang nanti. Sudah pasti saya akan cuba mencipta “hat-trick” lebih-lebih lagi dengan keadaan jentera saya yang sempurna dan pasukan yang agak hebat.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post EMIL AKAN CUBA UNTUK “HAT-TRICK” appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SEMOGA BERJAYA, KASMA!
Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang kini mendahului carta keseluruhan bagi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP150 tidak akan menyertai pusingan keempat yang akan berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa Selatan pada hujung minggu ini.

Kasma akan meneruskan semangat berlumba di arena Antarabangsa MotoGP di kategori perlumbaan Moto2 sebagai pelumba pengganti untuk Kohta Nozane dari pasukan Correos Prepago Yamaha VR46 Team untuk dua pusingan berturut-turut. Perlumbaan tersebut akan berlangsung di Mugello, Italy pada 11 Jun 2023 dan Sachsenring, Germany pada 18 Jun 2023.

Pelumba nasional ini yang kini menduduki tempat pertama dengan jumlah sebanyak 51 mata secara keseluruhan tampil dengan aksi yang menakjubkan di pusingan ketiga yang berlangsung di litar Jasin. Beliau yang telah bermula di petak grid keenam di perlumbaan hari itu telah memaparkan kemahirannya untuk mencabar pelumba-pelumba di hadapan dengan aksi yang mantap sebelum merampas kedudukan ketiga di penghujung perlumbaan.

Menurut Kasma, “Saya minta maaf kepada pasukan saya dan “fans” kerana tidak sempat berlumba di Cub Prix pada hujung minggu ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “all the best” kepada pasukan saya dan pelumba-pelumba Cub Prix di Sepang nanti. Kita jumpa lagi di pusingan kelima nanti.”

Kasma akan kembali untuk bersaing di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SEMOGA BERJAYA, KASMA! appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.