MCP2022R06 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AZROY LAKAR KEMENANGAN PERTAMA
Azroy Hakeem Anuar melakarkan kemenangan bagi pasukannya, Honda Yuzy Idemitsu apabila mendapat tempat pertama di sesi perlumbaan akhir di pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP150.

Selepas lima pusingan berjuang untuk menaiki podium di tempat pertama, akhirnya Azroy berjaya mendapat peluang untuk menunaikan hasratnya.

Azroy memulakan perlumbaannya di petak grid kedua selepas sesi “Super Pole” dengan catatan masa 1’18:223s. Perlumbaan yang sengit di antara pelumba-pelumba CP150 yang handal ini, walaupun telah menipiskan peluang beliau untuk menguasai litar, Azroy tampak hebat dengan persembahannya.

Di lap kelapan, kedudukannya semakin tergugat apabila Azroy jatuh ke kelompok di belakang. Ini telah menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjuang. Pada lap terakhir, Azroy berjaya membuka langkah di kelompok tiga teratas dan pada selekoh terakhir, beliau mendapat peluang untuk mara ke depan.

Azroy menamatkan perlumbaannya di tempat pertama dengan catatan masa 14’29.364s.

Menurut Azroy, “Saya berterima kasih kepada pasukan kerana mereka telah mendapatkan penyelarasan yang baik untuk perlumbaan tadi. Perlumbaan tersebut sememangnya sengit dan saya hanya mencari jalan untuk menguasai litar tersebut.”

“Pada lap terakhir, saya merancang untuk berada di tempat kedua atau ketiga tapi rancangan saya tidak menjadi. Tapi mungkin kerana tempat tersebut ada tiupan angin dan saya terus dapat memintas sekurang-kurangnya empat atau lima buah jentera. Pada selekoh terakhir, saya berada di tempat ketiga dan terpaksa memintas Izzat Zaidi. Rancangan saya berjaya!”

Tempat kedua jatuh ke tangan Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 14’29:376s.

Md Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 14’29:387s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AZROY LAKAR KEMENANGAN PERTAMA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SHAFIQ TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN
Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mengulangi kecemerlangan setelah sekali lagi memenangi perlumbaan akhir di pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori
CP125.

Pada perlumbaan tadi, Shafiq yang telah mengambil petak kesepuluh di grid telah memaparkan suatu persembahan yang mantap apabila berjaya menempatkan dirinya di kelompok hadapan pada awal perlumbaan. Walaupun kedudukan beliau tergugat di pertengahan perlumbaan, Shafiq tidak berputus asa.

Pada lap keenam, Shafiq mampu mengambil peluang menguasai kedudukan P1. Apabila perlumbaan bertambah sengit terutamanya selepas selekoh terakhir, Shafiq kekal tekad untuk mengambil masa terpantas. Dengan tiga lagi pelumba yang hebat mengejar kedudukan pertama, Shafiq tidak mengalah lalu berjaya di tempat pertama.

Menurut beliau, “Keadaan tayar pada hari ini bagus. Saya bermula di petak kesepuluh tetapi saya mampu mengambil tempat di kelompok hadapan. Sepanjang perlumbaan, saya hanya cuba mengawal kelajuan dan mempertahankan kedudukan saya.”

Shafiq menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11’22.595s.
Tempat kedua milik Abdullah Qayyum Abd Razak dari pasukan ONEXOX Racing Team dengan catatan masa 11’22:636s.

Di tempat ketiga, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mencatatkan masa 11:22.678

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SHAFIQ TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING KEMBALI KUASAI PODIUM
Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing menamatkan perlumbaan akhir pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS dengan masa terpantas.

Selepas dua pusingan mengharungi cabaran yang menggugat persembahannya di litar, Syamil kembali dengan kemenangan apabila beliau berjaya menguasai perlumbaan tersebut di samping persaingan yang sengit bersama pelumba sepasukannya.

Syamil yang telah memulakan perlumbaan di petak grid kedua telah menandakan nada positif apabila beliau memecut ke hadapan lalu mengambil kedudukan P1. Walaupun beliau di pintas di lap ketiga oleh Md Adam Haikal Jahar, Syamil memperkukuhkan momentumnya sehingga mendapat peluang untuk menyambar kedudukan di P1 pada lap keempat.

Persaingan di antara duo sepasukan ini kemudiannya berterusan dengan Syamil dan Adam masing-masing mencuba untuk mendapat masa terpantas dengan Syamil mendahului perlumbaan tersebut. Perlumbaan tersebut berakhir apabila Syamil berjaya mempertahankan kedudukannya di pertama sehingga ke garisan penamat. Beliau mencatatkan masa terpantas 10’05:720s.

Menurut Syamil, “Persaingan tadi sememangnya sengit terutamanya dengan rakan sepasukan saya namun saya mampu mempertahankan kedudukan saya. Perlumbaan yang sangat bagus bagi saya.”

Adam pula yang tidak jauh mencatatkan masa terpantas, 10’05:747s sekaligus mengambil tempat kedua.

Di tempat ketiga, Md Danish Aiman Zamrul mencatatkan masa 10’09:651s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING KEMBALI KUASAI PODIUM appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY MENCATATKAN REKOD BAHARU
Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan, pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara bagi kategori CP150.

Azroy yang telah mendapat tempat kedua pada pusingan lepas telah menampilkan prestasi yang baik di litar Sepang apabila berjaya mencatatkan masa 1’16:042s dengan perbezaan 0.405s daripada pelumba di belakangnya iaitu, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy yang juga merupakan pelumba sepasukan dengan beliau. Catatan masa ini juga merupakan rekod masa lap yang baru.

Azroy kini menduduki tempat keempat secara keseluruhan. Pada sesi latihan bebas satu, beliau juga telah mencatatkan masa terpantas 1’16:663s. Walaupun Azroy tidak dapat meneruskan sesi latihan bebas kedua disebabkan oleh masalah teknikal pada enjin jentera, Azroy masih mampu berjuang untuk mendapatkan masa yang terbaik di sesi kelayakkan.

Menurut Azroy, “Pada sesi FP2 tadi, saya baru keluar dua lap dan mengalami kerosakkan di bahagian enjin. Walau bagaimanapun, pasukan saya telah bekerja keras untuk menukar bahagian tersebut. Pada sesi kelayakkan tadi, kami tidak mempunyai data yang mencukupi. Oleh itu, kami hanya memberikan yang terbaik. Sememangnya rekod tersebut amat mengejutkan tetapi ia adalah suatu permulaan yang positif bagi kami.”

Pandangan beliau dengan prestasi rakan sepasukannya, Azroy berkata, “Kalau ikutkan, pasukan kami memang inginkan kemenangan 1-2, bukan untuk hari ini sahaja malah untuk keesokkannya juga. Walaupun kami ada membuat perancangan, bukan semuanya akan berjalan dengan lancar tetapi kami akan buat yang terbaik.”

Di tempat kedua terpantas, Shahrol mencatatkan masa terpantas, 1’16:447s.

Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatakan masa ketiga terpantas dengan catatan 1’16:481s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AZROY MENCATATKAN REKOD BAHARU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SHAFIQ MENCATATKAN MASA TERPANTAS
Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakkan, pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara bagi kategori CP125.

Prestasi Shafiq tampak hebat pada musim ini, lebih-lebih lagi dengan kemenangannya di tangga teratas pada pusingan lepas. Walaupun beliau tidak dapat menamatkan perlumbaannya pada pusingan ketiga, beliau telah mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua secara keseluruhan buat masa ini.

Pada sesi kelayakkan pula, Shafiq mencatatkan masa terpantas 1’21:638s.

Menurut Shafiq, “Saya berjaya mendapat masa terpantas di sesi kelayakkan tadi kerana keadaan jentera saya dalam keadaan yang bagus. Untuk sesi “Shoot-Out” esok, saya akan buat yang terbaik. Strategi saya adalah untuk berada di kelompok hadapan sepanjang perlumbaan nanti.”

Tempat kedua terpantas dicatatkan oleh Md Firdaus Md Hamdan dengan catatan masa 1’21:851s.

Pada tempat ketiga terpantas, Md Syafiq Rosli mengambil tempat dengan catatan masa 1’21:857s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SHAFIQ MENCATATKAN MASA TERPANTAS appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SYAMIL KEMBALI DENGAN PRESTASI YANG LEBIH BAIK
Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing kembali semula ke litar dengan peningkatan dalam prestasi apabila mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan, pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa
Sepang Utara bagi kategori Wira KBS.

Sejak permulaan musim ini, Syamil telah memaparkan suatu prestasi yang amat bagus. Namun begitu, di pusingan keempat dan kelima, kemahiran beliau dicabar di litar teknikal dan kegagalannya untuk menguasai cabaran tersebut mengugat kedudukannya keseluruhannya apabila beliau jatuh ke tangga kedua.

Pada pusingan ini, beliau kembali untuk menyahut cabaran tersebut. Pada sesi latihan bebas pagi ini, beliau berjaya mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1’24:468s dan 1’23:719 masing-masing.

Pada sesi kelayakkan, catatan masa beliau bertambah baik apabila beliau mencatatkan masa 1’23:897s.

Menurut Syamil, ““Tadi saya berjaya mencatatkan masa terpantas. Keadaan jentera amat bagus. Cuaca hari ini pun baik. Saya berharap dapat meneruskan semangat ini esok dan kumpul sebanyak mata yang mungkin.”

Tempat kedua dan ketiga terpantas disambar oleh rakan-rakan sepasukannya, Md Danish Aiman Zamrul dan Md Adam Haikal Jahar yang masing-masing mencatatkan masa 1’25:178s dan 1’25:223s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SYAMIL KEMBALI DENGAN PRESTASI YANG LEBIH BAIK appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

IZZAT CEKAL DALAM PENCARIAN MATA
Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya di tangga teratas pada pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Inilah kali pertama Izzat mendapat tempat pertama setelah lapan tahun berusaha. Pada empat pusingan sebelumnya, Izzat menaiki podium sekali di tempat kedua pada pusingan pertama di Sepang. Perlumbaan kedua sehingga keempat tidak begitu menyebelahinya. Namun, beliau tetap mencari jalan untuk mempertingkatkan prestasinya. Akhirnya, usaha beliau telah membuahkan hasil di pusingan kelima.

Perlumbaan pusingan kelima merupakan suatu perlumbaan yang hebat bagi Izzat kerana beliau telah menampilkan prestasi yang amat bagus sepanjang dua hari tersebut. Beliau bukan sahaja mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan tetapi juga berjaya menduduki tempat pertama di petak grid selepas sesi “Super Pole”.

Untuk perlumbaan 20 lap seterusnya, Izzat berjaya mempertahankan kedudukannya di P1 sepanjang perlumbaan. Pada lap terakhir, beliau telah jauh meninggalkan pesaingnya di P2. Masa terpantas lap yang dicatatkan oleh beliau adalah 43.880s.

Menurut Izzat, “Saya memang tidak menjangka kebolehan saya di Litar Jempol. Pada masa itu, saya hanya ingin mencapai tangga lima keatas namun saya berjaya di tangga pertama. Saya ibaratkan ia suatu rezeki.”

“Litar Sepang adalah salah satu litar kegemaran saya. Matlamat saya adalah untuk mencapai podium sekurang-kurangnya di tempat kedua dan untuk mengambil jumlah mata yang sebanyak mungkin. Untuk itu, saya banyak melakukan latihan kecergasan dan mental untuk kekal fokus. Saya juga amat yakin dengan jentera serta pasukan saya yang sentiasa mencari penyelarasan yang terbaik untuk setiap litar.”

Amer Saad, Pengurus Teknikal pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berkata, “Kerjasama mekanik dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan penyelesaian masalah dengan cepat dan teratur serta pengubahsuaian strategi adalah satu perkara yang membantu pasukan kami mendapat keputusan yang terbaik baru-baru ini.”

“Bagi pusingan keenam nanti, kami dibenarkan untuk mengubah “gearbox” maka pasukan kami ada membuat sedikit perubahan untuk sesuaikan dengan pelumba dan jentera kami. Memandangkan litar di SIC adalah lurus dan panjang, ia diharapkan akan menjadi suatu kelebihan bagi pelumba-pelumba kami.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post IZZAT CEKAL DALAM PENCARIAN MATA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

STRATEGI AMAT PENTING BAGI ADIB UNTUK LITAR SEPANG
Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing berjaya untuk pertama kalinya di podium pada pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Adib yang merupakan juara bertahan musim ke-28 telah bergelut selama empat pusingan pada musim ini untuk mendapatkan tempat di podium. Litar Jempol memberikannya kelebihan apabila beliau menamatkan perlumbaan tersebut dengan nada positif.

Sepanjang perlumbaan, Adib kelihatan yakin dengan kedudukannya di P2. Beliau juga berjaya mengendalikan jenteranya dengan hebat di selekoh-selekoh yang tajam. Walaupun perlumbaan tersebut sengit dengan aksi pelumba-pelumba yang hebat, Adib kekal konsisten sepanjang perlumbaan dan berjaya mempertahankan kedudukannya sepanjang perlumbaan tersebut.

Kemenangan Adib di tangga kedua meningkatkan kedudukannya secara keseluruhan dari tempat ketiga-belas ke tempat ketujuh.

Menurut Adib, “Tahun ini, memang agak sukar bagi saya tetapi saya tidak akan berputus asa. Saya akan terus mengejar podium. Untuk pusingan kelima, saya telah menggunakan pengalaman saya berlumba di litar teknikal untuk buat yang terbaik. Litar Jempol yang teknikal tidak memerlukan kelajuan yang pantas tetapi lebih kepada kemahiran pengendalian jentera. Bagi Litar Sepang, jentera dan strategi adalah amat penting.”

“Bagi pusingan keenam di Litar Sepang, saya ingin mencapai podium. Kedudukan saya secara keseluruhan buat masa kini tergugat akibat pusingan-pusingan yang lepas. Saya berharap dapat terus kumpulkan mata supaya dapat tempat ketiga teratas secara keseluruhan untuk musim ini.”

Menurut pemilik pasukan, Pang Yok You, “Prestasi enjin kami ada peningkatan untuk pusingan kelima berbanding dengan pusingan keempat, maka pencapaian kami kali ini di Jempol agak bagus.”

“Pelumba-pelumba kami telah banyak melakukan sesi latihan persendirian baru-baru ini. Kebanyakkan pelumba kami lebih menguasai litar kecil daripada litar besar. Walaupun pelumba-pelumba kami telah berlumba banyak kali di litar Sepang semenjak MCO, kemenangan kami agak bergantung kepada kepintaran pelumba dalam perlumbaan akhir. Jadi, perbincangan strategi semasa di litar amat penting untuk Litar Sepang.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post STRATEGI AMAT PENTING BAGI ADIB UNTUK LITAR SEPANG appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

FARISH AKAN CUBA KEKALKAN KEDUDUKAN
Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing berjaya mengorak langkah ke podium untuk pertama kalinya di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol.

Selama empat pusingan Farish telah bergelut untuk mendapat tempat di podium. Bertambah dengan penguasaan trio sepasukan yang telah membina benteng pertahanan yang kukuh di atas podium untuk empat pusingan berturut-turut.

Namun begitu, Farish tidak berputus asa dan pada pusingan kelima, beliau berjaya mendapat peluang untuk memintas pesaing terdekatnya sekaligus merampas kedudukan ketiga pada saat-saat terakhir perlumbaan tersebut.

Menurut beliau, “Saya agak ketinggalan oleh Syamil namun pada saat-saat terakhir, saya mendapat peluang untuk memintas beliau di selekoh kedua terakhir apabila beliau menghadapi masalah teknikal dengan jenteranya. Kemudian, saya terus kekalkan kelajuan jentera sehingga ke garisan penamat. Strategi saya selepas berbincang dengan pasukan saya pada hari itu adalah untuk mengekori kelompok di hadapan saya dan mengekalkan momentum saya sepanjang perlumbaan.”

“Langkah seterusnya adalah untuk mencari strategi yang bersesuaian dengan perlumbaan di Litar Sepang. Persiapan saya berfokus kepada pembinaan diri dari segi fizikal dan mental. Matlamat saya untuk pusingan keenam adalah untuk mendapat tempat tiga ataupun lima teratas.”

Wan Rosli Bin W. Mohamad, ketua pasukan Honda KC Racing berkata, “Untuk pusingan kelima hari itu, pasukan kami telah membuat persediaan yang lebih baik dan sekaligus membetulkan kelemahan pada jentera Farish. Ini telah membuahkan hasil.”

“Bagi pusingan seterusnya, kami akan terus mencari dan membuat pengubahsuaian yang bersesuaian ke atas jentera untuk memaksimumkan peluang untuk berjaya.”

Pusingan Keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara dari 6-7 Ogos 2022. Pengunjung dan peminat sukan permotoran dijemput ke litar dan juga berpeluang memenangi motosikal jenis Honda RSX 150 dengan pembelian “Happy Bag”.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post FARISH AKAN CUBA KEKALKAN KEDUDUKAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.