MCP2020R03 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

HELMI AZMAN SEKALI LAGI BUKTIKAN KEHEBATAN DI SEPANG
“Keadaan jentera saya kurang stabil ketika mengharungi perlumbaan akhir hari ini. Begitupun, saya tetap mencuba dan selepas tiga lap, ia mula menunjukkan peningkatan sehingga saya berjaya memberi saingan kepada pelumba di barisan hadapan.

“Namun, pada lap terakhir saya mendapati prestasi enjin kembali menurun dan saya gagal untuk memecut dengan kelajuan maksimum. Apa pun, saya tetap berbangga kerana berjaya menamatkan perlumbaan ini dengan kedudukan naib juara biar pun berdepan dengan kesukaran ketika mengharungi perlumbaan akhir itu tadi.”

Demikian jelas pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yang sekali lagi hampa untuk bergelar juara pada aksi Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 di Litar Sepang Selatan hari ini.

Pada perlumbaan akhir kelas CP150 itu, Azroy sekadar menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 14:15.978 saat (s).

Meskipun gagal menguasai perlumbaan tersebut, tetapi Azroy terus memperlihatkan prestasi konsisten selepas turut menjejak kaki di podium pada Pusingan 1 apabila menduduki tempat ketiga diikuti tempat kedua pada aksi di Tangkak minggu lalu.

Dia kini kekal menduduki kedudukan pertama dalam carta keseluruhan dengan mengumpul 56 mata.

Misi Azroy hari ini dihalang oleh pelumba pasukan Hi Rev SCK Hoinda Racing, Md Helmi Azman yang melakar kemenangan keduanya musim ini.

Ia merupakan kemenangan kedua buat Helmi di Sepang selepas melakukannya pada Pusingan 1 bulan lalu.

Helmi yang berjaya memintas Azroy pada detik-detik terakhir, menamatkan perlumbaan penuh dramatik itu dengan merekodkan masa 14:15.941s.

Pelumba asal Selangor ini berjaya menghuni tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan dengan meraih 50 mata setakat ini.

Tempat ketiga perlumbaan akhir kelas premier itu berada dalam genggaman Md Akid Aziz yang menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Akid yang muncul juara di Tangkak minggu lalu serta memulakan perlumbaan hari ini di petak hadapan, mencecah garisan penamat dengan catatan masa 14:15.983s.

“Serba tidak menjadi hari ini. Apa yang saya rancangkan tidak berjalan dengan baik, Begitupun, saya tetap berbangga kerana masih mampu menamatkan perlumbaan ini di atas podium kemenangan. Terima kasih kepada semua krew pasukan atas kerja keras mereka untuk menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi saingan di Pusingan 3 ini,” jelas Akid.

Akid kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan memungut 41 mata.

Sementara itu seperti dijangka, perlumbaan akhir kelas CP125 terus dikuasai pasukan ONEXOX TKKR SAG Team.

Pelumba pasukan tersebut, Md Hafiza Rofa tampil dalam kelas tersendiri untuk muncul juara dengan merekodkan masa 11:05.311s.

Seorang lagi rakannya, Md Shafiq Rasol yang muncul juara di Tangkak minggu lalu, menamatkan perlumbaan hari ini di kedudukan ketiga dengan masa 11:06.384s.

Tempat kedua menjadi milik Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang merekodkan masa 11:06.609s.

Selepas perlumbaan hari ini, Shafiq Rasol terus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 61 mata diikuti Syafiq Rosli (51 mata) dan Hafiza yang kini sudah mengumpul 41 mata.

Turut berada dalam genggaman pasukan ONEXOX SAG Team adalah gelaran juara untuk kategori Wira menerusi kemenangan yang dilakar oleh Md Aeiman Hafidz Shahril.

Aeiman menamatkan perlumbaan 7 lap itu dengan catatan masa 9:54.353s diikuti tempat kedua, Rahimi Nabil Razu (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) yang mencatat masa 9:54.375s.

Tempat ketiga perlumbaan akhir kelas Wira itu diraih seorang lagi pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Aqil Danial Nasrul dengan masa 9:54.465s.

Rahimi yang menjuarai perlumbaan Pusingan 1 di Sepang bulan lalu, kini menghuni kedudukan teratas dalam carta keseluruhan selepas mengumpul 53 mata.

Tempat kedua dihuni Aeiman dengan 38 mata diikuti Md Norhakim Norhafizullah (ONEXOX SAG Team) dengan 35 mata.

Selepas ini, Terengganu akan menjadi hos untuk aksi Pusingan 4 yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 19 September nanti.

The post HELMI AZMAN SEKALI LAGI BUKTIKAN KEHEBATAN DI SEPANG appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AKID MENERUSKAN RENTAK CEMERLANG DI PUSINGAN 3
Juara Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020, Md. Akid Aziz meneruskan rentak cemerlang apabila muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan hari ini.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merekodkan masa 1:15.596 saat (s) sepusingan di litar sepanjang 2.6 kilometer itu.

Ia membuktikan prestasi jentera Yamaha yang ditunggangnya semakin mendapat pelarasan yang stabil, sekali gus bakal memudahkan misinya memburu kemenangan podium kedua musim ini.

Pada sebelah paginya, Akid turut membuktikan kecemerlangannya apabila tampil terpantas ketika mengharungi sesi latihan bebas pertama dengan catatan masa 1:15.587s pada kelajuan 124 kilometer sejam.

“Saya berharap agar semuanya berjalan lancar bagi menghadapi perlumbaan esok. Setakat ini, keadaan jentera nampak stabil dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan yang terbaik,” jelas pelumba asal Kuala Lumpur itu.

Esok, Akid akan memulakan misi dengan sesi Superpole sebelum mengharungi perlumbaan akhir pada sebelah petangnya.

Sesi kelayakan hari ini turut menyaksikan kemaraan pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Mohd. Amirul Ariff Musa yang berjaya menempatkan diri selaku kedua terpantas dengan catatan masa 1:15.824s, ketinggalan 0.228s di belakang Akid.

Terdahulu pada sesi latihan bebas kedua, Amirul muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1:16.450s.

Rakan sepasukannya, Azroy Hakeen Anuar dilihat lebih berhati-hati pada sesi kelayakan tersebut, namun tetap berpuas hati menghuni kedudukan keempat terpantas dengan masa 1:16.069s.

Azroy yang muncul naib juara di Tangkak minggu lalu, lebih banyak menggunakan sesi latihan bebas kedua sebelum itu untuk menguji pelarasan jenteranya dan dia menamatkan sesi tersebut di kedudukan ke-15 dengan masa 1:17.773s.

Tempat ketiga terpantas pada sesi kelayakan hari ini dilakar oleh pelumba pasukan Team AHM Motorsports Yamaha Racing, Md Khairul Ikhwan Musa dengan catatan masa 1:16.450s.

Juara Pusingan 1, Md Helmi Azman sekadar menghuni kedudukan ketujuh terpantas dengan merekodkan masa 1:16.761s.

Sementara itu, sesi kelayakan bagi kelas CP125, sekali lagi menyaksikan

penguasaan pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team apabila mereka mendominasi dua kedudukan teratas.

Md Syafiq Rasol yang muncul juara di Tangkak minggu lalu merekodkan masa terpantas pada sesi hari ini dengan catatan masa 1:21.347s.

Prestasi yang dipamerkan pelumba asal Melaka itu seolah-seolah amaran awal buat barisan pencabarnya bahawa dia akan mengganas lagi di Sepang esok.

Sebelum ini, pada aksi Pusingan 1 di Litar Sepang, Syafiq turut menjejak kaki di podium selepas muncul naib juara.

Rakan sepasukannya, Md Hafiza Rofa tampil selaku pelumba kedua terpantas hari ini dengan masa 1:21.371s.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli pula menghuni kedudukan ketiga dengan catatan masa 1:21.412s.

Pada aksi di Tangkak sebelum ini, Syafiq merasai nikmat berada di podium selepas muncul naib juara.

Berdasarkan prestasi hari ini, besar kemungkinan perlumbaan akhir kelas CP125 minggu ini bakal dikuasai wira-wira pasukan ONEXOX TKKR SAGTeam yang dilihat semakin stabil di setiap pusingan.

Esok akan menjadi penentuan buat semua kerana mereka akan kembali ke gelanggang untuk memburu penyudah podium. Keputusan hari ini bukan jaminan untuk melakar kemenangan kerana setiap pasukan akan tampil dengan prestasi yang berbeza.

The post AKID MENERUSKAN RENTAK CEMERLANG DI PUSINGAN 3 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

ROMBAKAN BARISAN PELUMBA PASUKAN CKJ; AFFENDI ROSLI KEMBALI BERAKSI
Keputusan kurang memuaskan pada dua pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 memaksa pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing membuat rombakan barisan pelumba menjelang perlumbaan pusingan ketiga yang bakal berlangsung di Litar Sepang Selatan minggu ini.

Pasukan tersebut akan mengurangkan jumlah pelumba kategori CP125 dari tiga pelumba ke dua pelumba sahaja iaitu Ahmad Syukran Aizat dan Saiful Azhary Muhamad. Manakala dalam kategori perdana CP150, rookie pasukan Mohd Idil Fitri Mahadi akan digantikan oleh pelumba berpengalaman, Affendi Rosli.

“Affendi Rosli dikenali sebagai seorang pelumba yang pakar di litar-litar besar seperti Litar Sepang. Kami yakin bahawa beliau akan membawakan impak yang positif untuk penyelarasan motosikal pasukan kami,” jelas Che Ku Junaidi, pemilik pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing.

The post ROMBAKAN BARISAN PELUMBA PASUKAN CKJ; AFFENDI ROSLI KEMBALI BERAKSI appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

CUB PRIX KEMBALI BERAKSI DI LITAR SEPANG SELATAN
Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan kembali beraksi di Litar Sepang Selatan untuk pusingan ketiga musim 2020 pada 2hb dan 3hb September ini.

Kali terakhir Kejuaraan Cub Prix dijalankan di atas litar sepanjang 2.61km ini adalah pada musim 2013. Elly Idzlianizar Ilias dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menjadi pemenang kategori perdana CP130 pada masa itu, manakala perlumbaan CP115 dimenangi Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ dan Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Suzuki Fortyone Racing memenangi perlumbaan Wira Akhir.

Dalam enam tahun sejak itu, banyak perubahan yang telah dilaksanakan dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Kategori perdana baharu CP150 tidak pernah beraksi di Litar Sepang Selatan. Begitu juga kelas CP125.

“Dijangkakan bahawa kemunculan semula Litar Sepang Selatan dalam kalendar musim 2020 akan membawakan cabaran baharu kepada para pelumba dan pasukan dalam dua kategori perdana tersebut. Tahap persaingan pasti sengit kerana masing-masing sedang berlumba mencari kelebihan di litar ini,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Buat pertama kali dalam sejarah Cub Prix, perlumbaan akan dijalankan pada hari minggu, iaitu hari Rabu dan Khamis. Memandangkan SOP baharu sukan permotoran melarangkan kehadiran penonton, perlumbaan kini tidak perlu hanya dijalankan pada hari minggu sahaja.

The post CUB PRIX KEMBALI BERAKSI DI LITAR SEPANG SELATAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.