Category: MCP2019
-

MISI MEMBURU PODIUM BERTERUSAN DI TELUK INTAN
Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 singgah di Teluk Intan, Perak minggu ini. Ia akan menjadi destinasi untuk Pusingan 6 kejuaraan tersebut yang kini semakin menampilkan persaingan sengit dalam kalangan pelumba. Situasi itu berlaku kerana para pelumba sudah tidak rela kehilangan mata lagi dalam misi memburu kedudukan terbaik dalam carta keseluruhan. Selain itu, kejuaraan musim…
-

PERSAINGAN SEMAKIN RANCAK
Persaingan dalam kalangan pelumba pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 semakin rancak dan mencabar. Selepas selesai 5 pusingan perlumbaan setakat ini, setiap pelumba terus memperlihatkan cabaran sengit dalam misi untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan. Suasana tersebut amat ketara pada saingan Pusingan 5 di Kuala Terengganu dua minggu lalu yang menyaksikan setiap pelumba tampil…
-

AZROY KEMBALI TEMUI RENTAK KEMENANGAN
Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar kembali menemui rentak kemenangan dalam kelas CP150 pada aksi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus hari ini. Ia merupakan kemenangan ketiga buat Azroy musim ini selepas menjuarai perlumbaan Pusingan 1 (Jasin, Melaka) dan 2 (Batu…
-

PENAMAT SATU DUA PELUMBA MOTUL YY PANG RACING DI KUALA TERENGGANU
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing mudah menawan Litar Permotoran di Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu hari ini. Mereka tidak berdepan tentangan sengit dalam perlumbaan akhir kelas CP115 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas untuk merekodkan penamat satu dua. Md Adib Rosley menamatkan 15 pusingan perlumbaan itu di tempat pertama dengan…
-

HELMI MULA MENGORAK LANGKAH
Pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Md Helmi Azman tampil dengan tunggangan bergaya pada aksi pembukaan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu hari ini. Selepas dirundung kekecewaan pada Pusingan 2 (Batu Kawan) dan 3 (Tangkak) gara-gara gagal meraih sebarang mata, rentak pelumba asal Selangor…
