MCP2019R09 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AFIF AMRAN JUARA KESELURUHAN CP150
Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran sah bergelar juara keseluruhan kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim ini.

Ini merupakan kejuaraan kedua buat pelumba asal Terengganu itu selepas melakukannya pada musim 2018.

Walaupun dia gagal memenangi perlumbaan kelas CP150 pada aksi Pusingan 9 di Jempol, Negeri Sembilan hari ini, namun statusnya selaku pendahulu keseluruhan sudah tidak dapat digugat oleh pelumba lain.

Mereka masih ada satu pusingan lagi untuk diharungi iaitu Pusingan 10 yang bakal berlangsung di Litar Sepang pada 7-8 Disember nanti.

“Alhamdulillah, saya berjaya mengekalkan gelaran selaku juara keseluruhan musim ini. Ini berkat kerja keras semua krew pasukan yang telah bertungkus lumus menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan musim ini.

“Saya telah berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang musim ini, namun tidak pernah patah semangat untuk meraih keputusan terbaik.

“Terima kasih kepada seluruh krew pasukan, ahli keluarga dan para penyokong yang telah memberi sokongan kepada saya sepanjang musim ini,” jelas Afif yang kini sudah mengumpul 147 mata.

Pada perlumbaan akhir kelas CP150 itu, pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz memenanginya dengan catatan masa 15:05.564 saat (s).

Afif menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 15:06.511s manakala rakannya di CKJ Racicng, Md Aiman Tahiruddin di tempat ketiga dengan catatan masa 15:07.494s.

Pencabar terdekat Afif untuk mahkota keseluruhan, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) gagal menamatkan perlumbaan kerana mengalami masalah teknikal dengan jenteranya.

Saingan hari ini hanya memerlukan Afif untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Azroy bagi mengesahkan statusnya sebagai juara keseluruhan.

Perebutan kini bakal tertumpu kepada siapa yang akan bergelar naib juara keseluruhan kerana Akid sudah mengambil alih tempat kedua dengan 112 mata diikuti Azroy dengan 102 mata.

Gelaran juara keseluruhan bagi kategori pasukan pula bakal diketahui pada Pusingan 10 di Sepang nanti.

Perebutan untuk mahkota kejuaraan kategori pasukan kini menjadi persaingan antara PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

CKJ Racing masih mendahului kedudukan keseluruhan dengan 219 mata manakala Maju Motor sudah meraih 215 mata.

INFO

Keputusan CP150 (Lima teratas)

Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 15:05.564s

Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 15:06.511s

Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 15:07.494s

Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) – 15:13.192s

Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG Team) – 15:19.630s

Kedudukan keseluruhan (pelumba)

Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 147 mata

Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 112

Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 102

Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 93

Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) – 78

Pasukan

PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 219

PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 215

Motul Yamaha YY Pang Racing – 186

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 159ONEXOX TKKR SAG Team – 140

The post AFIF AMRAN JUARA KESELURUHAN CP150 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SEPANG JADI PENENTU JUARA KESELURUHAN KELAS CP115, WIRA
Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Sepang pada 7-8 Disember depan bakal menjadi medan untuk menentukan juara keseluruhan bagi kategori CP115 dan Wira musim ini.

Perebutan untuk mahkota kejuaraan bagi kelas CP115 kini menjadi saingan antara Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dan Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor)yang kini berada di kedudukan dua teratas carta keseluruhan.

Syukran kini sudah mengumpul 160 mata manakala Syafiq di tempat kedua dengan 153 mata.

Persaingan untuk mahkota kejuaraan bagi kelas Wira juga semakin sengit yang menyaksikan Md Aliff Danial Md Asri (PETRONAS SPRINTA Yamaha-31 Racing) mengungguli kedudukan dengan 132 mata manakala Md Zaki Ahmad Zamri di tempat kedua dengan 126 mata.

Pada aksi pusingan 9 di Jempol hari ini, Syukran berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi kelas CP115 dengan catatan masa 11:59.248 saat (s) dan kemenangan tersebut membolehkannya mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan.

Syafiq pula menamatkan perlumbaan hari ini di tempat kedua dengan masa 12:00.230s.

Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 12:01.476s.

Berdasarkan kedudukan sepelas berakhirnay siangan di Jempol hari ini, Syukran hanya perlu menamatkan perlumbaan di hadapan Syafiq pada aksi penutup tirai di Sepang nanti bagi mengesahkan gelaran juara keseluruhan berada dalam genggamannya.

Bagi kategori pasukan pula, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing berada dalam kedudukan terbaik untuk bergelar juara keseluruhan selepas mengumpul 219 mata.

Pencabar terdekat mereka ketika ini adalah PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 205 mata.

Bagi kelas Wira pula, pelumba AFB TECH Racing, Abdullah Qayyum Abd Razak membuktikan kehebatannya apabila memenangi perlumbana akhir dengan catatan masa 9:44.355s diikuti Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) di tmepat kedua dengan masa 9:44.574s.

Tempat ketiga menjadi milik Akif Hakimi Zainuddin (Wiramuda V-Fiertech Academy Racing) dengan merekodkan masa 9:45.393s.

INFO

Keputusan CP115 (Lima teratas)

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 11:59.248s

Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 12:00.230s

Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 12:01.476s

Md Alif Ashraf Tahuruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 12:01.626s

Md Syafieq Aiman Md Fauzi (ONEXOX SAG Team) – 12:02.194s

Kedudukan keseluruhan (pelumba)

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 160 mata

Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 153

Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 101

Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 90

Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 85

Pasukan

PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 219 mata

PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor – 205

Motul Yamaha YY Pang Racing – 189

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 165

ONEXOX SAG Team – 85

Wira

Abdullah Qayyum Abd Razak (AFB TECH Racicng) 9:44.355s

Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 9:44.574s

Akif Hakimi Zainuddin (Wiramuda V-Fiertech Academy Racing) -9:45.393s

Md Haziq Rosmaza (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 9:45.690s

Md Norhakim Norhafizullah (ONEXOX SAG Team) – 9:46.557s

Kedudukan keseluruhan pelumba

Md Aliff Danial Md Asri (PETRONAS Sprinta-31 Racing) – 132 mata

Md Zaki Ahmad Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) – 126 mata

Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 104

Md Haziq Rosmaza (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 98

Akif Hakimi Zainuddin (Wiramuda V-Fiertech Academy Racing) – 75

The post SEPANG JADI PENENTU JUARA KESELURUHAN KELAS CP115, WIRA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY, AFIF TERPANTAS SESI KELAYAKAN CP150
Satu impian, satu harapan dan satu misi yang sama.

Itu yang boleh digambarkan buat dua pelumba yang menguasai dua kedudukan teratas carta keseluruhan kelas CP150 setakat ini, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing).

Dua pelumba muda ini muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 pada aksi Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang bermula di Litar Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Mereka kini bukan sahaja mahu memenangi aksi di Jempol minggu ini, tetapi juga sedang memburu gelaran juara keseluruhan bagi kategori pemandu untuk musim 2019.

Afif kini berada di kedudukan teratas denganmengumpul 127 mata manakala Azroy sudaha meraih 102 mata.

Situasi tersebut telah mencetuskan semangat yang tinggi buat dua pelumba ini untuk mengejar mata maksimum pada saingan di Jempol kerana jika gagal berbuat demikian, ia boleh menjejaskan misi masing-masing.

Pada sesi kelayakan hari ini, Azroy dan Afif telah membuktikan kesungguhan masing-masing sehingga menyaksikan mereka terikat dengan catatan terpantas yang sama iaitu 44:632 saat (s).

Jika prestasi mereka berulang pada perlumbaan sebenar esok, ia bukan perkara mustahil buat dua pelumba ini untuk memenanginya di dua kedudukan teratas.

Tumpuan mereka kini adalah untuk memastikan keadaan jentera berada pada tahap terbaik.

“Saya menjangkakan persaingan kali ini lebih sengit kerana semua pelumba mengejar kedudukan terbaik. Keadaan litar yang kering juga akan melancarkan perjalanan perlumbaan.

“Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan dalam masa yang sama bertekad untuk meraih mata maksimum,” jelas Afif.

Sesi kelayakan hari ini turut menyaksikan Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) tampil ketiga terpantas dengan masa 44.727s sepusingan.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz yang mencatat masa terpantas 44.806s menamatkan sesi kelayakan itu di kedudukan keempat terpantas.

Esok, 10 pelumba yang mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan hari ini akan kembali beradu tenaga bagi menentukan kedudukan petak menerusi perlumbaan Superpole.

Sementara itu, bagi sesi kelayakan kelas CP115 A, pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman tampail terpantas apabila merekodkan masa 46:633s sepusingan.

Tempat kedua dan ketiga terpantas,masing-masingnya menjadi milik Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dan Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (Idemitsu Honda Yuzy Racing) dengan masa 46.647s serta 47.080s.

Sesi kelayakan bagi CP115 B pula diungguli pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff yang merekodkan masa 46.779s.

Sepuluh pelumba yang mencatat masa terpantas pada sesi hari ini, akan kembali bersaing dalam perlumbaan Shoot Out esok.

Kelas Wira pula bakal menyaksikan pelumba AFB TECH Racing, Md Shahrul Ezwan Shahril menguasai petak hadapan apabila muncul terpantas pada sesi Shoot Out dengan catatan masa terpantas 47.312s sepusingan.Dua pelumba pasukan ONEXOX SAG Team, Md Aeiman Hafidz Shahril dan Md Norhakim Norhafizullah pula menghuni tempat kedua dan ketiga terpantas.

The post AZROY, AFIF TERPANTAS SESI KELAYAKAN CP150 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SAINGAN PUSINGAN 9 BAKAL SAKSIKAN PERMAINAN STRATEGI
Saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan minggu ini bakal menyaksikan permainan strategi beberapa pasukan dalam misi mereka memburu mahkota kejuaraan.

Perkembangan ini sudah pasti menjadikan aksi di Jempol berlangsung sengit kerana setiap pasukan bertekad mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta keseluruhan.

Ini kerana, saingan musim ini semakin hampir untuk melabuhkan tirainya dengan pusingan akhir bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang bulan depan.

Setakat ini, lapan pusingan sudah dilangsungkan dan carta keseluruhan bagi kategori pasukan diungguli pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team.

Pasukan tersebut kini mendahului kedudukan bagi kelas CP150 dan CP115.

Mereka kini unggul dengan mengumpul 183 mata dalam kelas CP150 manakala bagi kelas CP115 pula, pasukan tersebut berada di puncak dengan meraih 188 mata.

Bukan setakat mendahului kedudukan dalam kategori pasukan, malah pelumbanya Ahmad Afif Amran turut memegang status selaku pendahulu bagi kategori pelumba selepas meraih 127 mata dalam kelas CP150 manakala Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff pula mengungguli kelas CP115 dengan meraih 135 mata.

Apakah pasukan tersebut bakal meraih gelaran berganda bagi kedua-dua kategori musim ini atau akan berlaku kejutan pada saat-saat terakhir nanti.

Bagi merealisasikan impian bergelar juara keseluruhan, pasukan CKJ Racing dikatakan telah melamar khidmat pelumba veteran, Mohd Affendi Rosli yang akan menggalas cabaran dalam kelas CP150.

Pelumba berusia 34 tahun itu bakal bergandingan dengan Afif serta Mohd Aiman Tahiruddin bagi memastikan kedudukan pasukan tersebut terus terjamin dalam carta keseluruhan.

Walaupun dilihat selesa memimpin kedudukan, namun pasukan tersebut tetap menganggap status mereka masih belum selamat.

Mereka sedar bahawa pasukan-pasukan lain juga semakin memperlihatkan peningkatan kerana barisan pencabar mereka juga turut mengimpikan sasaran yang sama – iaitu untuk bergelar juara bagi musim 2019.

Pencabar terdekat mereka ketika ini adalah pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing serta Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor yang menghuni tangga kedua dan ketiga bagi kategori  pasukan.

Dengan berbaki dua pusingan lagi untuk diharungi musim ini, pasukan CKJ Racing sudah pasti mahu melaluinya dengan gaya yang lebih selamat.

Mereka akan memastikan barisan pelumbanya tidak keciciran mata kerana setiap mata yang dipungut amat berharga, lebih-lebih lagi ketika saingan musim ini semakin menghampiri kemuncaknya.

Podium tetap menjadi buruan, tetapi perlu bijak menempuhinya agar setiap perlumbaan yang diharungi berakhir dengan pungutan mata.

Kemenangan yang dicapai oleh pelumbanya dalam setiap perlumbaan akhir akan mengukuhkan lagi cengkaman pasukan untuk bergelar juara keseluruhan.

Justeru, sikap ghairah harus diketepikan kerana ia boleh membawa risiko kepada pasukan.

Perjalanan pasukan CKJ Racing musim ini boleh dianggap sangat menarik kerana dua pelumbanya terus konsisten menyumbang mata dalam setiap perlumbaan.

Afif antara penyumbang mata terbanyak diikuti Md Aiman Tahiruddin.

Begitu juga dengan prestasi Syukran dalam kelas CP115 dan boleh dikatakan pelumba asal

Terengganu itu tidak pernah gagal untuk menjejak kaki di podium kemenangan.

Rentak cemerlang seperti itulah yang terus dituntut oleh pengurusan pasukan agar misi mereka untuk bergelar juara musim ini dapat direalisasikan.

YY Pang Racing pula semakin gagah melontarkan cabaran yang turut memasang impian menamatkan saingan musim ini dengan membawa pulang mahkota kejuaraan.

Memang tidak dapat dinafikan barisan pelumba pasukan tersebut kurang meyerlah dalam saingan kelas CP150, tetapi kekerapan mereka memungut mata dalam setiap perlumbaan membolehkan pasukan YY Pang Racing berada dalam kelompok dua teratas bagi kategori pasukan.

Musim ini, pelumba pasukan tersebut tidak kurang hebatnya ketika mengharungi cabaran dalam kelas perdana dan mereka pernah muncul juara menerusi Md Azhar Abd Jalil pada aksi Pusingan 4 di Pontian dan juga menerusi Tengku Amirul Haffirudin pada Pusingan 6 di Teluk Intan.

Konsistensi yang dipamerkan oleh barisan pelumbanya untuk meraih mata dalam setiap perlumbaan, membolehkan mereka mengumpul 180 mata, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu keseluruhan, CKJ Racing.

Perbezaan mata yang sangat tipis itu terus memberi keyakinan kepada barisan pelumba YY Pang Racing kerana peluang untuk mereka mengubah kedudukan masih terbuka luas.

Bagi kelas CP115 pula, misi mereka agak terjejas kerana perbezaan mata dengan pendahulu keseluruhan agak jauh.

Untuk memburukkan lagi keadaan, wira YY Pang Racing, Md Adib Rosley terpaksa diketepikan selepas saingan di Teluk Intan gara-gara kecederaan.

Ketiadaan Adib itu agak merencatkan misi mereka kerana pelumba asal Selangor itu telah bergelar juara sebanyak dua kali, masing-masing pada Pusingan 3 dan 5.

Harapan mereka kini disandarkan kepada Md Fareez Afeez Abd Rahman yang kini menduduki tangga keempat keseluruhan dengan meraih 85 mata.

Jika mahu mengejar kedudukan CKJ Racing dalam carta keseluruhan, barisan pelumba YY Pang Racing perlu menghalang kemaraan pencabar mereka itu daripada menjejak kaki di podium kemenangan pada aksi Pusingan 9 di Jempol nanti.

Turut menjadi perhatian dalam kelas CP115 adalah pasukan Pertonas Sprinta Yamaha Maju Motor yang kini berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 161 mata.

Jika kena pada harinya, barisan pelumba Maju Motor ini mampu melakar kejutan, lagipun mereka masih belum mahu menyerah untuk memintas kedudukan YY Pang Racing.

Pada Pusingan 8 di Tangkak sebelum ini, Md Syafiq Rosli tampil hebat untuk bergelar juara, sekali gus menghadiahkan mata berharga buat pasukannya.

Begitu juga dengan situasi mereka dalam kelas CP150 yang menyaksikan pasukan Maju Motor itu berkongsi 180 mata dengan YY Pang Racing.

Peluang mereka untuk memintas CKJ Racing juga terbuka luas jika rentak cemerlang seperti yang dipamerkan di Tangkak baru-baru ini berulang di Jempol nanti.

INFO

Kedudukan keseluruhan pasukan (lima teratas):

CP150

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 183 mata

Motul Yamaha YY Pang Racing – 180

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 180

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 157

ONEXOX TKKR SAG Team – 140

CP115

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 188 mata

Motul Yamaha YY Pang Racing – 173 mata

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 161

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 152ELF Koyoko Honda KC Racing – 84

The post SAINGAN PUSINGAN 9 BAKAL SAKSIKAN PERMAINAN STRATEGI appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AFFENDI ROSLI KEMBALI KE CUB PRIX
Selepas dua tahun ‘berehat’ daripada Cub Prix, pelumba veteran, Affendi Rosli kembali mewarani kejuaraan motosikal terhebat itu apabila beraksi pada saingan Pusingan 9 yang dijadualkan berlangsung di Litar Jempol, Negeri Sembilan hujung minggu ini.

Pelumba berusia 34 tahun itu bakal menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing pada aksi di Jempol itu nanti.

Dia akan bergandingan dengan Ahmad Afif Amran dalam kelas CP150 bagi menggantikan salah seorang pelumba dalam pasukan tersebut yang bakal bersaing dalam kelas CP115 dalam dua Pusingan terakhir Cub Prix musim ini.

Menurut Affendi, dia berasa terharu kerana dberi kepercayaan oleh pasukan tersebut untuk beraksi pada Pusingan 9 di Jempol nanti dan bertekad melakukan yang terbaik bagi membalas kepercayaan tersebut.

Selepas mendapat perkhabaran berkenaan, pelumba asal Selangor itu telah mula menjalani latihan sepanjang minggu ini bagi mendapatkan semula momentumnya di litar Cub Prix.

Dia mengakui, prestasinya telah menunjukkan peningkatan dan berharap dapat mengekalkan rentak cemerlang itu pada perlumbaan sebenar di Jempol nanti.

“Sejujurnya saya berasa terharu kerana diberi kepercayaan untuk kembali beraksi oleh pasukan elit seperti CKJ Racing.

“Ia satu tanggungjawab yang besar dan saya akan bekerja keras bagi membalas kepercayaan mereka terhadap saya.

“Sejak mendapat lamaran tersebut, saya telah melalui beberapa sesi latihan sepanjang minggu ini dan alhamdulillah, ia semakin menunjukkan peningkatan,” jelas Affendi ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, dia memerlukan banyak latihan lagi bagi menyesuaikan diri dengan litar Cub Prix.

“Aksi di litar Cub Prix jauh berbeza berbanding litar kekal. Litar Cub Prix lebih teknikal dan memerlukan tahap kecergasan yang tinggi untuk mengharunginya. Saya akan mempergunakan sepenuhnya pengalaman yang ada pada saya untuk membantu pasukan merealisasikan misi mereka musim ini,” ujarnya lagi.

Meskipun dia tidak beraksi hampir dua tahun di Cub Prix, Affendi sebenarnya masih aktif dalam sukan permotoran.

Dia kini lebih banyak memberi fokus kepada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bersama pasukan One For All.

Sejak pembabitannya di Cub Prix pada tahun 2004, Affendi pernah bergelar juara keseluruhan kategori Novis pada musim 2007.

Jempol boleh dianggap antara litar kegemarannya kerana dia pernah muncul juara kelas CP130 di litar tersebut pada edisi 2014.

Dia berharap kecemerlangannya pada edisi 2014 itu berulang pada aksi Pusingan 9 hujung minggu ini.

Selepas selesai 8 pusingan setakat ini, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing berada dalam kedudukan selesa untuk memburu gelaran juara keseluruhan kategori pasukan musim ini selepas meraih 183 mata.

Pelumba pasukan tersebut, Afif Amran juga berada pada kedudukan teratas bagi kategori pelumba dengan 127 mata.

Mereka juga mengungguli kedudukan keseluruhan bagi kelas CP115.

The post AFFENDI ROSLI KEMBALI KE CUB PRIX appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.