MCP2019R07 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

NAZIRUL IZZAT TAWAN KANGAR
Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Nazirul Izzat Md Bahauddin melakar kejutan apabila muncul juara kelas CP150 pada aksi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Kompleks Sukan Syed Putra Kangar, Perlis hari ini.

Ia merupakan kemenangan pertama Izzat sejak beralih ke kelas perdana itu pada Pusingan 5 di Terengganu, Ogos lalu.

Sebelum ini, pelumba berusia 19 tahun itu beraksi dalam kelas CP115 dan ternyata peralihan itu bukan langkah yang sia-sia.

Pada perlumbaan hari ini, Izzat yang bermula dari petak keempat tampil tenang mengharungi  saingan di litar yang agak licin itu dan strateginya untuk tidak terburu-buru melancarkan asakan telah membawa kesan yang positif.

Dia menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan catatan masa 14:39.128s, meninggalkan pencabar terdekatnya Md Haziq Md Fairues (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan perbezaan masa 0.056s.

Tempat ketiga menjadi milik Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 14:39.371s.

Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Azhar Abdul Jalil yang tampil terpantas pada sesi kelayakan semalam gagal meneruskan rentak cemerlangnya selepas sekadar menamatkan perlumbaan akhir itu di tempat ketujuh dengan masa 14:49.185s.

Rentak tunggangan Azhar hari ini juga kurang stabil gara-gara keadaan litar yang agak licin.

“Terima kasih kepada pasukan yang telah memberi kepercayaan terhadap kemampuan saya selama ini. Kemenangan ini adalah hadiah istimewa buat seluruh krew pasukan yang telah bekerja keras menyediakan jentera terbaik buat saya.

“Saya akan terus bekerja keras dalam baki tiga pusingan selepas ini agar prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan,” jelas Izzat.

Mengulas mengenai perlumbaan tersebut, pelumba kelahiran Melaka itu mengakui sangat mencabar kerana semua pelumba bersaing hebat untuk berada dalam kelompok hadapan.

“Saya memilih untuk mengharunginya secara selamat dan enggan terburu-buru melancarkan asakan. Strategi saya berhasil walaupun sering dicabar oleh dua pelumba lain di belakang saya. Kemenangan ini amat istimewa buat saya,” ujarnya lagi.

Selepas selesai saingan Pusingan 7, kedudukan keseluruhan kelas CP150 masih diungguli Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan meraih 107 mata diikuti Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) yang sudah meraih 94 mata.

Terdahulu, pada perlumbaan kelas CP115, Md Syafiq Rosli meneruskan rentak cemerlang apabila muncul juara pada perlumbaan akhir dengan catatan masa 11:47.993s.

Pelumba yang menggalas cabaran pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu selesa berada di hadapan tanpa berdepan cabaran daripada pelumba lain.

Dia meninggalkan pencabar terdekatnya, Abdullah Qayyum A Razak (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan perbezaan masa 14.533s.

Tempat ketiga menjadi milik Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan masa 12:04.523s.

Walaupun berada di kedudukan ketiga, tetapi Aizat masih mendahului carta keseluruhan dengan mengumpul 125 mata manakala Syafiq di tempat kedua dengan 108 mata.

Selepas ini, Pusingan 8 akan berlangsung di Tangkak, Johor pada 18-19 Oktober nanti.

Keputusan CP150 (Lima teratas)

Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) ONEXOX TKKR SAG Team – 14:39.128s

Md Haziq Md Fairues (SEL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 14:39.184s

Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 14:39.371s

Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 14:39.871s

Md Helmi Azman (SEL) Hi Rev SCK Honda Racing – 14:45.124s

Kedudukan keseluruhan

Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 107 mata

Azroy Hakeem Anuar (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 94

Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 76

Md Azhar Abd Jalil (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing – 68

Md Haziq Md Fairues (SEL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 68

Keputusan CP115 (Lima teratas)

Md Syafiq Rosli (PRK) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 11:47.993s

Abdullah Qayyum A Razak (SEL) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 12:02.526s

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 12:04.523s

Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 12:05.000s

Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team – 12:10.546s

Kedudukan keseluruhan

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 125 mata

Md Syafiq Rosli (PRK) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 108

Md Fareez Afeez Abd Rahman (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing – 85

Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 73Md Khairil Asyraf Mahmood (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing – 70

The post NAZIRUL IZZAT TAWAN KANGAR appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PELUMBA PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING SAPU BERSIH KELAS WIRA
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing sapu bersih gelaran perlumbaan akhir kelas Wira pada saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis hari ini.

Mereka menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan penyudah 1-2-3 yang menyaksikan Awal Al Fikri Yusni muncul juara dengan catatan masa 9:39.466 saat (s) manakala Md Haziq Rosmaza di tempat kedua dengan masa 9:46.709s.

Tempat ketiga menjadi milik Md Aliff Danial Md Asri yang menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 9:46.763s.

Ia pencapaian yang amat bermakna buat pasukan tersebut yang agak kehilangan rentak pada awal saingan musim ini.

Ternyata beberapa kelemahan yang mereka lalui sebelum ini telah mematangkan sikap barisan pelumba bimbingan pengurus, Sivanesan itu sehingga mampu meletakkan diri mereka sebagai juara.

Keadaan litar yang agak licin ekoran hujan lebat, ternyata tidak mengganggu rentak tunggangan anak-anak buah Sivanesan yang kelihatan sangat stabil mengharungi perlumbaan di litar sejauh 0.949 kilometer (km) itu.

Prestasi jentera mereka stabil dan setiap selekoh ditawan dengan baik meskipun mereka dilihat tetap berhati-hati melakukan ketika melakukan asakan.

“Ia pencapaian yang sangat memuaskan kerana para pelumba tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada di gelanggang.

“Saya berharap kemenangan ini akan terus membakar semangat para pelumba bagi mengharungi baki saingan musim ini,” jelas Sivanesan.

Selepas berakhirnya perlumbaan hari ini, Aliff yang sebelum ini muncul juara pada Pusingan 2 (Batu Kawan) dan Pusingan 5 (Terengganu) kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan meraih 111 mata manakala pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing, Md Zaki Ahmad Zamri di tangga kedua dengan 110 mata.

Keputusan (Lima teratas)

Awal Al Fikri Yusni (SEL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 9:39.466s

Md Haziq Rosmaza (KUL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 9:46.709s

Md Aliff Md Asri (JOH) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 9:46.763s

Md Norhakim Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team – 9:50.582s

Md Adib Md Asri (JOH) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 9:50.833s

Kedudukan keseluruhan

Md Aliff Md Asri (JOH) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 111 mata

Md Zaki Ahmad Zamri MOS William #LLRKS CYT Racing – 110

Md Haziq Rosmaza – (KUL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 75

Md Adib Md Asri (JOH) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 66Awal Al Fikri Yusni (SEL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 64

The post PELUMBA PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING SAPU BERSIH KELAS WIRA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZHAR INTAI TAWAN KANGAR
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang semakin gagah mengharungi cabaran ketika saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas musim 2019 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya.

Kesungguhan barisan pelumbanya untuk berada dalam kelompok lima teratas begitu terserlah dalam beberapa pusingan lalu termasuk pada saingan Pusingan 7 yang membuka tirainya di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis hari ini.

Buktinya sangat jelas apabila Md Azhar Abd Jalil mencatat nama selaku pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di litar sejauh 0.949 kilometer (km) itu dengan masa 40.759 saat (s).

Walaupun catatan yang dilakukan oleh pelumba asal Selangor itu direkodkan sebagai masa terpantas sepusingan pada sesi kelayakan di litar tersebut musim ini, namun masih gagal untuk mengatasi rekod lama (40.442s) yang dilakukan oleh Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) musim lalu.

Begitupun, ia tetap memberi kepuasan kepada Azhar yang bakal memulakan perlumbaan sebenar dalam kelompok hadapan esok.

Setakat ini, Azhar pernah muncul juara CP150 pada aksi Pusingan 4 di Teluk Intan sebelum ini selain menduduki tempat ketiga pada kempen Pusingan 6 di Teluk Intan dua minggu lalu.

Misinya kali ini adalah untuk menawan Kangar bagi mengulangi kecemerlangannya di Pontian sebelum ini.

Tempat kedua terpantas sesi kelayakan tersebut diraih Md Haziq Md Fairues (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa  40.846s manakala Nazirul Izzat Md Bahauddin (ONEXOX TKKR SAG Team) yang melakukan catatan masa  40.902s menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, sesi kelayakan kelas CP115 Kumpulan A diungguli pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli dengan catatan masa 42.936s manakala kelayakan Kumpulan B pula dikuasai Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing) dengan masa 43.248s sepusingan.

Berdasarkan catatan masa yang dilakukan oleh Syafiq pada sesi kelayakan hari ini, dia bakal tampil sebagai pelumba pilihan, namun pelumba asal Perak itu perlu mengekalkan rentak konsisten jika mahu menamatkan perlumbaan esok dengan penyudah podium.

INFO

Keputusan sesi kelayakan

CP150

1. Md Azhar Abd Jalil (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing 40.759s

2. Md Haziq Md Fairues (SEL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 40.846s

3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MEL) ONEXOX TKKR SAG Team – 40.902s

4. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam (SEL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 40.923s

5. Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 40.969s

CP115 (Kumpulan A)

1. Md Syafiq Rosli (PRK) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 42.936s

2. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 43.187s

3. Md Khairi Asyraf Mahmood (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing – 43.353s

4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team –  43.421s

5. Abdullah Qayyum A Razak (SEL) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 43.663s

CP115 (Kumpulan B)

1. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing – 43.428s

2. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 43.401s

3. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 43.624s

4. Md Syafieq Aiman Md Fauzi (JOH) ONEXOX SAG Team – 43.805s

5. Md Firdaus Md Hamdan (SEL) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 43.818s

Wira (Kumpulan A)

1. Md Aliff Danial Md Asri (JHR) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 43.666s

2. Akif Hakimi Zainuddin (SEL) Wiramuda V-Fiertech Academy Racing – 44.171s

3. Md Izzat Md Raduan (NS) ONEXOX SAG Team – 44.206s

4. Md Adib Md Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team – 44.452s

5. Md Idlan Haqimi Raduan (NS) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing – 44.536s

Wira (Kumpulan B)

1. Md Norhakim Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team – 43.975s

2. Md Haziq Rosmaza (KUL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 44.053s

3. Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports – 44.158s

4. Md Afizad Supaat (SEL) Super KIP Motorsports – 44.204s

5. Md Adam Haikal Jahar (JHR) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing – 44.242s

The post AZHAR INTAI TAWAN KANGAR appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AFIF TAK RELA KEHILANGAN MATA DI KANGAR
KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif

Amran tidak rela kehilangan mata pada aksi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di

Kangar, Perlis minggu ini.

Pelumba asal Terengganu itu kini memimpin kedudukan keseluruhan kelas CP150 dengan meraih 94

mata, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azroy Hakeem Anuar ( Idemitsu Honda Yuzy Racing)

dengan perbezaan 8 mata.

Menyedari perbezaan mata yang agak rapat itu, Afif akan pastikan saingan di Kangar minggu ini

berada dalam genggamannya.

“Misi utama di Kangar adalah untuk mengutip seberapa banyak mata yang boleh bagi mengukuhkan

kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan. Saya tidak boleh keciciran mata kerana pada peringkat

ini, semua pelumba sedang bekerja keras untuk mengubah kedudukan masing-masing.

“Pada masa yang sama, saya juga tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya tetap berwaspada dengan

keadaan semasa. Walaupun sudah biasa beraksi di litar Kangar, namun saya perlu tetap berhati-hati

mengharungi perlumbaan terutamanya pada saingan final.

“Buat masa ini, persiapan yang saya lalukan adalah seperti biasa bagi mengekalkan tahap

kecergasan. Saya hanya berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar bagi menghadapi cabaran di

Kangar nanti,” jelas Afif.

Pada saingan di Kangar nanti, Afif juga mahu pastikan insiden di Teluk Intan baru-baru ini tidak

berulang apabila dia gagal menamatkan perlumbaan akibat terjatuh.

Walaupun dia baru sekali bergelar juara pada saingan musim ini, namun Afif antara pelumba paling

konsisten dengan menamatkan setiap perlumbaan dalam kelompok lima terbaik.

Setakat ini, dia bergelar juara pada saingan Pusingan 3 di Tangkak, Johor pada Mei lalu selain dua

kali bergelar naib juara pada Pusingan 2 (Batu Kawan, Pulau Pinang) dan Pusingan 4 di Pontian.

Musim lalu, Afif merupakan juara keseluruhan bagi kelas CP150 dan setakat ini, dia semakin hampir

untuk mengulangi pencapaiannya pada tahun lepas.

Antara pelumba yang mampu mengugat impiannya adalah Azroy yang kini berada di kedudukan

kedua keseluruhan dengan 88 mata dan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing)

yang berada di kedudukan ketiga dengan 61 mata.

Tengku Amirul kini semakin mengorak langkah seperti yang dibuktikannya pada perlumbaan di Teluk

Intan baru-baru ini apabila bergelar juara buat pertama kali musim ini.

Azroy pula sudah memegang status selaku juara sebanyak tiga kali setakat ini iaitu di Jasin, Melaka;

Batu Kawan, Pulau Pinang dan di Terengganu.

Pelumba lain yang perlu dia awasi adalah Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) yang

berada di kedudukan keempat dengan 60 mata.

Minggu ini, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis akan menjadi destinasi Kejuaraan

Cub Prix Malaysia Petronas yang bakal menampilkan beberapa pelumba terhebat negara.

Seperti biasa tiga kategori utama akan disajikan iaitu CP150, CP115 dan kelas Wira.

Masuk untuk menyaksikan perlumbaan tersebut adalah percuma.

INFO

Kedudukan keseluruhan (Pelumba)

Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 94 mata

Azroy Hakeem Anuar (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 88

Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Yamaha YY Pang Racing – 61

Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 60

Md Azhar Abd Jalil (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing – 59

Pasukan

Motul Yamaha YY Pang Racing – 147 mata

Idemitsu Honda Yuzy Racing – 134

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 133

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 108

ONEXOX TKKR SAG Team – 92

The post AFIF TAK RELA KEHILANGAN MATA DI KANGAR appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.