MCP2019R05 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AZROY KEMBALI TEMUI RENTAK KEMENANGAN
Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar kembali menemui rentak kemenangan dalam kelasÂ  CP150 pada aksi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus hari ini.

Ia merupakan kemenangan ketiga buat Azroy musim ini selepas menjuarai perlumbaan Pusingan 1 (Jasin, Melaka) dan 2 (Batu Kawan, Pulau Pinang), sekali gus membuktikan kebangkitan jentera Honda yang kurang menyerlah dalam tiga perlumbaan terakhir.

Ia kemenangan penuh dramtik buat Azroy yang bijak mencuri peluang untuk memintas dua pelumba di hadapannya ketika saingan menghampiri garisan penamat.

Ketika dua pelumba di hadapan, Nazirul Izzat Bahauddin (ONEXOX TKKR SAG Team) dan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) bersaing hebat untuk memburu podium utama, Azroy bertindak pantas untuk mengatasi dua pelumba tersebut, sekali gus mencecah garisan penamat dengan catatan masa 16:42.092 saat (s).

â€œIa kemenangan yang amat bermakna buat saya selepas gagal menamatkan perlumbaan di Pontian sebelum ini.

â€œPerlumbaan tadi sangat mencabar dan semua pelumba bersaing hebat sehingga ke lap terakhir. Saya memilih untuk mengharungi perlumbaan tersebut secara selamat dan akhirnya kemenangan memihak kepada saya,â€ jelas Azroy.

Tempat kedua perlumbaan tersebut menjadi milik Nazirul dengan masa 16:42.197s manakala Afif yang mendapat sokongan daripada penyokong tempatan sekadar menduduki tempat ketiga dengan masa 16:42.264s.

Sebelum itu, Mohd Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dilihat sebagai pelumba pilihan untuk menguasai perlumbaan tersebut selepas tampil cemerlang pada sesi kelayakan semalam, namun dia gagal mengulanginya pada perlumbaan akhir.

Helmi sekadar menamat perlumbaan di tempat ke-13 dengan masa 17:17.024s.

Selepas berakhirnya saingan Pusingan 5, Afif kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 94 mata manakala Azroy di tempat kedua dengan 80 mata.

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing pula mendahului carta keseluruhan dengan 128 mata.

Perlumbaan dua hari itu berjaya menarik kira-kira 25,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri yang baharu itu.

Selepas ini, saingan Pusingan 6 akan berlangsung di Teluk Intan Perak pada 7-9 September nanti.

The post AZROY KEMBALI TEMUI RENTAK KEMENANGAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PENAMAT SATU DUA PELUMBA MOTUL YY PANG RACING DI KUALA TERENGGANU
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing mudah menawan Litar Permotoran di Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

Mereka tidak berdepan tentangan sengit dalam perlumbaan akhir kelas CP115 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas untuk merekodkan penamat satu dua.

Md Adib Rosley menamatkan 15 pusingan perlumbaan itu di tempat pertama dengan catatan masa 13:08.314 saat (s) manakala rakannya, Md Fareez Afeez Abd Rahman di tempat kedua dengan masa 13:08.442s.

Pada perlumbaan tersebut, Adib bermula di petak hadapan selepas melakukan catatan terpantas pada pusingan shoot out pada sebelah pagi tadi, iaitu 51.596 saat (s).

Kelebihan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Adib untuk memimpin perlumbaan tanpa berdepan tentangan sengit daripada barisan pencabarnya.

Fareez pula kekal tenang mengekori di belakangÂ  walaupun mencuba beberapa kali untuk memintas Adib, namun tidak diberikan ruang untuk berbuat demikian.

Apabila perlumbaan memasuki lap ke sembilan, beberapa pelumba yang cuba mengejar kedudukan dua jaguh pasukan Motul Yamaha YY Pang itu terjatuh, dan insiden tersebut telah memberi ruang kepada Adib dan Fareez untuk mendahului dengan selesa sehingga ke garis penamat.

Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy berada di tempat ketiga dengan masa 13:15.174s.

Bagi Adib, kemenangannya pada saingan Pusingan 5 ini menebus kekecewaannya selepas gagal meraih sebarang mata pada aksi di Pontian bulan lalu.

â€œSaya bersyukur kerana kembali menjejak kaki di podium kemenangan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kru pasukan yang telah bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan ini. Semuanya berjalan dengan baik,â€ jelas Adib.

Selepas berkahirnya perlumbaan tersbeut, Adib kini menghuni tempat ketiga dalam carta keseluruhan dengan meraih 66 mata manakala Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu dengan 84 mata.

Bagi kategori pasukan pula, pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing masih mengungguli kedudukan dengan 135 mata.

Sementara itu, pengurus pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Sivanesan kagum dengan pencapaian anak buahnya, Md Aliff Danial Asri yang menjuarai perlumbaan kelas Wira hari ini.

Menurut Sivanesan, dia memang sudah menjangka pelumbanya itu mampu memenangi perlumbaan tersebut berdasarkan prestasinya ketika mengharungi sesi latihan bebas dan kelayakan semalam.

â€œDia telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang musim ini. Ini merupakan gelaran juara kedua buat Aliff selepas melakukannya di Batu Kawan pada Pusingan 2 sebelum ini.

â€œDia adalah pelumba rookie dan telah membuktikan rentak konsisten musim ini. Pada saingan di Pontian sebelum ini, Aliff menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan kini dia kembali menakluk takhta kelas Wira di Kuala Terengganu,â€ jelas Sivanesan.

Pada perlumbaan tersebut, Aliff yang berasal dari Johor, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10:42.109s.

Dua pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizad Supaat dan Md Amier Rossi Amidi turut tampil cemerlang selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Afizad muncul naib juara dengan catatan masa 10:42.266s manakala Amier yang menduduki tempat ketiga menamatkan perlumbaan dengan 10:52.243s.

Kedudukan keseluruhan bagi kelas Wira kini diunguli Md Zaki Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) yang sudah mengumpul 85 mata.

The post PENAMAT SATU DUA PELUMBA MOTUL YY PANG RACING DI KUALA TERENGGANU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

HELMI MULA MENGORAK LANGKAH
Pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Md Helmi Azman tampil dengan tunggangan bergaya pada aksi pembukaan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

Selepas dirundung kekecewaan pada Pusingan 2 (Batu Kawan) dan 3 (Tangkak) gara-gara gagal meraih sebarang mata, rentak pelumba asal Selangor itu dilihat lebih bertenaga pada saingan di negeri Pantai Timur ini.

Pada sesi kelayakan kelas CP150 hari ini, Helmi tampil dengan memperagakan tunggangan lebih bergaya, sekali gus merekodkan masa terpantas sepusingan iaitu 49.721 saat (s).

Catatan yang dilakukan oleh Helmi pada sesi kelayakan itu membolehkannya untuk bersaing dalam Superpole esok bagi menentukan kedudukan petak untuk mengharungi perlumbaan sebenar.

Ia peluang terbaik buatnya untuk menebus kekecewaan lalu kerana dia pernah bergelar naib juara pada aksi Pusingan 1 di Jasin, Melaka Mac lalu.

Hari ini, jentera Honda yang menjadi taruhannya juga berada dalam situasi terbaik dan ia turut membantu melonjakkan semangatnya untuk mengharungi sesi kelayakan itu dengan penuh yakin.

â€œSaya bertekad untuk meneruskan momentum cemerlang ini dan berharap dapat mengulanginya pada saingan Superpole esok. Jika semuanya berjalan lancar terutama tahap kestabilan jentera, peluang untuk melakukan catatan masa terpantas mampu dicapai,â€ jelas Helmi yang kini berada di kedudukan ke-12 keseluruhan dengan 27 mata.

Begitupun, dia bermula agak perlahan pada sesi latihan bebas pertama apabila sekadar mencatat masa 50.147s, namun mula menunjukan peningkatan pada sesi kedua selepas merekodkan masa 49.669s.

Turut tampil cemerlang pada sesi kelayakan hari ini adalah pendahulu keseluruhan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing yang merekodkan masa kedua terpantas pada sesi kelayakan iaituÂ 49.750s.

Pelumba asal Terengganu itu dilihat sebagai pilihan untuk menguasai saingan di negeri kelahiranya esok.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz turut mengorak langkah bergaya selepas menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ketiga terpantas dengan masa 49.785s.

Sebelum itu, Akid melakukan catatan masa 49.184s ketika mengharungi sesi latihan bebas kedua.

â€œHari ini, keadaan jentera memang agak stabil walaupun masih ada beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan. Setakat ini nampak lancar dan berharap dapat memaksimumkan kemampuan jentera pada perlumbaan esok,â€ jelas Akid.

Sejumlah 24 pelumba akan beradu kecekapan dalam kelas CP150 esok termasuk bekas pelumba Moto2 negara, Md Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Yuzy Racing) yang kembali mewarnai saingan Cub Prix selepas tidak beraksi pada Pusingan 4 di Pontian bulan lalu.

Pelumba-pelumba lain yang perlu diberi perhatian termasuk Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) Md Muzakkir Mohamed (ONEXOX TKKR SAG Team) dan juga rakannya, Nazirul Izzat Md Bahauddin.

Keputusan sesi kelayakan CP150 (5 teratas)

Md Helmi Azman (SGR) Hi REV SCK Honda Racing â€“ 49.721s

Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing â€“ 49.758s

Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor â€“ 49.785s

Md Muzakkir Mohamed (SGR) ONEXOX TKKR SAG Team â€“ 49.911s

Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing â€“ 49.964s

The post HELMI MULA MENGORAK LANGKAH appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

ADIB LUPAKAN KECEDERAAN UNTUK CATAT MASA TERPANTAS
Kecederaan yang dialaminya ketika terjatuh pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Zhuhai dua minggu lalu bukan penghalang buat Md Adib Rosley untuk muncul pelumba terpantas pada hari pembukaan saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Terengganu hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus itu, Adib berjaya menguasai sesi kelayakan B kelas CP115 dengan catatan masa 51.996 saat (s) sepusingan.

Ia permulaan baik buat pelumba yang menggalas cabaran pasukan Motul Yamaha YY Pang itu Â yang bertekad memburu kemenangan pada saingan Pusingan 5 ini.

Kehadirannya di Kuala Terengganu adalah untuk menebus kehampaannya pada Pusingan 4 di Pontian sebelum ini apabila dia gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Walaupun sedar bakal berdepan saingan daripada pelumba asal Terengganu, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff, namun ia tidak menjejaskan keyakinannya untuk menutup saingan di Kuala Terengganu ini dengan kemenangan.

Pada sesi kelayakan hari ini, Syukran yang membawa cabaran pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, sekadar menghuni tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 52.628s.

Ketika ditemui, Adib menjelaskan bahawa dia sudah melupakan dua insiden yang dialaminya sebelum ini yang mengakibatkannya gagal menamatkan perlumbaan.

â€œDi Pontian saya terjatuh. Di Zhuhai juga terjatuh serta mengalami kecederaan ringan di pergelangan tangan. Namun, ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk mengharungi saingan di Terenggani ini.

â€œSasaran saya adalah untuk memburu kemenangan dan ia tidak mustahil untuk direalisasikan jika prestasi jentera kekal mantap,â€ jelas Adib.

Turut tampil cemerlang hari ini adalah Md Faiz Zekri Sabri yang muncul terpantas pada sesi kelayakan B.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu menamatkan saingan dengan catatan masa 52.130s, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik untk sesi shotout esok.

Sementara itu, bagi sesi kelayakan kelas Wira, dua pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizad Supaat dan Md Amier Rossi Amidi muncul terpantas apabila masing-masing menjuarai sesi kelayakan A dan B.

Afizad muncul terpantas sesi kelayakan B dengan masa 53.295s manakala Amier melakukannya dalam sesi kelayakan A dengan catatan masa 53.008s.

The post ADIB LUPAKAN KECEDERAAN UNTUK CATAT MASA TERPANTAS appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SIAPA BAKAL TAKLUK LITAR TERENGGANU?
Saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas akan membuka tirainya di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu esok.

Seperti biasa, kejuaraan terunggul negara itu bakal menyajikan persaingan sengit kerana semua pelumba menaruh harapan untuk berada di podium kemenangan.

Saingan di Terengganu sentiasa menarik sejak edisi 2009 lagi kerana tiada pelumba yang mampu mempertahankan kejuaraan.

Juara dalam setiap kategori bersilih ganti dan tiada pelumba yang mampu memegang status sebagai â€˜jaguh pantai timurâ€™.

Pada aksi Pusingan 5 ini, tiga kategori utama akan dipertandingkan iaitu kelas CP150, CP115 dan juga kelas Wira.

Turut diadakan ialah perlumbaan sokongan Mini Cub Prix yang merupakan medan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran negara.

Selain itu adalah perlumbaan Cabaran Honda Dash 125, Yamaha Petronas Super Series, Petronas Sprinta Pro Am dan juga Cabaran AEON Credit Service Yamaha NVX.

Tumpuan sudah pastinya terarah kepada kelas perdana, CP150 yang bakal dibarisi nama-nama besar dalam sukan permotoran negara.

Antaranya adalah bekas pelumba Moto2 negara, Md Zaqhwan Zaidi yang akan menggalas cabaran pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Selain Zaqhwan, pelumba lain yang bakal merwarnai saingan di Terengganu kali ini termasuk pendahulu keseluruhan kelas CP150, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing), Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) dan juga juara Pusingan 5 di Pontian, Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing).

Pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Ahmad Fazrul Shah dan juga Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) juga dilihat antara yang mampu mencipta kejutan pada saingan Pusingan 5 kali ini.

Apa yang menarik perhatian pada siangan kali ini adalah kehadiran semula Zaqhwan dalam pasukannya.

Pada saingan Pusingan 5, Zaqhwan tidak dapat beraksi kerana terlibat dengan perlumbaan Endurance 8-Hours di Suzuka, Jepun.

Kehadirannya pasti membawa khabar gembira buat pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing yang agak tenggelam dalam dua pusingan terakhir.

Mereka memulakan dua pusingan awal dengan langkah bergaya selepas menjuarai aksi di Jasin, Melaka dan Batu Kawan, Pulau Pinang namun selepas itu, prestasi jentera mereka berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Apa yang berlaku dalam dua pusingan terakhir sudah dilupakan, malah pihak pengurusan pasukan sudah mengambil langkah positif agar rentak cemerlang mereka sebelum ini kembali dipamerkan pada saingan di Kuala Terengganu minggu ini.

Menurut pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, dia berharap segala persiapan mereka untuk menghadapi saingan di Kuala Terengganu minggu ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

â€œMisi kami adalah untuk kembali bangkit dan sudah pasti kemenangan menjadi sasaran utama.

â€œKami telah bekerja keras untuk menyediakan jentera yang terbaik buat para pelumba dan setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik.

â€œKehadiran Zaqhwan pada aksi di Kuala Terengganu diharap dapat mencetus semangat baharu dalam pasukan.

â€œKami juga memerlukan seberapa banyak mata yang boleh,Â bagi mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta keseluruhan,â€ jelas Yuzy.

Yuzy juga mengharapkan Azroy kembali memperlihatkan sengatnya seperti mana yang berlaku pada saingan Pusingan 1 dan 2 sebelum ini apabila pelumba asal Selangor itu muncul juara kelas CP150.

Menurut Yuzy, Â walaupun Azroy kurang bernasib baik pada saingan Pusingan 5 di Pontian sebelum ini, namun ia tidak menjejaskan misi mereka untuk memburu kemenangan di Kuala Terengganu minggu ini.

Jelas Yuzy lagi, dia juga berharap pelumba asal Terengganu dalam pasukannya, Md Harith Farhan Baharin mampu mencipta kejutan di hadapan para peminatnya di negeri Pantai Timur itu.

Setakat ini, pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan meraih 91 mata, ketinggalan satu mata di belakang pasukan yang menghuni tempat kedua, Motul Yamaha YY Pang Racing.

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing masih unggul memimpin kedudukan dengan 112 mata.

Perlumbaan esok akan bermula dengan sesi latihan bebas diikuti pusingan kelayakan dan perlumbaan sebenar pada hari Sabtu nanti.

Selain itu, acara sampingan yang bakal ditawarkan pada saingan Pusingan 5 ini adalah jualan Cub Prix (CP) Happy Bag bagi membolehkan para penonton menyertai cabutan bertuah.

CP Happy Bag itu dijual pada harga RM50 dan boleh didapati di khemah promosi Cub Prix pada hari Jumaat dan Sabtu.

Ia terhad kepada 500 penonton terawal dan pemenang hadiah utama cabutan bertuah itu bakal membawa pulang sebuah motosikal Honda Dash 125.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabutan bertuah CP Happy Bag itu, para peminat boleh melayari www.malaysiancubprix.com.

The post SIAPA BAKAL TAKLUK LITAR TERENGGANU? appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

ZAKI PASTI JADI TUMPUAN DALAM KELAS WIRA
Pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing, Md Zaki Zamri pasti menjadi tumpuan bagi kelas Wira pada aksi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu minggu ini.

Pelumba asal Selangor itu masih terlalu sukar digugat dan selepas mengharungi empat pusingan setakat ini, dia sudah bergelar juara sebanyak tiga kali.

Dia memegang status tersebut bermula pada Pusingan 1 di Jasin, Melaka diikuti Pusingan 3 di Tangkak, Johor dan terakhir pada Pusingan 4 di Pontian, Johor.

Pada saingan Pusingan 2 di Batu Kawan, Pulau Pinang Zaki sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Pencapaian tersebut membolehkannya mendahului kedudukan keseluruhan dengan meraih 85 mata.

Minggu ini, Zaki akan sekali lagi turun untuk memburu penyudah podium dan berharap litar baharu di Terengganu itu akan terus membawa tuah kepadanya.

Ia bukan perkara mustahil untuk dicapai dengan syarat jentera Yamaha yang ditunggangnya terus stabil.

Walaupun memiliki keyakinan untuk menguasai saingan di Terengganu nanti, namun Zaki tidak menolak kemungkinan bakal berdepan cabaran sengit daripada dua pelumba Petronas Sprinta-31 Racing iaitu Md Aliff Danial Asri dan Md Haziq Rosmaza.

Aliff pernah menewaskannya pada aksi Pusingan 2 namun kekalahan tersebut berjaya ditebus oleh Zaki pada saingan Pusingan 3 dan 4.

Pada perlumbaan di Pontian bulan lalu, Aliff yang muncul naib juara, sekali lagi tampil selaku pencabar terkuat namun terpaksa akur dengan kehebatan Zaki.

Walaupun mampu mempamerkan tunggangan yang bertenaga, namun jentera Aliff masih belum mendapat pelarasan terbaik.

Kemampuan jentera pelumba asal Johor itu banyak menjejaskan prestasinya walaupun dilihat mantap ketika mengharungi Pusingan 2.

Malah, Aliff turut gagal menamatkan perlumbaan pada saingan di Tangkak gara-gara masalah mekanikal.

Bagi Zaki, setakat ini semunya berada dalam keadaan sempurna dan ia memberi keyakinan kepadanya untuk memburu penamat podium di Terengganu minggu ini.

â€œSaya akan cuba lakukan yang terbaik. Apa yang lebih penting adalah pelarasan jentera saya kekal mantap.

â€œSasaran sudah pastinya mahukan kemenangan tetapi saya tidak boleh terlalu yakin kerana kami akan berlumba di latar baharu. Pelumba lain juga sudah bersedia untuk menghadapi perlumbaan di Terengganu minggu ini, jadi saya perlu lebih fokus,â€ jelas Zaki yang tidak mahu kehilangan sebarang mata pada perlumbaan minggu ini.

Selepas empat pusingan, Zaki kini terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan 85 mata diikuti Aliff di tempat kedua (50) manakala Haziq menghuni tempat ketiga dengan 46 mata.

INFO

KEDUDUKAN KESELURUHAN KELAS WIRA (5Teratas)

Md Zaki Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing â€“ 80 mata

Md Aliff Danial Asri (JHR) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing -50

Md Haziq Rosmaza (KL) Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing â€“ 46

Md Shahrul Ezwan Sharil (SGR) AFB TECH Racing -36

Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Motorsports – 33

The post ZAKI PASTI JADI TUMPUAN DALAM KELAS WIRA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

RENTAK KONSISTEN SYUKRAN JADI TARUHAN KUASAI SAINGAN KELAS CP115
Terengganu nampaknya bukan sekadar bermegah melahirkan pelumba berbasikal bertaraf dunia, tetapi juga sudah mula mengorak langkah untuk melakar nama dalam sukan permotoran.

Walaupun masih belum ada pelumba kelahiran Terengganu menjejak kaki ke pentas antarabangsa setakat ini, tetapi dalam saingan sukan permotoran tempatan, beberapa pelumba asal negeri Pantai Timur itu sudah mula memperlihatkan â€˜kejantananâ€™ masing-masing.

Ia terbukti dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang menyaksikan beberapa pelumba kelahiran Terengganu terus melangkah bergaya untuk menjulang nama sebagai juara.

Nama-nama seperti Ahmad Afif Amran, Md Hafiza Rofa mahupun Md Harith Farhan Baharin adalah antara pelumba asal Terengganu yang mula mencipta nama dalam kelas CP150 pada kejuaraan terunggul negara itu.

Dalam kelas CP115 pula, pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff semakin meniti puncak kecemerlangan dalam kariernya.

Aizat antara pelumba paling konsisten dalam kelas CP115 kerana selepas mengharungi empat pusingan dia tidak pernah gagal untuk menjejak kaki di podium kemenangan.

Dia sudah meraih empat gelaran naib juara dalam kelas tersebut, sekali gus membolehkannya untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 80 mata.

Minggu ini, dia sudah pasti mahu mengubah kedudukan selaku naib juara yang sering diperolehnya kerana bakal mendapat suntikan semangat daripada para penyokong di negeri kelahirannya apabila turun beraksi pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu pada 23 hingga 24 Ogos.

Walaupun ia merupakan litar baharu buat semua pelumba, tetapi aksi di tempat sendiri bakal dipergunakan sebaik mungkin oleh Aizat untuk mengubah reputasi selaku â€˜pakar naib juaraâ€™ kepada status juara.

Ia bukan perkara mustahil untuk direalisasikan kerana prestasinya setakat ini boleh dianggap paling konsisten.

Empat kali muncul naib juara adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, dan ia membuktikan dia juga memiliki jentera yang sangat stabil.

Beberapa pelumba kelas CP115 yang muncul juara di setiap pusingan sebelum ini seperti Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) mahupun Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing), tidak berupaya mempertahankan rentak konsisten, malah turut gagal menamatkan perlumbaan.

SyafiqÂ pernah muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada pusingan 2 dan 4 namun dia gagal menamatkan perlumbaan pada saingan pembukaan dan juga di Pusingan 3.

Begitu juga dengan nasib Fareez yang muncul juara Pusingan 1, namun prestasinya merundum pada pusingan berikutnya termasuk gagal menamatkan perlumbaan di Pusingan 3.

Adib pula bergelar juara pada Pusingan 3, namun kurang menyerlah di pusingan lainnya.

Menyedari rentak yang kurang konsisten itu, Adib kini tidak meletakan sebarang sasaran pada saingan di Terengganu nanti kerana masih belum mengetahu keadaan litar di sana.

â€œSaya hanya mahu mengumpul mata sebanyaj mungkin dan cuba untuk mencari penyesuaian secepat mungkin dengan keadaan litar. Selain itu, saya harap pelarasan jentera berada dalam keadaan terbaik,â€ jelas Adib yang tidak menolak kemungkinan bakal berdepan cabaran sengit daripada Syukran.

Setakat ini, rentak konsisten yang dipamerkan oleh SyukranÂ membuktikan pelarasan jentera Yamaha yang ditunggangnya tetap stabil tanpa berdepan dengan masalah mekanikal.

Keadaan itu yang diharapkannya apabila mengharungi saingan di Kuala Terengganu minggu ini bagi merealisasikan misinya untuk bergelar juara di negeri kelahiran sendiri.

Selepas mengharungi empat pusingan setakat ini, Aizat terus unggul memimpin kedudukan keseluruhan dnegan 80 mata diikuti Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) yang sudah mengumpul 51 mata.

Pelumba asal Perak, Md Syafiq Rosli pula menghuni tempat ketiga keseluruhan dengan 50 mata.

Bagi kategori berpasukan pula, pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing selesa mendahului kedudukan dengan 104 mata.

INFO

Kedudukan Keseluruhan CP115 (5 Teratas)

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing â€“ 80 mata

Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) â€“ 51

Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) â€“ 50

Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing) â€“ 49

Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) â€“ 41

Kedudukan pasukan

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing â€“ 104 mata

Motul Yamaha YY Pang Racing â€“ 90

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor â€“ 64

Idemitsu Honda Yuzy Racing â€“ 56

ONEXOX TKKR SAG Team â€“ 41

The post RENTAK KONSISTEN SYUKRAN JADI TARUHAN KUASAI SAINGAN KELAS CP115 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

HONDA DASH 125 MENANTI PEMENANG CP HAPPY BAG DI TERENGGANU
Para peminat Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama sebuah motosikal Honda Dash 125 menerusi Cabutan Bertuah Cub Prix Happy Bag Campaign.

Kempen tersebut akan bermula pada saingan Pusingan 5 kejuaraan tersebut yang dijadualkan berlangsung di Kuala Terengganu pada 23-24 Ogos nanti.

Pemenang hadiah utama akan dipilih menerusi acara cabutan bertuah yang akan diadakan di podium Cub Prix selepas selesai majlis penyampaian hadiah untuk kelas CP150.

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, para peminat hanya perlu membeli Cub Prix Happy Bag Campaign yang dijual pada harga RM50.00 setiap satu dan ia terhad kepada 500 penonton terawal.

Happy Bag berkenaan boleh dibeli di booth Cub Prix Lucky Draw berdekatan kawasan promosi kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas pada hari Jumaat dan Sabtu.

Lebih menarik, nilai barangan yang terkandung dalam beg tersebut melebihi RM50.00 antaranya baju-T Cub Prix edisi terhad, baucher bernilai RM5 untuk kegunaan di gerai CP di khemah-khemah promosi Cub Prix dan ia boleh digunakan sehingga ke penghujung musim ini.

Paling penting, beg tersebut mengandungi kad untuk menyertai cabutan bertuah dan pastikan anda tidak kehilangan kad berkenaan.

Barangan lain berupastiker atau pemegang kunci UMA dan Racing Boy.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah adalah seperti berikut;

Hadiah utama: Motosikal Honda Dash 125

Hadiah pertama: 1 unit helmet KYT bernilai RM1,500

Hadiah kedua: 2 set produk untuk menunggang motosikal bernilai RM650 satu set.

Hadiah ketiga: 3 set produk jenama RKM dan Cub Prix bernilai RM275 setiap satu set.

Hadiah keempat: 5 set produk Koyoko bernilai RM110 setiap set.

Â

Hadiah-hadiah saguhati:

5 set produk jenama Samurai (bernilai RM70 satu set)

5 set cenderahati Cub Prix bernilai RM70)

Ini bermakna jumlah keseluruhan yang bakal dimenangi pemenang hadiah utama di setiap pusingan nanti bernilai hampir RM12,000.

Selepas Terengganu, cabutan bertuah Cub Prix Happy Bag Campaign ini akan di teruskan pada Pusingan 6 di Teluk Intan, Perak pada 7-8 September yang bakal menawarkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR sebagai hadiah utama.

Ia akan diteruskan pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Sepang pada 20 hingga 22 September nanti dan dua buah motosikal masing-masing jenama Honda RS150R serta Yamaha Y15ZR menanti pemenang hadiah utama.

Pastikan anda tidak terlepas peluang menyertai Cub Prix Happy Bag Campaign ini dan nantikan pengumuman kami dari semasa ke semasa mengenai hadiah yang bakal ditawarkan untuk pusingan seterusnya.

The post HONDA DASH 125 MENANTI PEMENANG CP HAPPY BAG DI TERENGGANU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SAJIAN MENARIK MENANTI PEMINAT DI TERENGGANU
Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri di Kuala Nerus, Terengganu akan menjadi destinasi saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas minggu ini.

Kejuaraan motosikal terhebat negara itu, akan berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos ini.

Seperti biasa, ia akan menjanjikan persaingan menarik dan tidak harus dilepaskan oleh para peminat sukan permotoran di Kuala Terengganu untuk menontonnya.

Beberapa pelumba hebat negara akan bersaing termasuk anak jati Terengganu, Ahmad Afif Amran yang kini memegang status selaku pendahulu keseluruhan kelas CP150 dengan mengumpul 78 mata.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu yang tampil konsisten untuk berada dalam kelompok tiga pelumba teratas di setiap pusingan setakat ini, sudah pastinya mahu berada di podium sebagai hadiah buat para peminatnya di Terengganu.

Selain Afif, dua lagi anak jati Terengganu yang akan beraksi dalam kelas CP150 adalah Md Hafiza Rofa yang menggalas cabaran pasukan ONEXOX TKKR SAG Team serta Md Harith Farhan Baharin yang beraksi untuk pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Tiga pelumba asal Terengganu ini, pastinya mendapat suntikan semangat kerana bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Begitupun, perlu diingat, kelebihan tersebut bukan jaminan untuk melakar penamat podium kerana keadaan jentera turut memainkan peranan besar bagi menentukan kejayaan.

Ini terbukti pada saingan Pusingan 4 di Pontian, Johor hujung bulan lalu yang menyaksikan penguasaan jentera Yamaha meskipun sebelum itu prestasi jentera Honda amat terserlah pada Pusingan 1 dan 2, masing-masing di Jasin Melaka dan Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pelumba yang memiliki keyakinan, kestabilan jentera serta kemampuan untuk menawan selekoh ketika berada di litar, sudah pasti bakal menguasai saingan di Terengganu nanti.

Justeru, para peminat di Terengganu nanti boleh menjangkakan sajian yang lebih menarik kerana barisan pelumba yang menunggang jentera Honda pasti bangkit untuk menyekat penguasaan jentera Yamaha.

Jika persaingan ini berlaku, saingan Pusingan 5 itu nanti sememangnya menarik untuk ditonton.

Selain itu, edisi di Terengganu juga sentiasa menyajikan kejutan dan sejak tahun 2009, gelaran juara bagi kelas perdana ini silih berganti.

Tiada pelumba yang mampu mengekalkan reputasi selaku juara meskipun sebahagian besar daripada mereka bukan asing dengan keadaan litar di negeri Pantai Timur itu.

Sejak edisi 2009 hanya dua pelumba mampu meraih gelaran juara sebanyak dua kali pada saingan di Terengganu.

Elly Idzlianizar Ilias melakukannya pada tahun 2009 dan 2012 (ketika itu bagi kelas Expert dan CP130) manakala Kasma Daniel Kasmayuddin muncul juara pada edisi 2016 Â di Kemaman dan 2018 di Kuala Terengganu.

Berdasarkan pencapaian tersebut, apakah nama baharu akan muncul juara pada aksi Pusingan 5 nanti atau mampukah Afif memenuhi impian para peminat di negeri kelahirannya untuk melihat dia berada di podium utama.

Ia bukan perkara mustahil buat Afif untuk merealisasikannya kerana dia antara pelumba yang dilihatÂ  konsisiten dalam setiap penampilannya musim ini.

Musim ini, dia bermula dengan meraih kedudukan keempat pada Pusingan 1 sebelum muncul naib juara (Pusingan 2) diikuti juara (Pusingan 3) dan sekali lagi muncul naib juara pada saingan di Pontian bulan lalu.

Berdasarkan pencapaiannya, dia satu-satunya pelumba yang dilihat stabil meskipun pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar sudah bergelar juara sebanyak dua kali iaitu pada Pusingan 1 dan 2.

Di Pontian, pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Azhar Abd Jalil mencipta kejutan apabila menamatkan perlumbaan dengan status juara, namun prestasinya sejak Pusingan 1, tidak begitu meyakinkan.

Justeru, saingan di Terengganu nanti boleh dikatakan terbuka kerana beberapa pelumba senior seperti Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR SAG Team), Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing), Md Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Yuzy Racing) serta Azroy, pasti mahukan penamat podium bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta keseluruhan.

Malah, Zaqhwan, Fazli dan Fazrul pernah bergelar juara pada saingan di Terengganu sebelum ini.

Selain itu, litar yang bakal mereka harungi di Terengganu nanti merupakan litar baharu yang mempunyai 12 selekoh sukar terutamanya di selekoh 7 hingga 10.

Selepas mengharungi empat pusingan setakat ini, Afif terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan 78 mata diikuti Azroy (55) dan tempat ketiga dipegang Azhar dengan 43 mata.

Info

Kedudukan Keseluruhan CP150 (5 Teratas)

Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing â€“ 78 mata

Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing â€“ 55

Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing â€“ 43

Ahmad Fazli Sham (PRK) ONEXOX TKKR SAG Team â€“ 42

Md Akid Aziz (KL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor â€“ 40

Kedudukan Pasukan

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing â€“ 112 mata

Motul Yamaha YY Pang Racing â€“ 92

Idemitsu Honda Yuzy Racing â€“ 91

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor â€“ 68

AHM Motorsports Yamaha Racing Team â€“ 65

Juara Terdahulu Edisi di Terengganu (Kelas Perdana)

Expert

2009 â€“ Elly Idzlianizar Ilias

CP130

2010 â€“ Ahmad Fazli Sham

2011 â€“ Allahyarham Norizman Ismail

2012 â€“ Elly Idzlianizar Ilias

2013 â€“ Zamri Baba

2014 â€“ Md Zaqhwan Zaidi

2015 â€“ Ahmad Fazrul Sham

2016 â€“ Kasma Daniel Kasmayudin

CP150

2017 â€“ (Perlumbaan dihentikan)

2018 â€“ Kasma Daniel Kasmayudin

The post SAJIAN MENARIK MENANTI PEMINAT DI TERENGGANU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.