MCP2017R03 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

KENYATAAN – NORIZMAN ISMAIL
Berikutan insiden semasa sesi Ujian Masa CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, ia adalah satu berita sedih untuk melaporkan pemergian Norizman Ismail.

Norizman terjatuh di Selekoh 1 . Marshal dan paramedik melakukan rawatan segera manakala bendera merah dikibarkan pada jam 1552 untuk menamatkan sesi latihan. Jam 1555 Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh pada jam 1612. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 1650, hari Jumaat, 5 Mei 2017.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

Name:

NORIZMAN ISMAIL

Age:

32 (1985)

Nat:

MAS

Bike No:

19

Make:

Yamaha

Team:

ONEXOX TKKR Racing

Class:

Underbone 150cc

CAREER HIGHLIGHTS:

2005

CHAMPION â€“ Expert, Malaysian Cub Prix Championship

2011

CHAMPION â€“ Expert, Malaysian Cub Prix Championship

2012

4th overall â€“ CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2013

2nd overall â€“ CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2013

4th overall â€“ Underbone 115cc, FIM Asia Road Racing Championship

2014

2nd overall â€“ CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2014

4th overall â€“ Underbone 130cc, FIM Asia Road Racing Championship

2015

2nd overall â€“ Underbone 130cc, FIM Asia Road Racing Championship

2015

5th overall â€“ CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2016

3rd overall â€“ CP130, Malaysian Cub Prix Championship

2016

6th overall â€“ Underbone 130cc, FIM Asia Road Racing Championship

The post KENYATAAN – NORIZMAN ISMAIL appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

KASMA FOKUS CUB PRIX KEMAMAN
Kasma Daniel Kasmayudin yang baru pulang dari Sepanyol kini kembali fokus untuk mempertahankan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori CP150 menjelang perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, 5 dan 6 Mei ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang baru tiba di tanah air minggu ini setelah hampir sebulan berada di Sepanyol bagi menjalani latihan dan perlumbaan pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia CEV di Albacete akui fizikalnya agak penat namun perlumbaan CP150 di Kemaman sangat penting memandangkan dia bakal terlepas aksi pusingan keempat di Teluk Intan,  Perak pada 20 – 21 Mei ini yang berlangsung serentak dengan perlumbaan CEV di Le Mans.

“Saya perlu menang atau sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan di atas podium minggu ini,” jelas Kasma yang berada di tangga teratas dengan 50 mata, 21 mata mengatasi Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang berada di tangga kedua dengan 29 mata.

Tambah Kasma, “Beraksi di pentas antarabangsa tidak bermaksud saya mengetepikan perlumbaan CP150. Saya tekad untuk bergelar juara CP150 pertama dan juga membawa gelaran untuk pasukan, cuma tugas saya agak sukar memandangkan mungkin akan terlepas beberapa siri Kejuaraan Cub Prix. Sebab itu saya perlu mengutip mata maksimum dalam setiap perlumbaan.”

Mengulas tentang persediaan setelah menempuh perjalanan panjang untuk kembali ke tanah air, Kasma berkata, “Ketika ini fizikal dan mental saya agak penat. Saya baru tiba di Malaysia minggu ini dan kemudian terus beraksi di Kemaman. Pada masa sama jadual latihan saya di Sepanyol juga agak padat. Cuma mungkin dari sudut positif, latihan dan pengalaman sewaktu pusingan pertama di CEV juga memberi kelebihan kerana fizikal dan stamina saya semakin bagus selain banyak menggunakan jentera yang lebih laju dan berat berbanding jentera CP150.

“Namun saya tidak boleh memandang rendah perlumbaan minggu ini. Selain keadaan litar yang mempunyai beberapa selekoh dan laluan sempit yang menyukarkan untuk memintas atau menjarakkan diri, saya yakin keupayaan jentera pasukan lain semakin meningkat. Kelemahan sepanjang dua pusingan lepas pasti telah diatasi, tetapi sudah tentu pasukan saya juga melakukan persediaan secukupnya untuk memastikan kami terus di hadapan.”

The post KASMA FOKUS CUB PRIX KEMAMAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

MINGGU PENTING BUAT HARITH
PERLU KEJAR PODIUM UNTUK BERSAING KELOMPOK ATAS

Md Harith Farhan Baharin tekad untuk bangkit memberikan cabaran sengit di kelompok hadapan dalam saingan CP115 apabila turun beraksi di hadapan penyokong sendiri pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, pada 5 dan 6 Mei ini.

Pelumba pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu masih gagal untuk menamatkan dua perlumbaan awal musim 2017 di kelompok hadapan meskipun mempunyai rekod baik dengan meraih dua podium termasuk satu gelaran juara pada tahun pertama beraksi dalam kelas CP115 untuk menamatkan musim 2016 di tangga keenam keseluruhan.

“Nasib saya tidak begitu baik sepanjang dua perlumbaan lepas. Saya gagal menamatkan perlumbaan pertama di Temerloh dan sekadar tamat di kedudukan ke-11 pada perlumbaan pusingan lepas. Berbeza dengan tahun 2016 apabila saya seringkali berada di kelompok depan dan berjaya menaiki podium,” jelas pelumba berasal dari Kuala Terengganu itu.

Tambah pelumba berusia 18 tahun itu lagi, “Dari segi jentera, kami kelihatan sedikit ketinggalan berbanding pasukan lain, ditambah dengan kesilapan-kesilapan kecil yang saya lakukan. Walaupun masih mampu layak ke pusingan shoot-out, tetapi saya gagal untuk mendapatkan kedudukan petak mula di barisan hadapan. Saya yakin selepas ini pasukan akan melakukan sesuatu untuk membolehkan saya tampil lebih kompetitif dan membantu saya mendapatkan petak mula yang lebih baik.

“Perlumbaan minggu ini sangat penting dan saya tekad untuk memberikan aksi terbaik. Kehadiran keluarga dan rakan-rakan di Terengganu sudah tentu akan membakar semangat saya. Saya perlu mendapatkan keputusan yang baik, kalau boleh di atas podium untuk kembali bersaing di kelompok atas memandangkan ketika ini saya hanya  mengumpul empat mata, jauh ketinggalan berbanding pelumba di kelompok atas dalam senarai keseluruhan.”

Perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Bandar Baru Kijal, Kemaman pada 5 dan 6 Mei. Masuk adalah percuma.

The post MINGGU PENTING BUAT HARITH appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

TENGKU AMIRUL BELUM PASTI TURUN BERAKSI DI KEMAMAN
Pencabar utama kategori CP115, Tengku Amirul Haffirudin Tengku Hanafi, 21, belum pasti sama ada bakal turun beraksi pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kemaman, Terengganu, 5 dan 6 Mei ini setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Pengurus pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing, Pang Yoke You menjelaskan keputusan terletak di tangan Tengku Amirul sendiri sama ada mahu beraksi di negeri kelahirannya atau mengambil keputusan untuk berehat dan tidak menyertai perlumbaan minggu ini.

“Kami ada menghubungi Tengku Amirul bertanyakan tentang keadaannya. Tentang perlumbaan, menyerahkan kepadanya sendiri sama ada ingin beraksi ataupun tidak. Lagipun perlumbaan minggu ini berlangsung di Terengganu, tidak jauh dari kediamannya dan kami tidak mempunyai masalah jika dia membuat keputusan di saat akhir,” jelasnya.

Tambahnya, “Kami tidak mahu meletakkan sebarang tekanan kepada Tengku Amirul. Dari segi fizikal dia tidak mengalami masalah, namun mungkin tumpuannya agak terganggu akibat kemalangan tersebut dan tidak dapat memberi sepenuh tumpuan ketika di litar nanti. Sekarang kami mendoakan dan berharap dia dan keluarga pulih sepenuhnya.”

Tengku Amirul dan lima ahli keluarga terlibat dalam kemalangan di kilometer 253.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Cheneh, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya pada 25 April lalu.

Dalam kemalangan tersebut, Tengku Amirul dan isteri serta dua adiknya menerima rawatan pesakit luar manakala bapa, Tengku Hanafi Tengku Hasan, 45, dan ibunya, Rosmah Ibrahim, 44, dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Selepas dua pusingan, Tengku Amirul kini menghuni tangga keempat dalam senarai keseluruhan kelas CP115 dengan 26 mata, 24 mata di belakang pendahulu, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang mengumpul 50 mata.

The post TENGKU AMIRUL BELUM PASTI TURUN BERAKSI DI KEMAMAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

FUAD BELUM LEGA
Mahu Pelumba Terus Tingkatkan Prestasi

Pengurus PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech, Ahmad Fuad Baharudin tidak mahu pelumbanya berasa selesa meskipun mempamer aksi cemerlang dan berjaya menaiki podium sepanjang dua pusingan awal Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2017.

Menuju ke pusingan ketiga yang akan berlangsung di Kemaman, Terengganu pada 5 dan 6 Mei ini, tiga pelumba pasukan, Md Aiman Tahirudin, Md Danial Syahmi dan Md Khairi Asyraf Mahmud masing-masing berjaya menaiki podium dan menghuni kelompok empat pelumba teratas dalam senarai keseluruhan dalam kategori Wira.

Selepas dua pusingan, Md Aiman yang muncul pemenang tempat ketiga sewaktu pusingan pembukaan di Temerloh, Pahang dan muncul juara di Tangkak, Johor, Mac lepas kini mendahului senarai keseluruhan dengan 41 mata manakala Danial yang meraih satu gelaran naib juara mengumpul 31 mata berada di tangga ketiga dan Khairi di kedudukan keempat dengan 28 mata. Kedudukan kedua milik Saiful Azhari Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dengan 33 mata.

Bagi juara tiga kali kelas perdana Kejuaraan Cub Prix itu, dia belum boleh menarik nafas lega dengan keputusan tersebut sebaliknya terus fokus kepada tugas utamanya ketika ini untuk menggilap potensi dan kemahiran pelumba-pelumba muda pasukan berbanding memikirkan tentang sebarang gelaran.

“Saya memang sukakan tugas untuk melatih pelumba-pelumba muda ini kerana mereka ini ‘masih segar’ dan senang menerima tunjuk ajar. Walaupun berjaya memenangi perlumbaan atau menaiki podium, masih banyak perkara yang mereka perlu pelajari. Saya lebih mengutamakan peningkatan prestasi mereka secara berperingkat,” jelas pelumba berpengalaman negara itu.

Tambahnya, “Untuk menjadi juara bukan hanya kelajuan yang diperlukan, dan ia bukan tugas ‘sehari’, sebaliknya mereka perlu memiliki pakej seperti stamina, strategi, komunikasi dan lain-lain. Mereka berlumba ikut kemampuan dan jika gagal, mereka perlu mengkaji setiap kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menghadapi perlumbaan akan datang.”

The post FUAD BELUM LEGA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.