Honda Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

FARISH AKAN CUBA KEKALKAN KEDUDUKAN
Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing berjaya mengorak langkah ke podium untuk pertama kalinya di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol.

Selama empat pusingan Farish telah bergelut untuk mendapat tempat di podium. Bertambah dengan penguasaan trio sepasukan yang telah membina benteng pertahanan yang kukuh di atas podium untuk empat pusingan berturut-turut.

Namun begitu, Farish tidak berputus asa dan pada pusingan kelima, beliau berjaya mendapat peluang untuk memintas pesaing terdekatnya sekaligus merampas kedudukan ketiga pada saat-saat terakhir perlumbaan tersebut.

Menurut beliau, “Saya agak ketinggalan oleh Syamil namun pada saat-saat terakhir, saya mendapat peluang untuk memintas beliau di selekoh kedua terakhir apabila beliau menghadapi masalah teknikal dengan jenteranya. Kemudian, saya terus kekalkan kelajuan jentera sehingga ke garisan penamat. Strategi saya selepas berbincang dengan pasukan saya pada hari itu adalah untuk mengekori kelompok di hadapan saya dan mengekalkan momentum saya sepanjang perlumbaan.”

“Langkah seterusnya adalah untuk mencari strategi yang bersesuaian dengan perlumbaan di Litar Sepang. Persiapan saya berfokus kepada pembinaan diri dari segi fizikal dan mental. Matlamat saya untuk pusingan keenam adalah untuk mendapat tempat tiga ataupun lima teratas.”

Wan Rosli Bin W. Mohamad, ketua pasukan Honda KC Racing berkata, “Untuk pusingan kelima hari itu, pasukan kami telah membuat persediaan yang lebih baik dan sekaligus membetulkan kelemahan pada jentera Farish. Ini telah membuahkan hasil.”

“Bagi pusingan seterusnya, kami akan terus mencari dan membuat pengubahsuaian yang bersesuaian ke atas jentera untuk memaksimumkan peluang untuk berjaya.”

Pusingan Keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara dari 6-7 Ogos 2022. Pengunjung dan peminat sukan permotoran dijemput ke litar dan juga berpeluang memenangi motosikal jenis Honda RSX 150 dengan pembelian “Happy Bag”.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post FARISH AKAN CUBA KEKALKAN KEDUDUKAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SYAZRAS CUBA KEKAL MOMENTUM
Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dilihat menunjukkan peningkatan prestasi pada musim ini apabila berjaya meletakkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada sesi kelayakan pembuka musim dan kemudian mencuri tumpuan dengan bermula di grid pertama di pelumbaan ARRC yang lalu. Perkembang positif itu membakar semangat pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team ini untuk mengekalkan momentum positif itu.

“Pole position hari tu menjadi pembakar semangat saya untuk pelumbaan minggu ni. Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi, saya cuma berharap untuk menamatkan perlumbaan dengan selamat. Jika podium atau menang itu rezeki bonus untuk saya”, kata Syazras.

“Alhamdulillah persiapan untuk minggu ini sangat baik. Saya baru lepas pulih dari kecederaan tangan saya akibat terjatuh ketika perlumbaan 1 ARRC yang lepas”, tambah beliau lagi apabila ditanya tentang persiapan menghadapi perlumbaan Pusingan 3 nanti.

Syazras bakal memberi saingan kepada pelumba-pelumba CP150 pada Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pada 11-12 Jun 2022 di Litar Sepang Selatan bagi aksi Pusingan 3. Penonton dijemput hadir untuk menyaksikan perlumbaan selain terdapat pelbagai aktiviti dan promosi istimewa dan masuk adalah percuma.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SYAZRAS CUBA KEKAL MOMENTUM appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

HELMI BEKAL SEMANGAT ARRC
Selepas mempamerkan aksi konsisten di pentas Asia musim ini, Helmi Azman cuba membawa semangat itu bagi cabaran CP150 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang akan memasuki Pusingan 3 hujung minggu ini. Sedar bakal bedepan tugas sukar, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran malah lebih selesa untuk melihat situasi semasa pada minggu perlumbaan nanti.

“Buat masa ini saya tak meletakkan apa-apa sasaran, segalanya bergantung pada keadaan nanti. Kami masih cuba mencari setup terbaik dengan pelbagai barang baru. Jika kami dapat jumpa setup saya pasti akan beri saingan buat pelumba-pelumba lain”, ujar bekas Juara CP150 musim 2020 itu.

Pelumba-pelumba pasukan SCK Honda Racing Team dilihat bergelut untuk mencari pelarasan jentera bagi menyaingi pasukan lain.

“Setiap pelumba pastinya inginkan kemenangan dan keputusan yang baik tapi rezeki kami tahun ini mungkin belum sampai dan kami tidak patah semangat. Saya mengharapkan momentum positif dari ARRC dapat membantu saya mencipta keputusan yang lebih baik dari perlumbaan sebelum ini”, jelas Helmi yang kini mendahului kategori Supersports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia.

Pertembungan sengit pelumba terbaik negara dalam kategori CP150 bakal disaksikan di Litar Sepang Selatan pada 11-12 Jun nanti bagi aksi Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post HELMI BEKAL SEMANGAT ARRC appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

FIRDAUS INTAI PODIUM LAMAN SENDIRI
Pelumba Honda KC Racing, Md Firdaus Md Hamdan kini dilihat berada pada prestasi cemerlang menyasarkan untuk menjejakkan kaki ke podium pada perlumbaan Pusingan 3 yang akan berlangsung pada 11-12 Jun di Litar Sepang Selatan. Setelah mengalami kemalangan pada awal sesi kelayakan pusingan yang lalu, Firdaus terpaksa bermula di petak terakhir namun itu tidak menghalang pelumba ini untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Litar Sepang Selatan yang dianggap sebagai laman sendiri bagi pelumba dan pasukan ini, Firdaus mengganggap litar itu adalah litar kegemaran beliau. Walaupun begitu beliau berpendapat akan berdepan tugas sukar berdepan dengan pencabar lain.

“Perlumbaan di Sepang Selatan nanti merupakan satu cabaran besar buat saya kerana saya pasti semua pelumba akan mencari setup terbaik. Saya akan cuba untuk ‘save’ motor dan elak dari terjatuh dan cuba mendapatkan keputusan lebih baik daripada perlumbaan yang lalu”, kata beliau.

Pada perlumbaan terakhir di litar ini musim lalu, beliau berjaya menduduki tempat kedua namun Fidaus enggan mendabik dada dan berwaspada dengan saingan daripada pelumba lain.

“Persaingan pastinya sangat sengit, semua pelumba akan bersaing dalam satu kelompok yang besar. Saingan utama saya pastinya daripada pelumba-pelumba yang berpengalaman. Saya tak letak sasaran yang terlalu tinggi, cuma mengejar podium tapi kemenangan adalah satu bonus bagi saya. Saya perlu atur strategi terbaik kerana itu amat penting dalam perlumbaan yang sengit seperti ini”, jelas Firdaus lagi.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post FIRDAUS INTAI PODIUM LAMAN SENDIRI appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

FARISH SEDIA KE SEPANG SELATAN
Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing mengharapkan prestasi lebih baik untuk Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung di Litar Sepang Selatan pada 11-12 Jun nanti.

Pada pusingan yang lalu, Farish telah menampilkan kemahirannya dalam pengendalian jentera Honda di litar teknikal dalam kategori Wira KBS. Walaupun berdepan dengan trio pasukan lawan, aksi dan kemahiran teknikal yang dimilikinya memastikan beliau menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Bagi pelumba asal Johor ini, Litar Sepang Selatan dijangka menjadi satu cabaran besar baginya berdasarkan rekod perlumbaan musim lalu. Farish berjaya menamatkan  dalam kelompok lima terbaik pada pusingan pembukaan namun kurang bernasib baik apabila tidak dapat menamatkan perlumbaan pada Pusingan 9 manakala pada perlumbaan penutup beliau menduduki tempat ke-12. Walaupun begitu, ia tidak melunturkan semangat pelumba ini untuk memperbaiki rekod peribadi beliau di litar tersebut.

Menurut beliau, “Bagi perlumbaan yang akan datang, saya menambahkan latihan kecergasan fizikal serta penambahbaikan cara pengendalian jentera.”

“Cabaran utama saya adalah pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing. Namun begitu, saya akan fokus dan mengumpul mata sebanyak mungkin.”

Pengurus pasukan Honda KC Racing, Wan Rosli bin W. Mohamad berkata, “Bagi pusingan yang akan datang, kami akan membuat persediaan yang sewajarnya dan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik.”

“Kami yakin dengan pelumba-pelumba kami dan mereka boleh bersaing rapat dengan pelumba-pelumba lain.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post FARISH SEDIA KE SEPANG SELATAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AZROY HARAP KEPUTUSAN LEBIH BAIK
Juara bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar enggan meletakkan harapan tinggi apabila bertandang ke Litar Lumba Tangkak pada hujung minggu ini bagi saingan Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Beliau berpendapat litar tersebut tidak memberi kelebihan kepada jentera beliau dan beliau perlu berkerja keras bagi menyaingi pelumba lain. Berdasarkan rekod hanya Azroy satu-satunya pelumba yang menggunakan jentera Honda berjaya menjejakkan kaki ke podium CP150 di Litar Lumba Tangkak sejak litar itu digunakan sejak 2017.

“Saya fokus pada latihan fizikal dan berharap keputusan pada perlumbaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya”, jelas Azroy.

Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team ini amat berharap untuk cuba mengutip sebanyak mungkin mata di Tangkak nanti setelah berputih mata pada perlumbaan pembukaan apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan. Akibat dari insiden itu beliau gagal untuk meneruskan perlumbaan sekaligus gagal mengutip sebarang mata.

Ternyata tugas getir menanti Azroy di Tangkak pada 14 dan 15 Mei nanti namun pasti beliau akan menggunakan segala pengalaman yang ada untuk melakukan kejutan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post AZROY HARAP KEPUTUSAN LEBIH BAIK appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

SCK RACING TERUJA SUPERKIP SERTAI CP150
Pelumba GP Malaysia, Khairul Idham Pawi bakal kembali ke litar Cub Prix, musim ini. Menjelang pusingan pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim 2022, nama SuperKIP telah disenaraikan dalam kategori CP150 bersama pasukan SCK Honda Racing.

Pasukan SCK Honda Racing yang telah menandatangani kontrak bersama Khairul amat mengalu-alukan penyertaannya di kejuaraan Cub Prix. Kemahiran dan pengalaman Khairul di litar antarabangsa dalam masa yang singkat diharapkan akan memberi dorongan kepada pelumba-pelumba lain dalam pasukan SCK Honda Racing sekaligus memberi peluang untuk memantapkan lagi prestasi mereka pada musim ini.

“Sebagai seorang pelumba professional, kami mempunyai harapan yang tinggi terhadap Khairul. Walaupun ia adalah suatu cabaran bagi Khairul, kami yakin bahawa dengan pengalaman di litar antarabangsa, dia mampu mengatasinya,” jelas Soong Wai Loon, Pengurus Pasukan SCK Honda Racing.

Khairul atau lebih dikenali sebagai SuperKIP telah melakar nama sebagai pelumba Asia Tenggara pertama meraih kemenangan dalam perlumbaan Moto3 pada tahun 2016.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post SCK RACING TERUJA SUPERKIP SERTAI CP150 appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

JENTERA BAHARU BUAT AZROY
Juara bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar akan kembali ke litar Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 dengan jentera baharu.

Azroy serta pasukan Honda Yuzy Idemitsu akan mempertandingkan jentera baharu, Honda RSX-150 yang baru dilancarkan pada hujung tahun 2021. Ini merupakan kali pertama motorsikal baharu ini akan beraksi di litar perlumbaan.

“Matlamat saya untuk tahun ini adalah untuk mempertahankan gelaran juara. Jentera Honda RSX-150 akan menggantikan motosikal Honda RS150 yang digunakan sebelumnya. Kami begitu yakin dengan kebolehan motosikal baharu ini dan kami berharap bukan sahaja akan berjaya mempertahankan gelaran Juara CP150 tetapi turut memenangi gelaran Juara Pasukan CP150 musim 2022.”

Turut menarik, Azroy akan menggunakan nombor pertandingan #1 yang sememangnya hak juara bertahan. “Nombor ini sememangnya jarang digunakan dalam perlumbaan. Kali terakhir nombor ini diperlagakan di atas litar perlumbaan adalah dalam musim 2014 apabila ianya digunakan oleh Zaqhwan Zaidi.”

Pusingan pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Utara Sepang pada 12hb dan 13hb Mac ini. Kedatangan para peminat amat dialu-alukan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post JENTERA BAHARU BUAT AZROY appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

ALIF IMRAN DIPISAHKAN 17 MATA DARI TROFI KEJUARAAN
Hanya 17 mata sahaja lagi memisahkan Alif Imran Ahmad Husni dari memiliki trofi kejuaraan Honda Dash 125 Challenge. Beliau pastinya ingin bangkit dari kekecewaan di Litar Lumba Tangkak yang menyebabkan hasrat pelumba kelahiran Johor itu dinobatkan juara lebih awal tertangguh.

Berbekalkan rekod cemerlang 6 podium berturut-turut serta 5 kemenangan sejak awal musim, ramai menyangka Alif akan mendominasi perlumbaan Pusingan 7 dan 8 sekaligus dinobatkan juara di Tangkak namun nasib tidak menyebelahi beliau. Hasrat itu perlu dibawa ke Litar Sepang Selatan apabila buat pertama kali musim ini beliau terlepas podium dan hanya menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada Pusingan 7. Nasib malang terus menimpa beliau apabila tidak dapat menamatkan perlumbaan Pusingan 8.

Kembali ke Sepang minggu depan, Alif mempunyai peluang cerah merangkul kejuaraan berasaskan kutipan masa semasa dan rekod perlumbaan musim ini di litar berkelajuan tinggi seperti Litar Sepang Selatan. Pelumba yang menggunakan jentera bernombor 5 ini dijangka mampu mengulangi kejayaan mendominasi litar ini seperti yang dilakukan ketika perlumbaan pembukaan awal musim lalu.

Hanya Aisy Izz Hafiy Hairul Hafiz yang mempunyai peluang tipis untuk mencabar kejuaraan namun perbezaan 34 mata seakan memberi gambaran Alif hanya perlu menduduki tempat kedua pada Pusingan 9 untuk memastikan trofi kejuaraan menjadi milik beliau.

Sama-sama kita saksikan nanti apa yang akan dilakukan Alif Imran nanti apabila dua pusingan terakhir Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia akan mengegar Litar Sepang Selatan pada 17-19 Disember nanti.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post ALIF IMRAN DIPISAHKAN 17 MATA DARI TROFI KEJUARAAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

GAME ON! HARITH HAZIQ MEMBUKA KEMBALI BURUAN TAKHTA WIRA KBS
Setelah sekian lama kategori WIRA KBS didominasi pelumba-pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, pemburuan takhta dalam kategori bawah-18 tahun ini nampaknya bakal berubah selepas Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team berjaya mengubah lanskap kejuaraan dan membuka kembali buruan takhta Wira KBS dengan dua kemenangan berturut-turut di litar sepanjang 1.371km itu.

Perlumbaan tiga hari di Terengganu itu merupakan perlumbaan yang amat sempurna bagi Harith. Setelah berjaya melayakkan diri ke petak pertama untuk kedua-dua perlumbaan Pusingan 5 dan 6, Harith bijak menggunakan kelebihan itu untuk menguasai rentak perlumbaan Wira KBS.

Tanpa cabaran yang serius dari pelumba lain, Harith mencatat kemenangan keduanya hari ini dengan catatan masa 10’40.218s.

Tempat kedua bagi Pusingan 6 dimenangi Mohd Farid Hakimi Farid Sezli dari pasukan Idemitsu DFZ Yam Honda Racing dengan catatan masa 10’40.530s.

Pendahulu kejuaraan, Mohd Aqil Danial Nasrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing berjaya meragut keputusan podium ke-lima musim ini di tempat ketiga. Aqil kini mendahului kategori Wira KBS dengan 107 mata.

Saingan dalam kategori Wira KBS semakin sengit. Berbekalkan dua kemenangan ini, Harith kini sedang berada di tangga kedua keseluruhan dengan 99 mata.

Danial Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing jatuh ke tangga ketiga keseluruhan dengan 91 mata.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

The post GAME ON! HARITH HAZIQ MEMBUKA KEMBALI BURUAN TAKHTA WIRA KBS appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.