MCP2026RD01 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

MEERSHAN BUKA LEMBARAN BAHARU
Selepas menamatkan musim 2025 di tempat keempat keseluruhan dalam kategori YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES, Meershan Alreez Mohd Maziz kini melangkah ke fasa baharu dalam kariernya apabila diberi kepercayaan menyertai kategori Wira KBS bersama pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING bagi musim Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026.

Kenaikan itu bukan sekadar perubahan kategori, tetapi menjadi simbol keyakinan besar pasukan terhadap potensi pelumba muda ini untuk berkembang ke tahap lebih tinggi. Bagi Meershan, peluang tersebut hadir dengan rasa bangga yang sukar digambarkan.

“Sudah tentu saya rasa sangat gembira dan teruja apabila diberi kepercayaan untuk beraksi dalam Wira KBS musim ini. Bagi saya, ini adalah satu penghargaan besar dalam perjalanan karier saya. Saya mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING dengan memberikan sepenuh kemampuan saya di setiap perlumbaan,” kata Meershan.

Walaupun berlumba di litar yang sama seperti musim lalu, Meershan mengakui cabaran yang menantinya kali ini jauh berbeza. Kepantasan jentera, intensiti persaingan dan tuntutan prestasi yang lebih tinggi memerlukan dirinya tampil lebih matang dari segala aspek.

“Perubahan paling besar yang saya rasai ialah saya perlu menjadi lebih berdisiplin dan lebih bersedia, bukan sahaja dari segi tunggangan tetapi juga dari segi mental. Dalam Wira KBS, tahap persaingan lebih sengit dan saya sedar kepercayaan pasukan terhadap saya kini lebih besar berbanding sebelum ini,” jelasnya.

Sebagai pelumba muda yang sedang meningkat naik, Meershan melihat musim ini sebagai medan untuk membentuk dirinya menjadi pelumba yang lebih lengkap. Pengalaman musim lalu banyak mengajarnya tentang cara membaca perlumbaan, mengawal tekanan dan memahami karakter jentera dengan lebih mendalam.

“Saya rasa musim lepas banyak mengajar saya. Setiap perlumbaan memberi pengalaman berharga dan sekarang saya lebih faham bagaimana untuk mengendalikan perlumbaan dengan lebih tenang serta membuat keputusan yang lebih baik ketika berada di atas motosikal,” katanya lagi.

Di sebalik keterujaan melangkah ke kategori baru, Meershan tidak menafikan ada rasa gemuruh menjelang penampilan sulungnya dalam Wira KBS. Namun bagi anak muda itu, tekanan tersebut menjadi pembakar semangat untuk membuktikan dirinya layak berada di pentas tersebut.

“Perkara yang paling membuatkan saya teruja ialah kerana saya akhirnya berjaya sampai ke Wira KBS dan dapat bersama pasukan yang memang saya impikan sejak dahulu. Pada masa sama, saya tahu tanggungjawab saya juga lebih besar. Itu yang membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk tampil dengan prestasi terbaik,” ujarnya.

Daripada semua pusingan dalam kalendar musim ini, Litar Lumba Tangkak, Johor menjadi litar yang paling dinantikan olehnya kerana karakter unik litar tersebut yang dianggap cukup istimewa.

“Litar yang paling saya nantikan ialah Litar Lumba Tangkak. Bagi saya, litar itu sangat unik dan mempunyai cabaran tersendiri. Ia mengingatkan saya kepada karakter litar-litar besar di pentas dunia, jadi saya memang tidak sabar untuk berlumba di sana,” katanya.

Meskipun masih baharu dalam kategori Wira KBS, Meershan sudah menetapkan sasarannya, iaitu mengumpul pengalaman sebanyak mungkin sambil memburu podium untuk pasukannya.

“Bagi saya, musim ini akan dianggap berjaya jika saya dapat terus belajar, menyesuaikan diri dengan cepat dan pada masa sama menghadiahkan beberapa podium untuk pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING. Itu sasaran utama saya musim ini.”

Dengan semangat baru, keyakinan tinggi dan sokongan pasukan yang kuat, Meershan kini bersedia membuka lembaran baharu dalam kariernya. Musim 2026 bukan sekadar satu lagi musim perlumbaan, malah ia adalah pentas untuk seorang pelumba muda membuktikan bahawa dia bersedia melangkah lebih jauh.

The post MEERSHAN BUKA LEMBARAN BAHARU appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.