2025 Archives - PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

AQIL, DARI MINAT KE JUARA
Satu nama menonjol dalam kategori HONDA RSX ONE MAKE CHALLENGE bagi Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025. Nama itu menjadi lambang semangat, komitmen, dan bakat yang konsisten, Md Aqil Ramadhan dari Selangor, Juara Keseluruhan musim 2025.

Perjalanan Aqil bermula dengan langkah kecil, sekadar bermain pocket bike. Dari hanya berkata “Nak main lagi…”, kini kata-kata itu berubah menjadi pengumuman yang membanggakan: “Ayah, saya juara.” Minat permotoran Aqil disemai oleh ayahnya sendiri, dan walaupun anak sulungnya tidak meneruskan minat itu, Aqil menunjukkan kesungguhan sejak awal, menjadikan sukan ini bukan sekadar hobi, tetapi satu komitmen yang serius.

Pengorbanan keluarganya turut memberi motivasi. Adik Aqil, Amirul Mukminin, terpaksa meninggalkan sukan permotoran kerana kos yang tinggi. Bagi Aqil, ia bukan sahaja tentang menang untuk dirinya, tetapi untuk membuktikan nilai pengorbanan itu. Dengan janji kepada ayahnya bahawa setiap pusingan beliau akan berada di podium, Aqil menghadapi cabaran musim ini dengan tekad.

Tidak semua pusingan berjalan lancar. Masalah teknikal, kesilapan, dan insiden jatuh menyebabkan keputusan “Did Not Start” atau “Did Not Finish” pada Pusingan 5 dan Pusingan 8, meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Namun, Aqil bangkit dengan kekuatan mental yang luar biasa, menamatkan musim dengan 7 kemenangan dan 1 tempat kedua, membuktikan bahawa janji bukan sekadar kata-kata kosong.

Musim 2025 menonjolkan Aqil sebagai seorang pelumba yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga disiplin, berdedikasi, dan berpegang teguh kepada komitmen. Kejayaannya musim ini bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kariernya, malah menimbulkan jangkaan bahawa beliau berpotensi ditawarkan ke pasukan lebih besar pada musim hadapan.

Md Aqil Ramadhan, seorang juara yang lahir daripada minat, pengorbanan, dan tekad yang tidak pernah luntur.

The post AQIL, DARI MINAT KE JUARA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AFIQ TIDAK PERNAH SENDIRIAN
Setiap pelumba membawa sesuatu di atas litar. Ada yang membawa strategi, ada yang membawa keyakinan. Tetapi Afiq Hamdan dari P&U CYCLE RACING menunggang sambil membawa semangat ‘The Hamdan’s Brothers’, dua abang yang pernah membimbingnya. Di sebalik visor, dia tidak berseorangan. Afiq membawa semangat kedua-dua abangnya dan tekad yang membara.

Dalam kategori AEON CREDIT SERVICE YAMAHA 135LC CHALLENGE di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025, Afiq muncul sebagai Juara Keseluruhan, menutup musim penuh dengan emosi, cabaran dan keberanian luar biasa. Setiap kemenangan bukan sekadar angka, tetapi bukti perjalanan seorang pelumba yang menolak diri melepasi sempadan rintangan dan keraguan.

Musim 2025 adalah saksi ketabahan Afiq. Ketiadaan dua abangnya, Firdaus dan Haziq Hamdan, yang pernah menjadi rujukan dan penyokongnya, bukan penghalang. Sebaliknya, kehilangan itu menyalakan semangatnya, menjadikan setiap lap sebagai persembahan dedikasi, bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk keluarga yang selalu memberi inspirasi.

Cabaran tidak berhenti di situ. Afiq berlumba tanpa latihan tambahan di luar litar, hanya bersandarkan kecergasan fizikal dan ketahanan mental. Setiap pusingan, setiap perlumbaan adalah ujian tahap persediannya, dan setiap persembahannya adalah bukti bahawa kekurangan ‘mileage’ bukan alasan untuk menyerah.

Lebih mengharukan, kecederaan lama akibat kemalangan serius di Litar Lumba Tangkak pada 2021 masih terasa hingga kini. Siku kiri yang cedera menjadi pengingat bahawa setiap kejayaan datang dengan pengorbanan, setiap detik kesakitan menjadikan semangatnya lebih kuat.

Dan akhirnya, pengorbanan itu terbalas. Dengan disiplin, keberanian dan hati yang tidak pernah goyah, Afiq Hamdan menakluk musim 2025. Dia bukan sahaja juara di atas litar, tetapi juga simbol bahawa semangat, keluarga dan ketekunan mampu membawa seseorang ke puncak kejayaan yang sebenar.

The post AFIQ TIDAK PERNAH SENDIRIAN appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AFIF MENCABAR SEJARAH?
Musim 2025 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix menyaksikan satu pencapaian luar biasa dalam kategori CP150, apabila Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mengesahkan dirinya sebagai juara keseluruhan musim ini. Kemenangan ini bukan sekadar satu gelaran tambahan, tetapi penanda sejarah yang mengangkat Afif ke barisan legenda Cub Prix.

Bukan kali pertama Afif menjuarai CP150, tetapi musim ini menjadi yang keempat kalinya beliau memenangi gelaran juara keseluruhan, satu pencapaian yang menyamai rekod M Meganathan, bekas pelumba legenda yang digelar Raja Cub Prix kerana memenangi empat kejuaraan keseluruhan sepanjang kariernya. Dengan kejayaan ini, Afif kini berdiri setara dengan salah seorang ikon terbesar dalam sejarah Cub Prix, mengukir namanya dalam sejarah perlumbaan dua roda tanah air.

Afif bukan sahaja dikenali kerana konsistensinya di litar, tetapi juga kerana pengalamannya yang luas sebagai antara pelumba paling senior dalam CP150. Gaya tunggangannya yang mantap, penuh strategi dan tenang di saat tekanan tinggi membuktikan bahawa pengalaman adalah aset berharga dalam perlumbaan. Setiap selekoh diambil dengan cermat, setiap pecutan dihitung dengan disiplin, menonjolkan gabungan kemahiran dan kebijaksanaan yang jarang ditemui di kategori ini.

Namun, kemenangan Afif musim ini menimbulkan satu persoalan yang kini hangat diperkatakan: adakah beliau mampu memecahkan rekod M Meganathan pada musim depan? Dengan keempat-empat gelaran yang telah dikumpul, Afif kini mempunyai peluang untuk menjadi pelumba dengan kejuaraan CP150 terbanyak dalam sejarah Cub Prix, sebuah pencapaian yang pastinya akan mengukir namanya lebih tinggi dalam legenda perlumbaan negara.

Musim 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang bagi Afif, tetapi untuk peminat Cub Prix, cerita belum berakhir. Setiap podium, setiap strategi dan setiap cabaran musim depan bakal menjadi saksi kepada apakah Afif akan menambah satu lagi gelaran dan memecahkan rekod Raja Cub Prix sendiri.

Satu perkara pasti, Ahmad Afif Amran bukan sahaja juara, tetapi kini simbol inspirasi dan ketabahan di CP150, dan semua mata kini tertumpu kepada musim depan untuk melihat, adakah Afif mampu melangkaui sejarah?

The post AFIF MENCABAR SEJARAH? appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

IZAM MENGATASI NASIB
Dalam kategori CP125 di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025, satu nama akhirnya berdiri di puncak selepas bertahun-tahun menunggu detik yang seakan tidak kunjung tiba. Md Izam Ikmal Izamli daripada PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING muncul sebagai Juara Keseluruhan 2025, mengakhiri sebuah perjalanan yang penuh ujian dan ketabahan.

Izam terkenal sebagai pelumba yang lincah, agresif dan sentiasa memberi tentangan sengit di litar. Namun prestasi yang konsisten itu sering dinafikan oleh nasib. Sejak mula menyertai Cub Prix, gelaran juara keseluruhan tidak pernah menjadi miliknya, walaupun sering berada dalam kalangan pencabar utama.

Tetapi Izam tidak pernah membalas kekecewaan dengan keluhan. Tidak pernah menyalahkan sesiapa, tidak pernah hilang fokus. Dia belajar, memperbaiki diri, dan terus bangkit walaupun dunia seolah-olah menolaknya jatuh berulang kali.

Musim 2024 hampir membuka pintu kejayaan. Momentum yang kuat pada awal musim memberi harapan besar, namun dua pusingan tanpa penamat meragut mata penting dan memaksanya berpuas hati di tempat kedua keseluruhan, Izam sekali lagi dipisahkan daripada trofi yang begitu diimpikan.

Tahun 2025 menjadi titik kebangkitan sebenar. Empat kemenangan daripada sepuluh pusingan pada fasa awal mengukuhkan kedudukannya, manakala kemampuan menamatkan semua perlumbaan pada penghujung musim memastikan setiap mata dikumpul dengan penuh nilai dan makna. Ketahanan fizikal, kematangan mental dan fokus yang tidak berbelah bahagi akhirnya membuka jalan ke trofi yang sekian lama mengelak daripadanya.

Musim ini mengubah segalanya.

Setelah bertahun-tahun menanti ruang untuk bersinar, Izam Ikmal Izamli akhirnya mengangkat trofi juara keseluruhan sebagai bukti bahawa ketabahan akan sentiasa menemukan jalannya ke podium tertinggi.

Kini trofi itu sudah menjadi miliknya, apakah langkah seterusnya bagi pelumba yang tidak pernah berhenti percaya?

The post IZAM MENGATASI NASIB appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AKIF: TIADA HENTI, TIADA KALAH
Dalam kategori WIRA KBS bagi PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025, satu nama menonjol sebagai simbol ketabahan dan semangat juang, Md Akif Abdullah dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM, Juara Keseluruhan musim 2025.

Perjalanan Akif ke puncak bukan mudah. Kariernya bermula pada usia 9 tahun bermain pocket bike secara suka-suka, sebelum diberi peluang berlumba di pentas antarabangsa. Namun, pada usia 11 tahun, sebuah kemalangan serius yang mengakibatkan patah tangan memaksa Akif terlepas peluang ke platform pembangunan bakat Asia dan perlumbaan di Sepanyol. Kekecewaan itu hampir mematahkan semangatnya untuk kembali berlumba.

Namun, minat dan semangatnya dalam dunia perlumbaan terlalu mendalam untuk dipadamkan. Pada 2023, Akif menyertai PETRONAS Malaysian Cub Prix dalam kategori Honda Dash 125 Challenge. Walaupun terlepas pusingan pertama, beliau bangkit dengan azam tinggi, berjanji kepada keluarga bahawa baki pusingan akan dimenanginya. Dengan kepercayaan pengurus pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Akif membuktikan dirinya dan menamatkan musim sebagai juara keseluruhan, membina semula keyakinan dan membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah.

Musim 2024 menyaksikan Akif bersaing dalam kategori WIRA KBS bersama pasukannya HONDA WAVE ALPHA KC RACING, menamatkan musim di tempat kedua, hanya 4 mata di belakang Farres Putra Md Fadhil dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING. Pengalaman itu membentuk Akif menjadi lebih matang, memahami bahawa kekalahan bukan pengakhiran tetapi batu loncatan untuk menjadi lebih baik.

Musim 2025 membawa cabaran yang serupa, dengan persaingan sengit bersama Farres sekali lagi. Tetapi kali ini, Akif mengekalkan ketenangan, fokus, dan strategi. Keazaman dan kesabarannya membuahkan hasil, akhirnya menobatkannya sebagai Juara Keseluruhan WIRA KBS 2025.

Dengan semangat, disiplin, dan pengalaman yang dimiliki, Akif berpotensi untuk terus mengekalkan momentum ini dan melakar lebih banyak kejayaan dalam arena perlumbaan. Masa depan Md Akif Abdullah jelas cerah, dan setiap perlumbaan adalah langkah menuju legasi yang lebih gemilang.

Apakah Akif akan dapat teruskan momentum ini? Teruskan mengikut perkembangan seterusnya.

The post AKIF: TIADA HENTI, TIADA KALAH appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

PENAMAT MUSIM MANIS BUAT NAZIRUL
Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 menutup tirai di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor dengan persembahan mendebarkan bagi kategori CP150. Nazirul Izzat Md Bahauddin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR muncul pemenang perlumbaan, menamatkan musim dengan gaya selepas menunjukkan kebangkitan hebat, manakala Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING kekal sebagai juara keseluruhan CP150, gelaran yang telah disahkan sejak Pusingan 8.

Perlumbaan bermula dengan Afif memecut laju ke hadapan untuk memimpin, diikuti rapat oleh Nazirul. Rakan sepasukan Afif, Md Akid Aziz, berada di kedudukan ketiga, sementara Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dan Md Faiz Zekri Sabri dari ATAS AHM MOTOR SPORTS mengisi tempat keempat dan kelima.

Seawal pusingan ketiga, Nazirul memintas Afif untuk mengetuai perlumbaan, dengan Akid tidak ketinggalan mengejar. Persaingan sengit berlaku apabila Akid dan Nazirul saling memintas, enggan memberi ruang antara satu sama lain, sementara Afif turun ke kedudukan ketiga sebelum dipintas oleh Kasma pada lap kelapan. Ketegangan terus memuncak apabila Kasma terjatuh pada lap ke-10, terlepas peluang untuk mengejar kedudukan teratas.

Perlumbaan memasuki fasa genting apabila Afif kembali memintas Nazirul pada lap ke-12, diikuti Akid di kedudukan ketiga dan Fareez di keempat. Pusingan demi pusingan menyaksikan pertarungan sengit dengan pintasan demi pintasan, di mana kedudukan tiga pelumba teratas – Nazirul, Afif dan Akid – kekal rapat sehingga garisan penamat.

Akhirnya, Nazirul muncul pemenang dengan catatan masa 14’37.880s, menonjolkan kebolehan luar biasa selepas kembali dari kecederaan patah kedua-dua tulang selangka. Akid berada di tempat kedua dengan 14’38.019s, manakala Afif menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan 14’38.069s.

“Musim 2025 sangat mencabar bagi saya, penuh dengan momen sukar dan perjuangan untuk mencari kemenangan. Namun, kembali daripada kecederaan patah kedua-dua tulang selangka, saya tidak sangka dapat memenangi perlumbaan pertama saya! Menamatkan musim dengan kemenangan manis ini benar-benar bermakna. Ini simbol bahawa segala usaha, kesabaran dan semangat tidak pernah sia-sia.”

Secara keseluruhan musim ini, Afif menjulang juara keseluruhan CP150 telah disahkan lebih awal pada pusingan 8 dengan 214 mata, diikuti Kasma dengan 152 mata dan Akid di tempat ketiga dengan 141 mata.

TOP 5 FASTEST – RACE

NAZIRUL IZZAT MD BAHAUDDIN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (14’37.880s)

MD AKID AZIZ – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’38.019s)

AHMAD AFIF AMRAN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’38.069s)

MD FAIZ ZEKRI SABRI – ATAS AHM MOTOR SPORTS (14’40.635s)

MD FAREEZ AFEEZ ABD RAHMAN – JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (14’40.766s)

TOP 5 – OVERALL RIDER STANDINGS

AHMAD AFIF AMRAN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (214 points)

KASMA DANIEL KASMAYUDIN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (152 points)

MD AKID AZIZ – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (141 points)

AZROY HAKEEM ANUAR – HONDA ESTREMO YUZY RACING (115 points)

NAZIRUL IZZAT MD BAHAUDDIN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (105 points)

TOP 5 – OVERALL TEAM STANDINGS

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (364 points)

PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (308 points)

HONDA ESTREMO YUZY RACING (198 points)

MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM (139 points)

JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (98 points)

The post PENAMAT MUSIM MANIS BUAT NAZIRUL appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

KHAIRI MENYERLAH, IZAM JUARA
Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor menyaksikan Md Khairi Asyraf Mahmood dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM mempamerkan prestasi cemerlang untuk menamatkan perlumbaan CP125 di tempat pertama, sementara Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING selamat mengesahkan gelaran Juara Keseluruhan CP125 musim 2025.

Perlumbaan bermula dengan Khairi memulakan langkah baik, tetapi Md Adie Putra Sukarno dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR berjaya mengambil alih kedudukan di selekoh pertama. Di belakang mereka, Arash Tsunami Kamarudin dari ATAS AHM MOTOR SPORTS berada di tempat ketiga, diikuti Md Farid Hakimi Farid Sezli dan Md Syamil Amsyar Md Iffende, kedua-duanya dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING.

Sepanjang perlumbaan, Khairi menunjukkan konsistensi yang mantap, memintas Adie pada pusingan kedua dan mengekalkan penguasaan kumpulan depan sehingga garisan penamat. Dia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11’23.690s, meninggalkan Farid di tempat kedua dengan 11’24.273s, dan Arash di tempat ketiga dengan 11’25.332s.

Khairi berkata, “Alhamdulillah! Kemenangan hari ini benar-benar manis. Selepas berjuang keras sepanjang perlumbaan, usaha, fokus dan semangat tidak pernah mengkhianati. Terima kasih kepada pasukan, penyokong dan semua yang sentiasa memberi dorongan. Ini adalah hasil kerja keras kita bersama!”

Pendahulu kejuaraan, Izam, memulakan perlumbaan dari kedudukan lebih jauh di belakang, mengambil langkah berhati-hati kerana hanya memerlukan satu mata untuk menobatkan dirinya sebagai juara keseluruhan. Dengan strategi bijak, Izam berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh dan meraikan gelaran juara keseluruhan dengan selamat.

Izam berkongsi, “Musim ini sangat sengit. Pada awalnya saya menjangkakan Syamil akan menjadi pesaing utama, dan saya tidak jangka dapat konsisten di awal musim. Walaupun prestasi saya turun naik, saya berjaya bangkit pada beberapa perlumbaan terakhir. Perlumbaan tadi memang sangat sengit, saya hampir jatuh, tapi saya terus fokus dan berjaya memintas Syamil. Akhirnya, saya menguasai CP125 keseluruhan. Terima kasih kepada semua penyokong dan tahniah juga kepada pasukan-pasukan lain. Jom kita lawan lagi musim akan datang.”

TOP 5 FASTEST – RACE

MD KHAIRI ASYRAF MAHMOOD – JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (11’23.690s)

MD FARID HAKIMI FARID SEZLI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING (11’24.273s)

ARASH TSUNAMI KAMARUDIN – ATAS AHM MOTOR SPORTS (11’25.332s)

MD FARISH IQMAL KHAYRUL ELYAS – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (11’32.609s)

ADIB HAREEZ HAZWAT – MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM (11’32.848s)

TOP 5 – OVERALL RIDER STANDINGS

MD IZAM IKMAL IZAMLI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (164 points)

MD SYAMIL AMSYAR MD IFFENDE – PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING (139 points)

ARASH TSUNAMI KAMARUDIN – ATAS AHM MOTOR SPORTS (119 points)

MD IDLAN HAQIMI RADUAN – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (114 points)

MD FARID HAKIMI FARID SEZLI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING (100 points)

TOP 5 – OVERALL TEAM STANDINGS

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (282 points)

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (235 points)

ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (189 points)

PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (132 points)

JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (123 points)

The post KHAIRI MENYERLAH, IZAM JUARA appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

RAIYAN MEMUKAU DI MEDINI
Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor menyaksikan aksi mendebarkan dalam kategori WIRA KBS, apabila Raiyan Khardanee M Sanusi dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mempamerkan prestasi cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Perlumbaan bermula dengan Farres Putra Md Fadhill, rakan sepasukan Raiyan, memimpin kumpulan di hadapan, manakala Raiyan berada di kedudukan kedua. Namun, insiden berlaku apabila minyak tumpah dari selekoh 1 hingga selekoh 3 akibat pelumba terjatuh, sekali gus memaksa perlumbaan dihentikan sementara dengan bendera merah.

Setelah perlumbaan disambung semula dengan jarak 8 lap, Raiyan segera mengambil alih penguasaan. Kelajuannya konsisten dan mantap, berjaya meninggalkan pesaing 3 saat di belakang, termasuk Raja Abdurraqib dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING, Farres, Nuzzul Ady Md Sudin dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING, dan Md Darwish Amsyar Md Ridzwan dari RS MEGATECH RACING TEAM.

Kedudukan kekal sama dan Raiyan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 6’14.708s, diikuti Farres di tempat kedua pada 6’17.719s, manakala Md Al-Syafiq Md Al-Amirul Zaki berada di tempat ketiga dengan 6’18.335s.

Raiyan berkongsi, “Race tadi memang saya bergelut dengan tekanan nak kejar overall, tapi boss saya, boss Siva, suruh bertenang dan fokus untuk mencipta jurang. Saya juga nak berterima kasih kepada rakan sepasukan saya, Farres Putra, yang banyak membantu sepanjang pusingan ini dari sesi latihan bebas hingga perlumbaan.”

Gelaran juara keseluruhan WIRA KBS 2025 telah disahkan lebih awal pada pusingan sebelum ini, apabila Md Akif Abdullah dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM mengumpul mata yang cukup untuk dinobatkan gelaran tersebut. Farres menamatkan musim di tempat kedua keseluruhan, manakala Raiyan melengkapkan tiga teratas.

TOP 5 FASTEST – RACE

RAIYAN KHARDANEE MD SANUSI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (6’14.708s)

FARRES PUTRA MD FADHILL – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (6’17.719s)

MD AL-SYAFIQ M AL-AMIRUL ZAKI – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (6’18.335s)

NUZZUL ADY MD SUDIN – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (6’18.435s)

MD DARWISH AMSYAR MD RIDZWAN – RS MEGATECH RACING TEAM (6’19.458s)

TOP 5 – OVERALL RIDER STANDINGS

MD AKIF ABDULLAH – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (193 points)

FARRES PUTRA MD FADHILL – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (176 points)

RAIYAN KHARDANEE M SANUSI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (122 points)

ADI PUTRA ANAHAR – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (103 points)

MD AKID MD SHAH KHEARUL NISIAM – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (82 points)

The post RAIYAN MEMUKAU DI MEDINI appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

AFIF TERUS DOMINASI
Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor menyaksikan aksi hebat pelumba-pelumba CP150, dengan Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING muncul sebagai pelumba terpantas dalam sesi kelayakan hari ini.

Walaupun sudah bergelar juara keseluruhan musim ini, Afif tidak mengambil mudah pusingan terakhir. Dengan semangat “tiada apa yang perlu dirisaukan”, Afif tampil lebih berani, mempertaruhkan habis-habisan untuk mencatat masa terbaik. Hasilnya, Afif mencatat masa 42.892s, menegaskan dominasi beliau di trek Medini Iskandar.

Rakan sepasukannya, Md Akid Aziz, turut menunjukkan prestasi cemerlang dengan masa 42.938s, sekaligus menggandakan keyakinan pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING menjelang sesi perlumbaan pada Ahad. Tempat ketiga pula menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, mencatat masa 42.958s.

Afif berkongsi, “Apapun syukur Alhamdulillah hari ini permulaan yang baik untuk saya. Pagi tadi cuaca mendung dan trek agak basah, jadi kami tidak dapat setup yang optimum. Tapi pada sesi Latihan Bebas 2, kami berjaya menyesuaikan setup untuk keadaan kering. Dari segi ‘handling’ motor, setup ini sudah memuaskan. Tidak lupa juga kepada teammate saya, Akid, yang agak kuat hari ini. Mungkin saya dapat ‘slip stream’ dia untuk capai fastest time tadi. Kita lihat nanti keputusan perlumbaan esok macam mana.”

The post AFIF TERUS DOMINASI appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

KEJUTAN HEBAT DARI ADIE
Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor menyaksikan Adie Putra Sukarno dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR muncul sebagai pelumba terpantas pada sesi kelayakan bagi kategori CP125, mencatat masa 44.511s.

Perhatian sesi ini turut tertumpu pada pendahulu kejuaraan, Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, yang memburu tempat pertama. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila Izam mengalami kejatuhan buat kali ketiga berturut-turut, berlaku di selekoh pertama dengan corak yang sama sejak sesi Latihan 1 dan 2. Kejadian ini menimbulkan tekanan, memandangkan Izam hanya memerlukan 1 mata untuk mengesahkan gelaran juara keseluruhan, tetapi keadaan jentera dan kemalangan itu tampak membataskan peluangnya.

Sementara itu, Adie mengejutkan ramai dengan aksi cemerlangnya, memberi amaran awal bahawa beliau akan menjadi pesaing utama untuk perebutan petak grid pertama pada perlumbaan esok. Menyusul di belakang Adie, Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mencatat masa 44.821s, memastikan tempat kedua sesi kelayakan.

Kejutan lain turut datang daripada Md Akif Abdullah dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM, yang baru dinaikkan ke CP125 pada pusingan ini apabila berjaya menembusi kelompok tiga terpantas dengan masa 44.950s.

Adie berkata, “Hari ini saya cuba beri yang terbaik di atas trek, dan Alhamdulillah, motor kali ini berada dalam keadaan cemerlang. Saya berpuas hati dengan prestasi yang dicapai setakat ini, dan esok saya akan berjuang habis-habisan untuk menghadapi cabaran perlumbaan, dengan harapan dapat menunjukkan prestasi terbaik kepada penyokong dan pasukan saya.”

The post KEJUTAN HEBAT DARI ADIE appeared first on PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.